Big Bad Wolf 2017 Haul

December 14, 2017
Big Bad Wolf 2017 Haul | Semalam Fadzi dah cerita pasal pengalaman pergi Big Bad Wolf 2017 dengan Aneeq kan. Korang boleh baca dekat sini kalau nak tengok dan nak tau macam mana suasana dia serta apa yang korang boleh expect bila pergi sana - Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq

Big Bad Wolf 2017 Haul

Menang Preview Ticket Big Bad Wolf 2017 daripada Oh Bulan. Seronok juga dapat masuk awal sehari daripada orang lain. Tapi yang dapat tiket preview ni pun ramai juga. Cuma mungkin tak sesesak hari hari lain. 

Korang jangan risau. Masuk ke Big Bad Wolf 2017 ni tak kena bayar apa-apa pun. Percuma saja. Fadzi kena bertiket semua sebab masuk untuk preview session pada 7 Disember 2017 iaitu sehari awal daripada sepatutnya diaorang open pada public. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dalam entry ni Fadzi nak kongsikan dengan korang buku apa yang kiteorang beli dekat Big Bad Wold 2017 hari tu. Acah-acah nak buat Big Bad Wolf 2017 Haul lah kiranya ni.  

Buku Aneeq

Kebanyakan buku yang kiteorang beli hari tu banyaknya buku Aneeq lah. Macam-macam jenis buku yang kiteorang beli untuk Aneeq. Ada juga permainan yang kiteorang beli. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

Little Train's Big Journey - Buku ni jenis yang boleh tekan butang dan keluar bunyi. Buku ni Aneeq yang pilih sendiri. Memang favourite dia lah. Fadzi suka buku ni sebab boleh buat Aneeq ralit dan kusyuk kalau Fadzi tengah drive dalam kereta. Tak ada lah dia bising-bising bosan dekat belakang.

Big Book Of Fun - Buku yang ini ada macam-macam benda dalam dia. Belah-belah depan ada bed time stories karekter yang ada dalam Disney. Lepas tu ada bahagian untuk workbook. Lepas tu pulak ada bahagian yang ada sticker. Yang bahagian sticker tu Fadzi tak tunjuk lagi pada Aneeq. Kalau tunjuk, habis rumah penuh dengan sticker je. 

DC Comic Super Heroes - Yang ini sebenarnya Zul yang nak. Tapi bila Zul dah ambil tunjuk pada Aneeq, Aneeq pulak jadi berminat. Ini sebenarnya komik yang ada pelbagai karekter DC dalam bentuk LEGO. Siap ada karekter LEGO Batman dibagi sekali.

Matching Card (Games) - Yang ini bukan buku. Lebih kepada game card untuk latih memori. Dekat dalam kotak ni ada 2 paket card yang setiap satu nya ada 72 keping kad. Diaorang buat 2 paket sebab satu untuk permainan budak perempuan dan satu lagi untuk permainan budak lelaki.

Sticker Puzzle Planet - Yang ini lebih kepada nak explore pelbagai jenis benda dalam planet. Tak berapa menarik bagi Aneeq sebab banyak tulisan. Tapi tunggu dia tau dalam buku ni sebenarnya ada sticker, mesti dia excited.

My Opposites - Buku ni Fadzi tertarik nak beli sebab boleh ajar Aneeq tentang perkataan berlawanan. Dalam buku ni ada macam-macam jenis perkataan berlawanan macam Big Small, Dark Bright, Big Little dan Boy Girl. Plus, ada sticker!

Sticker Animals - Buku ni Fadzi yang nak beli untuk Aneeq sebab nak bagi Aneeq kenal nama haiwan. Gambar haiwan dalam buku ni guna gambar yang real dan bukannya gambar kartun. Dan of course ada sticker!

