Minyak BeBe Anugerah - Rahsia Keselesaan Bayi katanya. Bukan aku yang cakap, tapi produk yang aku baru je pakai ni cakap. Minyak BeBe ni baru je aku pakai dalam lebih kurang sebulan pada Aneeq. Setakat yang aku pakai, aku rasa okay lah minyak ni. 


Tips Elak Kembung Bayi

Minyak BeBe ni gunanya untuk elakkan kembung perut baby atau nak elakkan perut bayi masuk angin. Tapi kadang-kadang aku guna je minyak ni untuk kesan kena gigit nyamuk pada Aneeq sebab dia ada rasa minty minty sikit. Minyak BeBe ni sesuai untuk baby baru lahir sampai untuk budak umur 3 ke 4 tahun.

Bau dia bagi aku masih boleh diterima. Nak kata wangi, tak lah wangi sangat. Nak kata busuk pun tak busuk macam minyak angin biasa tu. Bau dia lembut je. Memang tak mengganggu pun Aneeq kalau aku sapu Minyak BeBe ni dekat badan dia.


Minyak BeBe

Bila sebut minyak angin, mesti korang ingat panas kan? Minyak BeBe Anugerah ni tak rasa panas pun. Aku sebelum sapu apa-apa dekat Aneeq, aku kena test dulu. Buatnya panas kan, tak ke meraung budak tu. Bila aku sapu dekat tangan sendiri dan tak rasa panas, baru aku confident nak sapu dekat badan Aneeq.


Tips Elak Kembung Bayi

Warna Minyak BeBe ni merah yang sangat cair. Minyak BeBe ni dibuat daripada herba-herba tradisional. So, aku tak ada lah risau sangat kot kot ada bahan kimia yang entah pape kan. 

Biasanya aku akan sapu Minyak BeBe Anugerah ni pada badan Aneeq lepas dia mandi dan sebelum tidur. Aneeq ni jenis lepas mandi dan kesat badan dia, tak sempat nak pakai baju dia dah gelabah lari nak pergi main. Kadang-kadang tu sampai semua benda yang ada dekat-dekat dengan dia masa nak lari tu dia sepak berterabur. Tu yang aku suka sangat pasal Minyak BeBe ni sebab dia punya penutup jenis yang berkatup dan melekat pada badan botol. So, lepas letak minyak dekat tangan aku sebelum sapu dekat badan Aneeq, aku boleh tutup terus guna sebelah tangan. Kalau minyak botol biasa yang pakai penutup pusing-pusing tu leceh kena tutup pakai dua belah tangan kan.


Minyak BeBe

Packaging Minyak BeBe ni kecil so senang aku nak selit-selit dalam beg bila keluar rumah. Aku kalau keluar rumah memang kena angkut si budak kecik tu. Di mana ada aku, di situ ada Aneeq. Gitu~

In case korang nak cuba jugak Minyak BeBe Anugerah ni, korang boleh tengok dekat website atau Facebook dieorang.
  
Aku seboleh-bolehnya akan masak setiap hari untuk berbuka puasa bulan Ramadan 2016 ni kalau tak ada invitation berbuka puasa dekat mana-mana. Tapi biasa lah orang perempuan kan. Sampai satu tahap bila tiap-tiap hari masak, ada hari-hari tertentu mesti korang rasa muak nak makan masakan sendiri. Nak nak lagi bila berbuka puasa sorang-sorang, betul tak?
Shogun2U
2 hari lepas, aku malas + muak dengan masakan sendiri. Nak keluar berbuka puasa dekat luar memang susah lah kalau Zul tak ada. Zul kerja malam so weekdays memang aku selalu berbuka puasa sorang-sorang ditemani dengan Aneeq. Nak berbuka puasa dekat luar dengan Aneeq memang haru lah. Penat. Aneeq tak boleh duduk diam. So, aku prefer order dari Shogun2U je. Senang. Kita order dan terus dia hantar ke rumah.

Yang aku seronoknya, sekarang ni Shogun2U tengah buat promosi sempena dengan bulan Ramadan 2016. Buy 1 Free 1 untuk Mains dan Meal Sets diaorang. 

