7 Nama Tempat Yang Unik Dan Pelik Di Sabah

Korang tahu tak dekat Malaysia ni ada macam-macam nama tempat yang unik, pelik, menarik dan kadang-kadang tu bunyi macam agak lucah? Hehehhe. Okay, hari ni aku nak share dengan korang antara nama-nama tempat dekat Sabah yang pelik tapi unik.

Sabah

7 Nama Tempat Yang Unik Dan Pelik Di Sabah 

1. Menggatal

"Kau jangan nak pergi menggatal sangat dengan jantan lain ye!" Bahahahha. Untuk pengetahuan korang, Nama ‘Menggatal’ ni sebenarnya diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi “Menggatal”. So, yeah. Pergilah Menggatal :p

Tawau

2. Tawau

Aku tak pelik sangat pun dengan nama Tawau ni sebab dulu aku ada kawan yang duduk dekat Tawau. Nama Tawau tu sendiri sebenarnya berasal dari perkataan  ‘Tawai” iaitu cara orang-orang dulu memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao” mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.

3. Penampang

Bila aku baca nama tempat ni, aku rasa macam aku baca jadi "Penampar" Hehehhe.  Nama “Penampang” ni pulak diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.

4. Putatan

Biasa dengar tak orang tua-tua panggil anak-anak dieorang Putat? Putat tu macam panggilan lah lebih kurang. Macam panggil Awang. Tapi Putatan ni pulak nama sebuah tempat dekat Sabah. Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan . Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini. Putat Town = Putatan. Get it? Get it?

Papar

5. Papar

Sebelum menjadi tanah Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.

6. Tuaran

Nama Tuaran ni pulak dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran. Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai. Macam ni pun boleh buat nama tempat kan? Huhuhu.


Kota Belud

7. Kota Belud

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Banjau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi,Kota Belud ini dirujuk sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”


Aku ada baca hari tu, daripada tujuh tempat-tempat nama unik dekat Sabah ni, ada lima -  Penampang, Putatan, Papar, Tuaran dan Kota Belud - yang akan dapat siaran MYTV. Korang tahu tak pasal MYTV tu? MYTV ni lebih kurang macam Astro lah tapi bagus lagi dia punya siaran dan  lagi jelas. Sebelum ni orang Pahang dekat pendalaman je yang dapat. Sekarang ni dieorang dah cuba bawak masuk ke Sabah pulak. 


Jangan risau. 5 tempat yang aku sebut tadi memang confirm dapat. Kalau korang nak tau macam mana nak mula tengok TV channel MYTV tu, korang boleh dapatkan maklumat lanjut dekat sini -> Info Terkini Siaran MYTV Di Sabah.



Post a Comment

14 Comments


  1. Unik dan nama tempat tu pun agak pelik juga.. Hopefully dapat melawat tempat2 kat atas tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak pergi jalan-jalan dekat sabah :D

      Delete
  2. Salam singgah pagi dari nieyl :)

    ReplyDelete
  3. cantik dan sangat unik

    ReplyDelete
  4. paling nak tergelak kalau sebut menggatal tu..

    Ko nak gi mana?
    Nak gi menggatal jap..

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhaa farhainnnnn! geli pulak baca :D

      Delete
  5. menggatal tu paling populer kan FR haha :)

    ReplyDelete
  6. Wah, unik-unik namanya yah. Meskipun saya orang indonesia dan sedikit asing dengan bahasa Melayu, tapi dari ke 7 nama tersebut saya ada paham. Juga karena penjelasan dari tiap point yang detil atau karena saya merasa sudah tidak asing lagi dengan bahasa melayu, karena sering nonton siaran-siaran Astro... HeHe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe kalau tak silap saya bahasa di sabah sarawak macam lebih kurang macam bahasa indonesia. Betul ke?

      Delete
  7. Yeahhh...uniknya nama2 temapt di sabah... untuk makluman juga, "menggatal" telah ditukar ejaan dan sebutannya kepada "Mangatal"..
    dan Putatan adalah tempat saya membesar..
    alhamdulillah, proud to be Sabahan.. tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nama asal die menggatal ke sebenarnya?

      Delete