Bakar Lemak Berlebihan Dengan 5 Makanan Ini

Bakar Lemak Berlebihan Dengan 5 Makanan Ini | Makan pun boleh bakar lemak? Ya. Terdapat banyak makanan yang boleh membantu membakar lemak berlebihan dalam badan kita. Tapi, jika nak harapkan makan makanan ni je untuk kurus, memang agak susah. Perlu digabungkan dengan perkara lain seperti senaman.


makanan membakar lemak berlebihan

Makanan yang boleh membakar lemak adalah makanan yang mampu untuk meningkatkan kadar metabolism badan. Tinggi metabolism, tinggi pembakaran lemak.

Aku kongsikan 5 makanan yang boleh membakar lemak secara semulajadi:

Teh Hijau
Ada orang suka dan ada orang tak suka kerana rasanya yang berbeza dengan teh biasa. Teh hijau mampu meningkatkan metabolism badan dan membantu pembakaran lemak. American Journal Of Clinical Nutrition menyatakan  meminum satu cawan teh hijau setiap hari boleh menurunkan berat badan lebih dari 6 pound dalam masa 2 bulan. Pelik? Tapi benar.


makanan membakar lemak berlebihan

Kopi
Pernah tak anda minum kopi panas sampai berpeluh-peluh? Kopi sebenarnya mampu untuk meningkatkan kadar metabolism badan kerana terdapatnya kafien di dalam kopi. Ini akan membantu badan untuk membakar lebih banyak lemak.

Cili
Di dalam cili ada bahan yang dipanggil capsaicin yang menyebabkan kita merasa pedas. Ia juga berfungsi untuk memanaskan badan dan juga membakar kalori.  Tak kira sama ada dijadikan sambal atau pun dimakan mentah, ia masih mempunyai kebaikan yang sama.

Bijirin Penuh
Badan kita akan memerlukan kalori (tenaga) yang lebih banyak untuk mencernakan makan dengan bijirin penuh. Secara tidak langsung ia membantu untuk membakar lemak untuk dijadikan sumber tenaga.


makanan membakar lemak berlebihan

Susu Rendah Lemak
Susu rendah lemak bukan hanya baik kerana kurang lemak, tapi ia juga mempunyai vitamin D dan kalsium yang membantu dalam membina otot dan tulang. Dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar metabolism badan.

Inilah sebahagian makanan yang boleh membantu membakar lemak berlebihan dalam badan. Makan makanan yang mampu membakar lemak adalah usaha tambahan untuk korang yang nak menurunkan berat badan. Sebaik-baiknya, sertakan dengan diet yang sihat dan juga senaman yang sesuai untuk kesihatan badan secara keseluruhannya.

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan dan menu diet boleh tengok di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com



Post a Comment

0 Comments