Promosi Ramadan 2016

Buka Puasa Promotion dari Shogun2U ni valid dari 21 Jun 2016 sampai 25 Jun 2016 je. So cepat-cepat, jangan terlambat. Tinggal sehari lagi! Delivery untuk promotion ni bermula pada pukul 3 petang sampai pukul 9 malam

Aku nasihatkan korang, kalau nak make sure makanan sampai sebelum berbuka puasa, baik order sejam setengah sebelum berbuka. Takut kalau korang lambat order, memang lambat lah sampai nanti. Sebabnya penghantaran akan bermula sejam selepas kita order. Kadang-kadang mungkin delay sikit sebab banyak order lain kan.

Untuk hari tu, aku order:

Gulai Ayam Nenas (RM24.90)
Pada aku portion nasi dia sikit berbanding dengan lauk. Bagi aku tak cukup. Mungkin sindrom mak-mak menyusukan anak yang selalu nak makan banyak je. Hahahha. Tapi lauk ayam dia, memang banyak. Lauk dia ayam masak lemak, memang berlemak. Tak pedas pun, Aneeq pun boleh makan. Ayam berketul-ketul dia bagi, puas hati makan. Tapi, since kebanyakan ketulan ayam tu semuanya bahagian isi, aku jadi muak sikit. Kalau yang suka bahagian isi, ini mungkin heaven bagi korang. Ada sekali sayur macam terung (kot) dalam lauk ayam tu. Acar dia pun not bad, sedap masam-masam gitu. Tapi ada satu bekas, acar dia dah termasuk lauk ayam masak lemak tu, rasa dia jadi kurang sedap.  

Chrysanthemum Tea (RM4.80)
Dalam air ni, ada jeli chrysanthemum tea. Sedap jugak minum macam ni. Sambil minum, sambil kunyah jeli dia. Aneeq suka gila jeli tu. Non stop mintak aku suap. Sabo je lah, mak nak bukak puasa pun tak senang. Huhuhuhu. Rasa air dia tak macam chrysanthemum yang biasa aku minum dekat luar. Rasa dia ada macam pelik sikit tapi boleh je aku telan. Kick dia dekat sini mungkin adanya jeli tu.

Sebenarnya aku terperanjat tau. Aku tau Shogun2U ada promotion Buy 1 Free 1 ni tapi aku ingatkan apa yang aku beli tu tak termasuk dalam promotion tu. Bila aku check order balik dekat website Shogun2U, rupanya memang aku dapat 2 set makanan. Aku memang niat beli satu je sebab aku berbuka sorang-sorang je pun. Tapi, dah rezeki dapat 2 set makanan, aku bedal je lah. Kenyang terbungkang aku hari tu. Aneeq pun seronok je dapat makan banyak. 

So, bagi korang yang rasa-rasa macam malas nak masak atau tak ada idea nak masak apa untuk berbuka puasa hari ni, order lah dekat Shogun2U sementara dieorang tengah buat promotion Buy 1 Free 1 ni. Jangan kabo akak tak payung!




Buat peminat-peminat makanan signature setiap negeri dalam Malaysia ni, aku ada nak bagi suggestion tempat makan. Ini memang tempat yang bagus untuk korang nimati makanan tempatan original dari pelbagai negeri di Malaysia ni.

Ten Years Sri Petaling

Dekat Restoran Ten Years Sri Petaling ni ada 8 jenis makanan tempatan yang jugak merupakan resepi signature bagi setiap negeri tu termasuk Laksa Nyonya Nancy Kitchen dari melaka, Nasi Lemak Panas Yati dari Petaling Jaya, Nasi Dagang Kak Pah dari Kuala Terengganu, Nasi Kuning Pasar Besar Tawau dari Sabah, Mee Udang T&T dari Penang, Char Kuey Teow dari Penang, Abu Pasembor Indian Rojak dari Kepong Baru dan Nasi Kerabu dari Kelantan. 

Untuk bulan Ramadan ni, Restoran Ten Years Sri Petaling ada menyediakan set berbuka puasa yang berharga RM60. Set Perfect Combo ni sesuai dimakan unutk 4 orang. Nak tau sebab apa? Ha, cuba tengok gambar dekat bawah ni.

