Main Sudoku Online Di Live Sudoku

Aku mula terjebak gila main sudoku ni bila ayah aku beli surat khabar The Star masa aku kecik-kecik dulu. Tiap-tiap hari akan ada sudoku baru yang dieorang selitkan dalam paper tu. Lepas je, ayah aku setel baca paper The Star tu, terus aku rembat bahagian sudoku dan try untuk habiskan. Kadang-kadang senang tu boleh lah siap semua tapi kalau yang susah gila tu aku give up je. Hahhahahah.

Main Sudoku Online

Sekarang ni, tak pernah dah aku beli surat khabar. Nak jimat katanya. Baik baca berita online kan. Tapi kadang-kadang tu rindu jugak nak buat sudoku macam masa aku kecik-kecik dulu. Baru lah aku terfikir nak cari sudoku online. Rupanya belambak je website tempat main sudoku online tapi ada yang berbayar dan ada yang free.

Main Sudoku Online

Tapi dalam banyak-banyak website sudoku online tu, ada satu ni yang aku lebih suka iaitu Live Sudoku. Ada banyak sebab aku suka main sudoku online dekat Live Sudoku ni antaranya:

1. Layout Simple

Layout website ni memang sangat simple. Tak crowded dengan benda-benda yang tak penting pun. So, senang nak concentrate bila main sudoku tu nanti dan tak terganggu dek benda-benda lain. 

2. Percuma

Well, well, well, siapa lah yang tak suka barang percuma kan? Nak main sudoku online dekat Live sudoku ni, korang tak perlu nak bayar apa-apa pun. Tak payah register apa-apa pun terus boleh main. 

3. Boleh Pilih Level

Dekat Live Sudoku ni, korang boleh pilih level apa yang korang nak main. Ada 4 level iaitu Beginner, Medium, Hard dan Wicked. Disebabkan aku dah lama tak main, aku of course lah pilih Beginner dulu. Lama-lama nanti baru boleh up sikit.

4. Boleh Main MultiPlayer

Kalau rasa nak mencabar sikit, apa kata main sudoku online secara multiplayer. Dekat sini, korang kena compete dengan orang lain berdasarkan masa yang paling cepat. Tapi, kalau nak main multiplayer, kena register dulu.


Main Sudoku Online

Kalau korang kaki main sudoku, try lah main sudoku online punya. Aku suka sudoku online sebab tak payah nak bawak buku atau pen ke hulu ke hilir. Bukak je online melalui handphone. Handphone kan kite selalu bawah ke sana ke mari. So, tak ada masalah dah lah. 


Post a Comment

8 Comments

  1. My brother is really good in sodoku, I feel like I'm the dumbest person when I compete with him. lol

    ReplyDelete
  2. Wa... Ni mesti menarik sebab boleh multi player hahaha.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the information, I like sudoku too to keep my brain active.

    ReplyDelete
  4. I haven't played Sudoku in awhile but I think I should be leaning back into it sometime soon. Cheers to the share :)

    ReplyDelete
  5. My mum likes to play sudoku, she will be happy to know about this website :)

    ReplyDelete
  6. I pernah main sudoku traditional. Memang ambil masa utk solve!

    ReplyDelete
  7. Sudoku is generally enjoyable except that sometimes it is so challenging!

    ReplyDelete
  8. Haha. kalau dah bosan boleh la. Nasib baik free

    ReplyDelete