Pertama Kali Buat Treatment Di Mayfair Bodyline

Aku rasa last aku pergi spa 4 ke 5 bulan lepas aku bersalin. Itu pun sebab badan sakit sangat lenguh bagai. So, Zul dengan baik hatinya sponsor aku pergi berurut dekat spa. Tapi, itu lah kali terakhir aku pergi ke spa. Baru-baru ni je lah, aku sempat selitkan masa untuk pergi buat slimming dan facial treatment dekat Mayfair Bodyline. Ha, kelas kau jah, Mayfair tu. 


Mayfair Bodyline

Jujur aku cakap, ini pertama kali aku pergi buat rawatan badan dan muka dekat Mayfair Pavilion. Mayfair Bodyline dekat Pavilion ni terletak dekat Beauty Hall tingkat 7. Gigih aku naik eskeletor padahal boleh je kalau naik lift tengah-tengah cuma aku tak tau je. Ceyh.

Pendaftaran Mayfair Bodyline

Mula-mula masuk ke dalam Mayfair ni, aku disapa mesra oleh consultant yang ada dekat kaunter. Aku diberi borang untuk isi maklumat aku. Masa tengah isi borang tu, dieorang sempat hidangkan teh pulak dekat aku. Weh, rasa macam VIP lak. Kah!


Mayfair Bodyline

Consultation 

Lepas je isi borang semua, aku dibawa masuk ke bilik consultation. Dekat sini aku ditanya pernah pergi mana-mana pusat rawatan kecantikan ke, spa ke. Aku jawab je lah dah lama dulu aku pergi spa lepas tu dah tak pergi dah. Kemudian aku dibawak ke satu ruang ni untuk timbang berat dan tinggi. Nasib baik BMI aku ok.


Mayfair Bodyline

Lepas tu, kiteorang balik semula ke bilik consultant tadi, dia scan kulit muka aku. Mak aih, muka aku penuh bulu bahahahha. Dan muka aku ni kering betul, siap merah-merah lagi. Siap dah ada tanda-tanda penuaan! Terus aku fikir alamak, muka laki aku dah la macam budak-budak. Tiba-tiba aku dah ada tanda-tanda wrinkle. Ini tak boleh jadik ni!


Mayfair Bodyline

Lepas tu consultant tu pun tengok badan aku pulak. Since badan aku kurus, dia tanya lah apa yang aku kurang berkenan dengan badan aku. Terus aku jawab peha aku menggeleber. Lepas analisis kulit wajah dan badan aku, consultant tu pun cadangan kan beberapa rawatan untuk muka dan badan aku. Antara rawatan yang dicadangkan pada hari tu adalah Slim Master, Vibe Kinetic Therapy, Heat Blanket, CLA Chili Slimming Wrap dan Perfect Skin untuk facial.

Mayfair Bodyline

Rawatan Mayfair Bodyline

Bila dah tau apa treatment yang aku kena buat, aku dibawa ke bilik VIP. Ceyh, terasa nak berlagak DIVA sikit. Bahahhaha. Dekat bilik rawatan tu, aku dirawat oleh pakar terapi nama Li Ann. Sopan sangat orangnye, lembut pulak tu. Setiap kali dia nak mulakan rawatan mesti dia akan cakap dulu apa dia nak buat. Tak nak aku terkejut kot. 


Mayfair Bodyline

Mula-mula sebelum rawatan, aku diberi dengan sehelai robe dan pakaian dalaman untuk salin. Lepas salin, baru rawatan bermula.

Slim Master Treatment (30 minit)

Slim Master treatment ni fokus pada peha aku je sebab nak hilangkan lemak bahagian tu. Untuk rawatan ni aku kena baring meniarap dan bengkok kan kaki sikit. Bahagian peha aku disapu dengan gel sikit untuk memudahkan proses memecahkan lemak menggunakan mesin dia. Sejuk oi gel dia. Masa dia pecahkan lemak tu, mesin tu akan keluarkan bunyi tau. Li Ann kata tu frekuensi mesin tu. Memang aku sorang je yang boleh dengar. Li Ann tak dengar. So, kalau korang buat treatment ni, memang korang je yang dengar nanti.


Mayfair Bodyline

Lepas dia pecah kan lemak, dia re-shape pulak bahagian peha aku tu. Waktu Li Ann nak re-shape peha tu aku boleh rasa tenaga Li Ann yang bersungguh-sungguh. Nak kata sakit, tak lah sakit sangat. Rasa dia lebih kurang rasa macam kene urut kuat-kuat. Pernah tak rasa?   

Lepas buat rawatan Slim Master ni dekat kali belah kanan, aku rasa lah sikit bahagian peha dan punggung aku. Konon-konon nak rasa apa perbezaan dia. Mula-mula aku rasa macam tak ada beza apa pun. Aku pun tak puas hati, aku duk pegang-pegang lagi. Lama sikit baru aku perasan peha belah kanan macam dah kempis sikit daripada belah kiri aku.  

Vibe Kinetic Therapy 

Lepas habis treatment Slim Master tu, aku dibawak ke bilik lain untuk buat Vibe Kinetic Therapy. Masa rawatan ni, aku kena berdiri atas mesin goyang-goyang sambil pegang kiri kanan. Treatment ni ambil masa dalam 10 minit. Tapi nak habiskan 10 minit tu macam azab jugak lah bagi aku. 


Mayfair Bodyline

Awal-awal dalam 4 minit pertama tu aku okay lagi. Sampai minit ke 5 aku rasa ya Allah, sakit gila perut macam baru lepas lari 1000km. Hahahha, hyperbola sangat kan aku. Sebenarnya aku rasa macam tu sebab aku dah lama tak buat senaman. Mesin Vibe Kinetic ni direka khas untuk membakar sebanyak 500 kalori dalam masa 10 minit. Mane lah tak senak perut aku kan. Aku nak bakar 100 kalori sehari dekat rumah pun lemah longlai rasa. Well, at least aku mampu bertahan 10 minit tu tanpa masalah.