Ten Years Sri Petaling

Dalam Set Perfect Combo ni korang akan dapat 4 jenis nasi iaitu Nasi Kerabu Kelantan, Nasi Kuning Kak Tum, Nasi Lemak Kak Yati dan Nasi Dagang Kak Pah. Di samping nasi-nasi tu, set ini jugak menghidangkan kacang, ikan bilis, okra, telur masin, kerisik, kurma, acar, kacang panjang dan kurma.

Selain daripada tu, ada juga Ketupat Palas, Ayam Percik dan Sos Percik, Ayam Goreng, kari Ikan, Sate Ayam, Nasi Impit, Serunding Ikan dan Sambal Nasi Lemak.  

Set Perfect Combo Berbuka Puasa ni boleh didapati dari 6 Jun hingga 15 Julai 2016, 6 petang ke atas saja. Selain tu ada jugak main course lain yang korang boleh order.

Ten Years Sri Petaling
 Tiger Char Kuey Teow – RM13.90

Ten Years Sri Petaling
 T&T Prawn Mee – RM14.90

Ten Years Sri Petaling
 Linguine Chicken Sambal Tomato – RM19.90

Ten Years Sri Petaling
 Abu Pasembur Indian Rojak - RM12.90

Ten Years Sri Petaling
Prawn Curry Carbonara – RM22.90

Ten Years Sri Petaling
 Nancy Nyonya Laksa – RM16.90

Ten Years Sri Petaling
Ha, macam mana menu dekat sini? nampak sedap? Apa lagi, jomm berbuka di Restoran Ten Years!



Tahun ni sekali lagi aku join event baby Day by Tollyjoy 2016. Tahun lepas pun aku dah join jugak event Baby Day 2015 tapi di tempat yang berbeza. Kali ni event dibuat di The School Jaya One, PJ. And bagi aku tempat tu memang sesuai untuk buat event budak-budak sebab memang tempat development kanak-kanak.

Baby Day By TollyJoy Malaysia 2016

Dalam event Baby Day 2016 ni, ada talk pendek pasal cara-cara untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Talk ni diberi oleh Sarah Haris Ong. Dia ni certified child sleep coach pertama di Malaysia.  

Sarah Haris Ong

Katanya, "Bayi perlu berasa terhubung dengan ibubapa, terjamin dan selamat untuk mendapat tidur malam nyenyak, yang penting bagi tumbesaran mereka. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab bagi menyokong keharmonian emosi anak-anak dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mereka tidur. Meluangkan sepuluh minit sehari bagi masa istimewa bersama anak anda mungkin kelihatan tidak penting, tetapi ia boleh memberikan kesan mendalam kepada bagaimana mereka tidur.”

Selain itu, ada juga demonstrasi interaktif aktiviti deria yang dipersembahkan oleh pakar perkembangan bayi, Baby Sensory.

Early learning for baby
Early learning demonstration daripada team Baby Sensory. Waktu ni dieorang tunjukkan salah satu cara untuk membantu budak-budak cepat bercakap atau cepat menggunakan bahasa badan untuk ekspresi kan apa yang dieorang nak menggunakan signing.  

Early learning for baby
Ini pulak antara aktiviti-aktiviti yang dieorang akan buat masa kelas dueorang kalau korang pergi bawak anak-anak korang masuk ke kelas Baby Sensory ni. Kata dieorang, budak-budak memang suka tengok puppet macam ni.

Early learning for baby
Tengok tu. Aneeq gigih tengok puppet show sambil makan buah. Eiii tak pose. Hahhahaa.

Gambar-gambar sekitar event Baby Day 2016.

Baby Day Malaysia
 Registration table. 

Baby Day Malaysia
Emcee untuk event Baby Day 2016 - Aisyah Sinclair. Tak menyempat nak ambik gambar dengan dia sebab penat jaga Aneeq. Huuu.

Baby Day Malaysia
Antara booth yang ada masa event tu. Banyak produk Tollyjoy yang ada ditunjukkan dekat isni termasuk pakaian, kasut, pampers, wet tissue, mandian dan sebaginya.

Early learning for baby
Aneeq tengah have fun main dekat Play Area. Sebab kiteorang datang agak awal hari tu, so Aneeq conquer tempat tu sorang-sorang. 

Early learning for baby
Aneeq memang suka main ball ni. Dekat rumah ada ball macam ni tapi saiz kecik sikit. memang mainan dia lah ni.

