Tips Kembangkan Bisnes Dalam Program TV Jurnal Asyikin Exclusive | Aku pernah tengok satu program dekat satu channel TV ni, dieorang cerita pasal brand Asyikin Exclusive, Puan Asyikin owner dia start bisnes dia dari kecil-kecilan sampai berkembang ke China. Aku rasa kagum gila sebab awal-awal tu dia buat jual-jual biasa je. Sekarang ni Asyikin Exclusive memang dah meletup di Malaysia dan China. Dalam program tu ada la beberapa tips pasal bisnes tekstil yang Puan Asyikin ni kongsi tapi sebab masa program tu pun agak limited, tak banyak yang dapat dikongsi.
Beberapa hari lepas aku dapat tau Asyikin Exclusive nak buat pelancaran something tapi aku tak pasti apa. Aku pun pergi la attend majlis pelancaran yang dibuatkan di Ruang Shah Alam alang-alang dah dekat dengan rumah tu kan. Rupa-rupa dieorang buat Majlis Hi-Tea Sempena Tayangan Jurnal Asyikin Exclusive Travelog Cinta Tang Guo Hua.
Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua
Program Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua ni sebenarnya sebuah rancangan travelog di China. Diaorang lebih fokus untuk memperkenalkan budaya masyarakat Cina di negara China sebab suami Puan Asyikin, Haji Ishaq Tang ni orang sana. Dan dalam masa yang sama Puan Asyikin cerita kan juga pengalaman dia dan suami dalam berniaga tekstil. Segala jatuh bangun dieorang dalam bisnes tekstil ni semua diaorang ceritakan dalam travelog ni. Dalam masa yang sama jugak, diaorang selitkan juga tips kembangkan bisnes sebagai panduan bagi usahawa-usahawan di luar sana.
Aku rasa program TV ni memang sangat berguna bagi korang-korang yang sekarang ni tengah down dalam berbisnes dan nak kan semangat baru. Korang boleh tengok program Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua di waktu, masa dan saluran TV seperti di bawah.
Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua
Saluran: Astro Oasis (106)
Hari: Setiap Ahad
Waktu: 7.30 malam
Waktu: 7.30 malam
Episod: 9 episod
Asyikin Exclusive
Maybe masih ada antara korang yang tak tau pasal Asyikin Exclusive ni kan? Mula-mula diaorang ni dikenali sebagai Asyikin Collection dalam tahun 2000 macam tu. Diaorang jual semua jenis fesyen muslimah. Lepas 2 3 tahun, dieorang tukar nama jadi Asyikin Exclusive dan siap ada 3 cawangan butik dekat MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Apa yang aku suka pasal Asyikin Exclusive ni sebab dieorang punya produk fesyen semua memenuhi syariat Islam dalam berfesyen selari dengan tagline diaorang iaitu "Solusi Aurat Anda". Korang boleh tengok segala jenis pakaian fesyen wanita muslimah dekat Facebook atau Instagram Asyikin Exclusive.
BaBaNyonya Shop
Tak kan isteri je nak berbisnes kan. Tuan Haji Ishaq Tang, suami Puan Asyikin ni pun memang dah lama terlibat dalam perniagaan tekstil. BaBaNyonya Shop ni ditubuhkan pada tahun 2011 dan dieorang lebih fokus pada menjual kain secara borong dan gulung kepada usahawan, peniaga kain, butik dan orang perseorangan. Dieorang punya kedai terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Semua kain dalam kedai dieorang diimport dari kilang kain dekat China. Dekat sini korang boleh pilih untuk beli kain kosong, kain bercorak atau kalau nak custom made korang punya corak sendiri atas jenis kain yang berbeza pun boleh. Korang boleh tengok dekat Instagram BaBaNyonya ni.
Aku rasa sangat seronok dan bertuah bila dapat datang nak jumpa Puan Asyikin dan Haji Ishaq depan-depan macam ni. Dieorang ni sangat sweet antara satu sama lain dan sangat selamba. Seronok aku tengok diaorang. Dieorang pun tak lokek nak beri tips dan nasihat dalam berbisnes. So, kalau korang nak tengok macam mana sweet nya dieorang ni dan nak dapatkan tips kembangkan bisnes korang, jangan lupa tengok Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua di waktu, masa dan saluran TV seperti di atas.
1 Comments
Tak sabar nak tgok episode seterusnya kan...:D
ReplyDelete