Senarai Banglo Dan Villa Sewa Untuk Percutian Keluarga

Kalau pergi bercuti ke sesuatu tempat dengan satu keluarga ramai-ramai, korang selalunya sewa hotel dan chalet kan? Apa kata kali ni, korang sewa banglo atau sewa villa. Lagi seronok. Bukan setakat rasa macam duduk dalam suasana rumah tapi siap boleh mandi kolam, BBQ tanpa gangguan dan memasak sendiri lagi. Ni meh aku share dengan korang antara banglo dan villa sewa yang berbaloi untuk dicuba.

Senarai Banglo Dan Villa Sewa Untuk Percutian Keluarga


Rumah Perak Boutique Villa
1. Rumah Perak Boutique Villa @ Batu Feringghi, Pulau Pinang
Facebook: facebook.com/RumahPerakBoutiquevilla
Alamat: No 72 Jalan Batu Feringghi, 11100 Pulau Pinang
Telefon: 013-3881272
Terletak di Batu Feringghi, betul-betul di hadapan Pasar Malam, Rumah Perak Boutique Villa mempunyai 6 unit bilik tidur peribadi dengan pemandangan laut. Wifi percuma boleh diakses di kawasan awam. Vila mewah ini menawarkan penghawa dingin, kemudahan pancuran mandi air panas dan TV skrin rata. Ia mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan peti sejuk dan cerek elektrik. Bilik-bilik dilengkapi dengan sama ada balkoni berkongsi atau peribadi.

Michelle's Villa, Moonlight Bay
2. Michelle's Villa, Moonlight Bay @ Batu Feringghi, Pulau Pinang
Laman web: www.airbnb.com.my
Alamat: Jalan Moonlight Bay, Batu Feringghi, Pulau Pinang
Dimiliki seorang wanita bernama Michelle, vila mewah ini merangkumi 4 tingkat sesuai untuk penginapan seisi keluarga. Ia juga dilengkapi 3 bilik tidur dengan tema yang unik, ruang tamu, ruang makan dan dapur dengan kelengkapan penuh, balkoni, bilik permainan, bilik mahjong, dan kolam renang persendirian.

Semi-D Comfyhome
3. Semi-D Comfyhome @ Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Laman web: www.airbnb.com.my
Alamat: Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Semi-D Comfyhome adalah sebuah rumah jenis berkembar yang sangat luas dan dijamin selesa bagi tetamu yang mengidamkan rumah penginapan di Pulau Pinang. Terletak di Tanjung Bungah, rumah ini hanya 5 minit berjalan kaki ke salah satu pantai terkenal di kawasan itu. Rumah ini juga menawarkan Wi-Fi percuma di semua bilik dan seluruh kawasan bagi memastikan keselesaan yang terbaik.

Limastiga
4. Limastiga @ Umbai, Melaka
Laman web: www.limastiga.com
Facebook: facebook.com/Limastiga
Alamat: 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka
Telefon: 06-2832082 (waktu pejabat) atau 012-6237687 (Siti)
Email: limastiga@gmail.com
 
Limastiga menawarkan kehidupan selesa yang bijak menggabungkan seni bina moden dengan gaya kampung. Tempat ini mempunyai enam bilik keluarga luas, terletak dalam tiga buah villa dengan pemandangan mengagumkan di sekitarnya. Sebuah kolam renang besar terletak di tengah-tengah kawasan banglo yang penuh dengan kehijauan. Lengkap dengan kemudahan terbaik dan akses mudah kepada tempat-tempat menarik berdekatan, Limastiga adalah sebuah villa percutian mesti-kunjung untuk pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Desa Balqis
5. Desa Balqis @ Kuala Linggi, Melaka
Laman web: www.desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis
Desa Balqis menampilkan rekaan rumah kayu kontemporari unik yang direka berlandaskan inspirasi rumah Melayu tradisional. Tempat ini sangat sesuai untuk penginapan bermakna yang berbeza daripada kehidupan bandar yang sibuk. Desa Balqis juga adalah tempat yang sempurna bagi menganjurkan acara-acara seperti team building, hari keluarga, perkahwinan, dan banyak lagi. Persekitaran yang tenang dan mendamaikan benar-benar menjadikan Desa Balqis sebuah mutiara di Kuala Linggi, Melaka.

Post a Comment

4 Comments

  1. Pergghhhh. Siap ad swimming pool. Mmg tak keluar la kalau mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah pergi satu hotel nama grand lexis. pool dalam bilik. memang tak nak keluar bilik pun sebab ade pool tu ahhahaaha

      Delete
  2. Best are grand lexis Tue... Nk sgt bwak triplet ke sna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah pergi masa lepas kawen dulu. Memang seronok betul ade pool dalam bilik sendiri :D

      Delete