Early learning for baby
Muka happy Aneeq mian belon. Sepatutnya boleh je bawak balik belon tu tapi sebab aku balik naik teksi dan barang banyak sangat nak pegang, tak larat la nak angkut belon ni balik. Nasib baik Aneeq bukan jenis nak itu nak ini mengamuk-ngamuk.

Baby Day Malaysia
Akhirnya ada pun gambar aku dengan Aneeq. Ha, tengok baju kiteorang, same kan? Saje je nak pakai matching-matching

Sebenarnya bagus kalau kita yang dah ada anak ni pergi event-event macam ni. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dalam nak mendidik dan membesarkan anak kita. InsyaAllah kalau ada lagi Baby Day macam ni tahun depan, memang aku nak pergi sangat.

Oh ya, event ni sebenarnya kerjasama antara Tollyjoy Malaysia dengan OrphanCARE Foundation. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kedua-dua nama ini, korang boleh tengok dekat sini.





  
Aku rasa last aku pergi spa 4 ke 5 bulan lepas aku bersalin. Itu pun sebab badan sakit sangat lenguh bagai. So, Zul dengan baik hatinya sponsor aku pergi berurut dekat spa. Tapi, itu lah kali terakhir aku pergi ke spa. Baru-baru ni je lah, aku sempat selitkan masa untuk pergi buat slimming dan facial treatment dekat Mayfair Bodyline. Ha, kelas kau jah, Mayfair tu. 


Mayfair Bodyline

Jujur aku cakap, ini pertama kali aku pergi buat rawatan badan dan muka dekat Mayfair Pavilion. Mayfair Bodyline dekat Pavilion ni terletak dekat Beauty Hall tingkat 7. Gigih aku naik eskeletor padahal boleh je kalau naik lift tengah-tengah cuma aku tak tau je. Ceyh.

Pendaftaran Mayfair Bodyline

Mula-mula masuk ke dalam Mayfair ni, aku disapa mesra oleh consultant yang ada dekat kaunter. Aku diberi borang untuk isi maklumat aku. Masa tengah isi borang tu, dieorang sempat hidangkan teh pulak dekat aku. Weh, rasa macam VIP lak. Kah!


Mayfair Bodyline

Consultation 

Lepas je isi borang semua, aku dibawa masuk ke bilik consultation. Dekat sini aku ditanya pernah pergi mana-mana pusat rawatan kecantikan ke, spa ke. Aku jawab je lah dah lama dulu aku pergi spa lepas tu dah tak pergi dah. Kemudian aku dibawak ke satu ruang ni untuk timbang berat dan tinggi. Nasib baik BMI aku ok.


Mayfair Bodyline

Lepas tu, kiteorang balik semula ke bilik consultant tadi, dia scan kulit muka aku. Mak aih, muka aku penuh bulu bahahahha. Dan muka aku ni kering betul, siap merah-merah lagi. Siap dah ada tanda-tanda penuaan! Terus aku fikir alamak, muka laki aku dah la macam budak-budak. Tiba-tiba aku dah ada tanda-tanda wrinkle. Ini tak boleh jadik ni!


Mayfair Bodyline

Lepas tu consultant tu pun tengok badan aku pulak. Since badan aku kurus, dia tanya lah apa yang aku kurang berkenan dengan badan aku. Terus aku jawab peha aku menggeleber. Lepas analisis kulit wajah dan badan aku, consultant tu pun cadangan kan beberapa rawatan untuk muka dan badan aku. Antara rawatan yang dicadangkan pada hari tu adalah Slim Master, Vibe Kinetic Therapy, Heat Blanket, CLA Chili Slimming Wrap dan Perfect Skin untuk facial.

Mayfair Bodyline

Rawatan Mayfair Bodyline

Bila dah tau apa treatment yang aku kena buat, aku dibawa ke bilik VIP. Ceyh, terasa nak berlagak DIVA sikit. Bahahhaha. Dekat bilik rawatan tu, aku dirawat oleh pakar terapi nama Li Ann. Sopan sangat orangnye, lembut pulak tu. Setiap kali dia nak mulakan rawatan mesti dia akan cakap dulu apa dia nak buat. Tak nak aku terkejut kot. 


