5 Cara Buat Duit Lebih

5 Cara Buat Duit Lebih | Sekarang ni cakap lah harga barang apa yang murah. Semua mahal. Semua naik harga. Kalau nak meroyan, sampai bila pun tak sudah. Cara paling berguna sekarang adalah dengan buat kerja sampingan. Tapi ye lah kan, siapa nak gila-gila kerja sampai terabai keluarga, betul tak? Jangan risau, hari ni aku nak share dengan korang 5 cara buat duit lebih secara santai. 

5 Cara Buat Duit Lebih


Cara Buat Duit Lebih

1. Kongsi Iklan

Sekarang ni semua orang ada Facebook, Twitter dan blog sebagainya. Betul tak? Macam susah nak jumpa jenis yang tak benda-benda tu kecuali dia memang tak minat benda-benda macam ni. Kita yang ada ni, kena pandai ambil kesempatan buat duit secara online melalui sosial media ni. Cara dia senang je. Korang register saja dekat platform-platform kongsi iklan macam 8Share, Narrats dan ChurpChurp. Yang best pasal contoh-contoh yang aku beri ni, korang cuma perlu letak link iklan dekat sosial media korang je. 

Cara Buat Duit Lebih

2. Jual Barang Online

Dah biasa sangat kita dengar orang jual barang online kan? Apa? Korang tak ada bisnes online? Tak ada barang nak jual? Biar betik? Cuba tengok dalma kotak dalam stor rumah korang tu. Aku sure sangat ada barang-barang lama yang masih elok tapi tak dipakai. Betul kan? Apa kata korang jual barang-barang lama yang korang dah tak pakai tu. Ada beberapa website yang korang boleh jual barang lama contohnya macam Carousel, Duriana, Forum Lowyat, Mudah dan Lelong. Aku sendiri ada jual barang dekat Mudah tu. 

Cara Buat Duit Lebih

3. Buat Survey

Buat survey. Alah, kacang sangat, klik klik dah siap. Maybe ada yang kena taip jugak tapi taip tu sikit je. Most survey yang aku buat paling cepat 3 minit paling lama adalah dalam 15 minit. Sekejap je kan tu? Korang boleh jumpa banyak survey dekat Panel PlaceiPanelonline, Clixsense dan Neobux. Aku biasanya buat dekat Clixsense tu dan aku dah cashout 3 kali pun dari Clixsense tu. So, jangan risau dengan cakap-cakap orang yang cakap Clixsense tu scam.Website tu memang betul. Dan dan dan, dieorang bayar dalam USD. Bayangkan kalau korang convert ke dalam nilai RM. 

Cara Buat Duit Lebih

4. Mystery Shopper

Mystery Shopper. Yang ni aku tak pernah buat lagi sebab kena keluar rumah. Hahahhaa nampak tak betapa pemalasnya aku. kalau boleh aku nak duduk je dalam rumah tak keluar-keluar. Ok, pasal Mystery Shopper ni, kerja korang cuma pergi ke kedia yang diarahkan dan nilaikan servis dan produk yang ada dekat kedai tu. Senang je kan? Antara Mysteri Shopper yang korang boleh join Ilovemysteryshopping, Cardas dan Popular Malaysia. Kalau korang jadi Mystery Shopper ni, korang maybe akan dapat cash ataupun voucher.

Cara Buat Duit Lebih

5. Freelancer

Yang ini, kalau korang ada skill contohnya menaip, melukis, data entry, proof reading dokumen, korang boleh cari kerja dekat sini.. Ini memang makanan untuk korang betul lah. Korang cuma perlu sign up ke website yang offer job freelance ini contohnya FiverrUpwork dan You.my. Lepas tu, korang create profile korang dan listkan apa skill yang korang ada. Nanti bila ada orang yang berkenan untuk dapatkan expertise korang, korang akan diberi job dan dibayar dengan duit. 

Too much information? Tak apa, korang boleh ambil satu satu dan cuba satu satu. Nak buat semua sekaligus memang tak mampu. Try buat satu. Bila dah stabil, tambah lagi satu. Baru senang. 

Post a Comment

7 Comments

  1. salam..
    singgh pagi isnin kat sini =)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amat baik sekali..ada beberapa cara yang mudah sebenarnya untuk dapatkan income secara part time nie..

    Terima kasih berkongsi..Semoga diberi rezeki yang lebih..
    Posting terbaru AM
    5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. teringin jgk nak try mystery shopper tuh tp xtau medium..tq share yer

    ReplyDelete
  4. Kenapa AM klik link yang diberi tak dapatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along, link mana tak boleh bukak? Bleh inform nnt sy tgk. Sbb sy tgk semua ok boleh bukak

      Delete
  5. perkongsian yang menarik mengenai cara buat duit lebih...bagus tu

    ReplyDelete