Heat Blanket & CLA Slimming Wrap (30 minit)

Lepas habis Vibe Kinetic Treatment, aku balik semula ke dalam bilik VIP tadi untuk buat next treatment. Sebelum teruskan treatment, Li Ann bagi aku minum air sikit. Kali ni, badan, kaki dan lengan aku dilumur dengan krim CLA Chili Slimming. Krim ni dibuat daripada pati lada tapi jangan risau, dia memang tak panas pijar macam kaorang blender lada tu. Panas dia macam panas pakai krim panas.

Lepas badan aku dilumur dengan krim CLA Chili Slimming tu, badan aku kena bungkus menggunakan plastik wrap 2 kali. Wrap yang pertama longgar je. Wrap yang kedua tu ketat. Bila dah kena wrap tu, aku teringat yang aku selalu wrap sayur-sayur aku guna plastik wrap macam tu. Huhuhuh.

Lepas badan dah disapu krim dan di'wrap', aku pun dibiarkan baring atas katil dan diselimuti heat blanket selama 30 minit. Selama 30 minit tu, Li Ann keluar lah kejap. Sebelum dia keluar, die siap pesan suruh tidur. Hamboi gitu. Awal-awal aku rasa tak ada pape pun. Dalam 10 ke 15 minit gitu, mak aih berpeluh lencun badan aku.


Mayfair Bodyline

Aku cuba-cuba jugak nak tidur tapi tak berjaya sebab aku memang tak suka tidur dalam panas-panas ni. Huuuaaa. Jadinye, memang tak tidur lah aku selama 30 minit tu. Melangut tengok siling. Rugi pulak tak ambil telefon, kalau tak dah boleh main phone dah.

Lepas habis 30 minit, Li Ann datang untuk keluarkan aku daripada heat blanket tu. Li Ann suruh aku duduk dulu, tak bagi aku bangun terus sebab takut aku pitam. Dalam seminit dua aku dah ok, Li Ann suruh aku duduk luar sekejap sambil minum air sebab dia nak prepare bilik tu unutk rawatan seterusnya.


Facial Perfect Skin I (1 jam 30 minit)

Lepas siap kemas bilik, Li Ann panggil masuk dalam bilik untuk buat facial. Mula-mula sekali bahagian bahu dan kepala aku diurut. Aku confuse sebenarnya nak buat facial ke buat massage. Aku pun tanya lah Li Ann. Rupanya sebelum buat facial, pakar terapi akan urut dulu nak hilangkan stress kite. Aku pun memang seronok lah.


Mayfair Bodyline

Lepas urut, muka aku dicuci 2 kali. Kali pertama dengan milk cleanser. Lepas tu gel cleanser pulak. Sedap nye lah kena urut. Lepas tu segala black head dan white head dekat muka aku akan dipicit keluar. Lepas tu muka diwapkan pulak. First time buat macam ni tau.


Mayfair Bodyline

Mayfair Bodyline

Untuk pengetahuan korang semua, Mayfair Bodyline ni dah ada pengalaman selama 31 tahun dalam bidang kecantikan dan slimming ni. Dengan menggunakan teknologi yang canggih dan maju serta professionally trained consultant dan pakar terapi, bagi aku Mayfair Bodyline ni memang tahu apa yang dieorang buat dan pastinya korang akan puas hati kalau buat treatment dekat sini.


Mayfair Bodyline

Overall experience aku dekat Mayfair bodyline ni sangat best. Daripada treatment hingga ke service, aku memang puas hati. berbaloi dengan harganya. Lepas ni mungkin aku akan pergi lagi. Korang nak cuba tak buat treatment dekat sini? kalau korang nak, aku cara untuk korang menang rawatan pelangsingan badan atau kecantikan di mayfair Bodyline. Caranya senang je. Jawab soalan di bawah.


"Kenapa anda mahu buat rawatan dengan Mayfair Bodyline?"

10 orang pembaca yang bertuah akan menerima customised treatment daripada Mayfair Bodyline! Apa lagi, komen sekarang.

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di Facebook Impian Anggun atau website Impian Anggun.  






Post a Comment

8 Comments

  1. wahhh..dulu pon AB pernah buat treatment kat Mayfair ni..memang best! staff semua ok dari branch yg kat Muar sampailah ke Midvalley..tapi sbb ongkos tak cukup,terpaksa la stop..huhuhu

    Jom Hantar Kad Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betul jugak masalh fee die agak mahal. tapi kalau ada budget lebih, boleh je buat dalam sebulan sekali

      Delete
  2. Bestnyaaaa pegi spa. ain teringin nak p tapi tak sesampaian lagi T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain join la kontest ni. jawab je soalan then tinggal kan email. nnt orang mayfair akan kontek kalau menang

      Delete
  3. Seronok dpt manjakan badan pergi spa.. Reen jalan-jalan sini sambil komen dan follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul reen, seronok kalau sekali sekala pergi memanja kan diri ni. at least sedap sikit rasa badan

      Delete
  4. Nakkkkkkkkkkk jadi pembaca bertuah hahahaha..(Itiabrun)

    ReplyDelete
  5. Salam.. Saya dah try Mayfair Bodyline dekat Branch Bangi, memang best,, yg paling suka Vibe Kinetic Therapy ni kalau boleh nak tambah masa,,ye betul staft nya sangat friendly, Tapi rawatan muka saya belum pernah cuba lagi,,

    ReplyDelete