Mayfair Bodyline

Mula-mula sebelum rawatan, aku diberi dengan sehelai robe dan pakaian dalaman untuk salin. Lepas salin, baru rawatan bermula.

Slim Master Treatment (30 minit)

Slim Master treatment ni fokus pada peha aku je sebab nak hilangkan lemak bahagian tu. Untuk rawatan ni aku kena baring meniarap dan bengkok kan kaki sikit. Bahagian peha aku disapu dengan gel sikit untuk memudahkan proses memecahkan lemak menggunakan mesin dia. Sejuk oi gel dia. Masa dia pecahkan lemak tu, mesin tu akan keluarkan bunyi tau. Li Ann kata tu frekuensi mesin tu. Memang aku sorang je yang boleh dengar. Li Ann tak dengar. So, kalau korang buat treatment ni, memang korang je yang dengar nanti.


Mayfair Bodyline

Lepas dia pecah kan lemak, dia re-shape pulak bahagian peha aku tu. Waktu Li Ann nak re-shape peha tu aku boleh rasa tenaga Li Ann yang bersungguh-sungguh. Nak kata sakit, tak lah sakit sangat. Rasa dia lebih kurang rasa macam kene urut kuat-kuat. Pernah tak rasa?   

Lepas buat rawatan Slim Master ni dekat kali belah kanan, aku rasa lah sikit bahagian peha dan punggung aku. Konon-konon nak rasa apa perbezaan dia. Mula-mula aku rasa macam tak ada beza apa pun. Aku pun tak puas hati, aku duk pegang-pegang lagi. Lama sikit baru aku perasan peha belah kanan macam dah kempis sikit daripada belah kiri aku.  

Vibe Kinetic Therapy 

Lepas habis treatment Slim Master tu, aku dibawak ke bilik lain untuk buat Vibe Kinetic Therapy. Masa rawatan ni, aku kena berdiri atas mesin goyang-goyang sambil pegang kiri kanan. Treatment ni ambil masa dalam 10 minit. Tapi nak habiskan 10 minit tu macam azab jugak lah bagi aku. 


Mayfair Bodyline

Awal-awal dalam 4 minit pertama tu aku okay lagi. Sampai minit ke 5 aku rasa ya Allah, sakit gila perut macam baru lepas lari 1000km. Hahahha, hyperbola sangat kan aku. Sebenarnya aku rasa macam tu sebab aku dah lama tak buat senaman. Mesin Vibe Kinetic ni direka khas untuk membakar sebanyak 500 kalori dalam masa 10 minit. Mane lah tak senak perut aku kan. Aku nak bakar 100 kalori sehari dekat rumah pun lemah longlai rasa. Well, at least aku mampu bertahan 10 minit tu tanpa masalah.

Heat Blanket & CLA Slimming Wrap (30 minit)

Lepas habis Vibe Kinetic Treatment, aku balik semula ke dalam bilik VIP tadi untuk buat next treatment. Sebelum teruskan treatment, Li Ann bagi aku minum air sikit. Kali ni, badan, kaki dan lengan aku dilumur dengan krim CLA Chili Slimming. Krim ni dibuat daripada pati lada tapi jangan risau, dia memang tak panas pijar macam kaorang blender lada tu. Panas dia macam panas pakai krim panas.

Lepas badan aku dilumur dengan krim CLA Chili Slimming tu, badan aku kena bungkus menggunakan plastik wrap 2 kali. Wrap yang pertama longgar je. Wrap yang kedua tu ketat. Bila dah kena wrap tu, aku teringat yang aku selalu wrap sayur-sayur aku guna plastik wrap macam tu. Huhuhuh.

Lepas badan dah disapu krim dan di'wrap', aku pun dibiarkan baring atas katil dan diselimuti heat blanket selama 30 minit. Selama 30 minit tu, Li Ann keluar lah kejap. Sebelum dia keluar, die siap pesan suruh tidur. Hamboi gitu. Awal-awal aku rasa tak ada pape pun. Dalam 10 ke 15 minit gitu, mak aih berpeluh lencun badan aku.


Mayfair Bodyline

Aku cuba-cuba jugak nak tidur tapi tak berjaya sebab aku memang tak suka tidur dalam panas-panas ni. Huuuaaa. Jadinye, memang tak tidur lah aku selama 30 minit tu. Melangut tengok siling. Rugi pulak tak ambil telefon, kalau tak dah boleh main phone dah.