Design A Dino - Buku ini pula gambar dia comel-comel je semua. Dalam buku ni Aneeq boleh kenal macam-macam jenis nama dinosaur. Of course ada sticker dan ada juga model dinosaur 3D yang Aneeq boleh buat. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

My First Encyclopedia of Birds - Buku yang ini saiz dia besar tau. Bukan macam saiz buku biasa. Besar tapi nipis. Dalam buku ni macam-macam jenis burung dan nama burung yang ada. Bukan Aneeq je yang seronok tengok buku ni, Fadzi pun seronok sebab ada burung yang Fadzi tak tau nama, ada dalam buku ni.

My First Words Nature - Buku ni memang Aneeq suka sangat sebab bahagian tengah ada lukisan dalam kotak. Lepas tu dekat sekeliling kotak tu, diaorang lukis objek satu-satu. Aneeq suka cari objek satu-satu tu dalam kotak bahagian tengah. Dah macam puzzle dah tengok.

My First Encyclopedia of Animals - Buku ni pun sama macam buku dekat atas. Ada kotak besar dekat tengah dan objek kecil-kecil diaorang lukis satu-satu dekat bahagian tepi. Aneeq pun seronok mencari objek tu dalam kotak besar sambil belajar nama objek. 

My First 200 Words - Sebijik macam buku dekat atas tapi topik yang berbeza. Segala mak nenek benda ada dalam buku yang ini termasuklah shape, numbers, colours, body parts dan vehicles. Serius memang berbaloi buku ni untuk anak-anak.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

Ejen Ali Misi: Cepat Pandai 123 - Ini macam biasalah workbook untuk tracing nombor 123 dan mewarna.

Ejen Ali Misi: Cepat Pandai ABC - Ini pulak buku tracing untuk ABC dan buku mewarna. Ikutkan tak nak ambil pun dua-dua buku ni sebab better Fadzi print je tracing worksheet dekat Pinterest. Tapi Zul ambil jugak. Layan kan aje.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Write-On Wipe-Off Tracing - Yang ni menarik sebab boleh latih tangan anak-anak. Buku ni tak ada lah best sangat tapi mungkin best bagi budak-budak. Dalam ni aktiviti dia lebih kurang macam maze dan kita guna marker yang disediakan untuk follow maze tu. 

Aneeq memang suka buku ni. Kalau nak drive, bagi je buku ni, ralit lah dia dalam kereta. 

Buku Mak

Tak kan pergi BBWKL2017 beli buku Aneeq je kan. Mestilah Mak pun nak juga beli buku. Hehehe. Antara buku yang Fadzi beli untuk diri sendiri.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Komik Ejen Ali 1-10 - Don't judge me. Walaupun Mak dah ada anak sorang, jiwa Mak masih lagi kebudak-budakan. Hahahaha. Bukan selalu nak buat perangai kumpul komik ni. Last Fadzi kumpul komik masa kecik-kecik dulu. Dragon Ball. Itu je. Yang lain tak minat. Boleh lah baca tapi tak obses sampai nak kumpul. 

Kali ni, Ejen Ali betul-betul buat Fadzi obses balik nak kumpul komik semula. Bila Fadzi tau je Ejen Ali kolaborasi dengan BBWKL, terus Fadzi set mind nak beli komik diaorang full set. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Digital Manga And Anime - Sebenarnya Fadzi dulu minat dan suka sangat melukis. Tapi bila dah masuk belajar degree, terus tinggal. Sayang betul. Kalau Fadzi teruskan melukis, mesti bertambah skill melukis. Sekarang ni, Fadzi nak asah balik skill melukis dan tambah ilmu pasal melukis secara digital pulak.


Buku Ayah

Zul pun ada juga buku yang dia nak baca. Buku yang Zul beli semuanya related dengan kerja dia. Well, nampak lah juga buku-buku yang dia pilih sangat fokus pada leadership dan customer service.  

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:
The Customer Rules
Grateful Leadership
Communicate to Influence - How To Inspire Your Audience To Action
Legendary Service

Total harga untuk semua buku yang kiteorang beli pada hari itu adalah RM254. Rm4 terlebih daripada bajet yang Fadzi dah tetapkan. Fadzi dah bajet belanja dekat BBWKL2017 ni cuma RM250 je. Tapi kira okay lah kan sebab untuk buku. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Nah, gambar si ulat buku dengan buku-bukunya. Aneeq memang sejenis budak yang seronok tengok buku. Walaupun tak pandai membaca lagi, dia suka tengok gambar-gambar berwarna-warni sambil mulut bising buat-buat membaca. Conteng pun suka. Mewarna pun suka. Melukis pun suka.

Harap-harap dengan cara Fadzi beli macam-macam buku yang menarik dan Aneeq suka macam ni dari sekarang, boleh pupuk minat Aneeq membaca bila dia dah mula pandai membaca nanti. 

Ha, Fadzi dan family dah pergi ke Big Bad Wolf 2017. Korang dah pergi? Kalau dah pergi, share sikit buku apa yang korang beli dekat sana. Fadzi pun nak tau jugak.

You Might Also Like

18 comments

  1. Bagusnya..rajin pi BBW...
    Kita biasa pi sekali ja kt penang 3 thun lpas...
    Beli novel tu tpi tak terbaca2 lagi..
    Baru baca 1 page..buku da jatuh atas muka sebab ngantuk sgt

    ReplyDelete
  2. ingat nak pergi gak borong stok buku anak-anak utk setahun heheh..

    ReplyDelete
  3. Semangat dan minat membaca perlu dipupuk sejak dari kecil, bagus buku2 untuk Aneeq tu...harap aneeq terus minat membaca sampai bila2

    ReplyDelete
  4. wah.. fadzi tau tak.. TB yang tak suka baca buku ni terus jadi geram tengok buku2 yang fadzi pilih.. sebab semuanya nampak menarik.. terutamanya yang untuk anak2 tu.. alahai.. mamanya pulak terlebih excited nak beli.. adoi.. hahaha.. bookmark lah entri ni dulu.. hihihi

    ReplyDelete
  5. fuhhh banyaknya shopping buku tapi benda yang berfaedah pasti ada ganjaran di masa depan nanti.

    ReplyDelete
  6. Lama tak pergi ke sini....

    Eh, macam mana boleh menang tiket tue ek? Bro terlepas train ke apa nie?

    ReplyDelete
  7. Tak pernah pergi Big Bad Wold. Hehe. Saya buka peminat novel dan memang jenis malas membaca buku. Bagi peminat Big Bad Wold memang patut datang sini. Serius heaven nak cari buku2 yang pelbagai

    ReplyDelete
  8. meriahnya buku, tapi tang buku ejen ali tu biar betul maknyee punya buku hahahhaa

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. tak pernah ada peluang pergi big bad wolf ni

    ReplyDelete
  10. Bestnye dapat shopping banyak buku

    ReplyDelete
  11. wahh ekskluif betul dapat masuk sehari awal! rindunya ke BBW! Last time pergi di Melaka. Ingat lagi bawak satu kotak nak cari buku2. murah sangat! haha

    ReplyDelete
  12. Bagus begi anak membaca kak memang suka nanti boleh baca buku akak pulak, buku kanak-kanak bergambar, family kak memang suka membaca dulu arwah ayah langgan suraat khabar rumi dan jawi tpi skrg surat khabar jawi dah tak ada dah. Terus bg anak membaca byk buku-buku pengetahuan selain buku cerita.

    ReplyDelete
  13. Bestnya mama shopping buku dekat aneeq. Rajin baca buku tau

    ReplyDelete
  14. banyaknye shopping buku.... Bonde suka pi BBW mmg banyak pilihan untuk kanak-kanak dan buku pula berkualiti sekali.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah saya pun dah borong sabtu lalu

    ReplyDelete
  16. My friend buy until RM500 at the big bad wolf. She seems more excited than her daughter and she mentions the price is cheap.

    ReplyDelete
  17. wowwwwwww fadzi, pergi jugak dia eh Big Bad Wolf ....kita tak pernah jejak lagi,hihi

    ReplyDelete