Lepas habis 30 minit, Li Ann datang untuk keluarkan aku daripada heat blanket tu. Li Ann suruh aku duduk dulu, tak bagi aku bangun terus sebab takut aku pitam. Dalam seminit dua aku dah ok, Li Ann suruh aku duduk luar sekejap sambil minum air sebab dia nak prepare bilik tu unutk rawatan seterusnya.


Facial Perfect Skin I (1 jam 30 minit)

Lepas siap kemas bilik, Li Ann panggil masuk dalam bilik untuk buat facial. Mula-mula sekali bahagian bahu dan kepala aku diurut. Aku confuse sebenarnya nak buat facial ke buat massage. Aku pun tanya lah Li Ann. Rupanya sebelum buat facial, pakar terapi akan urut dulu nak hilangkan stress kite. Aku pun memang seronok lah.


Mayfair Bodyline

Lepas urut, muka aku dicuci 2 kali. Kali pertama dengan milk cleanser. Lepas tu gel cleanser pulak. Sedap nye lah kena urut. Lepas tu segala black head dan white head dekat muka aku akan dipicit keluar. Lepas tu muka diwapkan pulak. First time buat macam ni tau.


Mayfair Bodyline

Mayfair Bodyline

Untuk pengetahuan korang semua, Mayfair Bodyline ni dah ada pengalaman selama 31 tahun dalam bidang kecantikan dan slimming ni. Dengan menggunakan teknologi yang canggih dan maju serta professionally trained consultant dan pakar terapi, bagi aku Mayfair Bodyline ni memang tahu apa yang dieorang buat dan pastinya korang akan puas hati kalau buat treatment dekat sini.


Mayfair Bodyline

Overall experience aku dekat Mayfair bodyline ni sangat best. Daripada treatment hingga ke service, aku memang puas hati. berbaloi dengan harganya. Lepas ni mungkin aku akan pergi lagi. Korang nak cuba tak buat treatment dekat sini? kalau korang nak, aku cara untuk korang menang rawatan pelangsingan badan atau kecantikan di mayfair Bodyline. Caranya senang je. Jawab soalan di bawah.


"Kenapa anda mahu buat rawatan dengan Mayfair Bodyline?"

10 orang pembaca yang bertuah akan menerima customised treatment daripada Mayfair Bodyline! Apa lagi, komen sekarang.

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di Facebook Impian Anggun atau website Impian Anggun.  






Bila aku tulis tajuk The Best Nasi Arab In Town, like seriously D'Arab Station memang menyajikan nasi arab yang paling sedap di KL. Ini jujur dari hati aku. Aku pertama kali makna nasi arab kambing bakar madu dan ayam madu D'Arab Station ni masa berbuka puasa dekat The Space Grand Ballroom dekat Shah Alam


nasi arab paling sedap di KL

D'Arab Station ni letaknya dekat Alam Damai Cheras. Untung betul orang-orang Cheras ni. Dapat makan nasi arab sedap dekat-dekat rumah korang. Aku gigih merantau dari Shah Alam ke Cheras semata-mata nak makan nasi arab paling sedap di KL ni tau.  


nasi arab paling sedap di KL

nasi arab paling sedap di KL
Ini bahagian dalam Restoran D'Arab station. Konsep yang dieorang guna ni macam fast food. Korang pergi order dekat kaunter, lepas tu dapat makanan then duduk makan. Aku lebih suka macam tu sebab cepat sikit daripada kita order macam biasa dekat meja makan. Rare kan konsep macam fast foos untuk nasi Arab?

Masa aku pergi ni dalam pukul 6.15 petang macam tu. Nampak tak ramai orang kan? Sebenarnya dah ramai orang booking dulu. Dieorang datang bila dah sampai nak dekat-dekat waktu berbuka tu. Time nak berbuka tu memang penuh kedai ni. Restoran D'Arab Station ni boleh tampung 60 orang dalam satu-satu masa.


nasi arab paling sedap di KL

nasi arab paling sedap di KL
Tu dia kambing golek. kalau korang perasan gambar kambing tu kurus. Dah kenapa kan? Sebenarnya masa aku sampai dekat restoran D'Arab Station ni, dah ada Pak Arab (real one) datang untuk borong kambing bakar ni. Sebab tu kambing tu dah jadi kurus. Hahhaha. Bayangkan weh, real Pak Arab datang kedai Nasi Arab orang melayu untuk beli makanan. Tak ke power gitu? 

nasi arab paling sedap di KL
Roti John. Besar bleh tahan. Isi pun banyak. Saiz pun besar. Lepas tu dia balut belah luar dengan telur lagi. Makan ni pun dah boleh penuh perut.

nasi arab paling sedap di KL
Antara minuman yang ada dekat restoran D'Arab Station. Mangga, teh o ais lemon dan teh arab. Air jus mangga dia rasa macam lassi mangga sikit. Sedap. Dan teh arab dia, memang terbaik. Kalau korang nak datang makan dekat sini, aku rekemen sangat cuba teh arab dia. Rasa dia tak sama macam teh o biasa. Dia ada kick sikit macam minty tapi tak kuat. Manis dia cukup, tak lebih. Antara minuman lain yang ada dekat sini termasuk jus manggo, jus oren, milo ais, soya, teh arab dan air mineral.

nasi arab paling sedap di KL

nasi arab paling sedap di KL
Ini lah watak utama yang aku nak canang-canang dekat korang semua. Nasi Arab tersedap di Kuala Lumpur. Dan mungkin jugak nasi arab tersedap di Malaysia.  

Nasi dia berderai, tak ada yang melekat-lekat. Nasi panjang-panjang, cukup segala rempah. Tak muak walaupun makan macam tu je. Tak kering. 

Kambing madu dia lembut sangat. Tolak sikit pakai sudu memang dah terkoyak. Gigit pun tak payah lama-lama. Rasa macam mencair dalam mulut je. Rasa rempah dia tak keterlaluan. Just nice untuk tekak aku.

Ayam madu dia cukup segala rempah. Tak terlalu manis. Kalau biasa ayam belah dalam isi tu mesti tak ada rasa pape kan. Tapi ayam dekat sini, sampai isi dalam dia pun terasa rempah-rempah dia. Kulit crispy sikit tapi isi dalam lembut. Senang nak gigit, tak liat. 

Sos dia tak masam macam dekat kedai nasi arab lain. Rasa dia ada manis-manis pedas sikit. Aku rasa memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas-pedas. Rasa sos dia lebih kurang macam sambal belacan tapi lebih kick.

Salad sayur dia rasa macam fresh. Ranggup. Makan pun dengar krup krap krup krap dia.

Dekat bawah ni menu-menu combo dan ala carte dengan harga-harga sekali. Combo nasi arab dia berharga dari paling murah RM10 hingga paling mahal RM65 (makan untuk 5 orang).
  

Untuk makanan sampingan yang lain pulak:
Syewarma (RM6.90-RM9.90)
Sausage(ala-ala wrap) (RM6.90)
Burger (RM6.90-RM9.90)
Pizza (RM16.00-RM17.00)
Falafel (RM6.90-RM9.90)
Minuman (RM2.00-RM4.00)

Sempena dengan bulan Ramadan ni, D'Arab Station ni ada jugak buat buffet Ramadan. Antara menu yang ada Nasi Arab Kambig dan Ayam, Kebab Ayam/Daging, Falafel Ayam/Daging, Kambing golek, Kambing/Ayam bakar, Roti John dan Dessert. 



Harga:

RM50 (dewasa)

RM25 (Kanak-kanak/Warga emas)

Kalau korang berminat nak rasa nasi arab yang terbaik di KL, go ahead pergi ke D'Arab Station. Korang tak kan menyesal dengan rasanya yang sedap, lembut dan portion nya yang sangat banyak. Berbaloi dengan harga yang korang bayar.

Dekat Facebook D'Arab Station ni biasanya dieorang selalu buat contest dan boleh menang makan free dekat kedai dia. Apa kate korang like dan follow Facebook dieorang. Mana tau boleh menang kan?

Facebook D'Arab Station | Instagram D'Arab Station

Alamat:
No.36, Jalan Damai Raya 2,

Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

No telefon:
03 9108 3331
013 848 1014
013 844 1014