Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq

Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq | Minggu lepas Fadzi dan family sempat pergi ke Big Bad Wolf 2017. Yang bestnya, Fadzi menang tiket preview untuk masuk sehari lebih awal daripada yang sepatutnya diaorang open untuk public iaitu 7 Disember 2017. Fadzi dapat tiket preview tu pun sebab menang kontest dekat page Oh Bulan.


Big Bad Wolf 2017

Masa preview session tu pun sebenarnya dah ramai orang. Fadzi sampai dekat MIECC lebih kurang pukul 11 pagi. Waktu tu orang dah ramai yang masuk tapi tak lah sesak sangat. Kalau korang drive sendiri, parking RM5.00 sekali masuk. Tak kira lah berapa jam korang duduk dekat situ.  

Big Bad Wolf 2017

Masuk-masuk pintu je ada ruangan tempat letak troli. Korang boleh je nak ambil troli ini untuk letak buku-buku yang korang beli tu. Tapi tak boleh lah bawak sampai keluar ke kereta. Dalam dewan je boleh. Lepas bayar semua buku, troli kena tinggal. 

Jadi, Fadzi cadangkan korang bawak lah troli atau beg beroda sendiri supaya boleh bawak buku-buku yang korang beli ke kereta. Tempat parking tak lah jauh sangat tapi penat juga lah nak bawak buku berat banyak-banyak. 

Big Bad Wolf 2017

Dalam dewan MIECC tu, kalau korang masuk je korang boleh jumpa terus booth untuk Ejen Ali. Banyak jugak ruangan yang Ejen Ali ambil untuk display barang-barang diaorang. Siap ada pentas untuk beberapa acara yang diaorang dah sediakan termasuk kemunculan maskot Ejen Ali dan Comot. 

Fadzi memang peminat kipas susah mati Ejen Ali. Terus Fadzi ambil gambar dengan maskot Ejen Ali dan Comot yang ada masa tu. 


Big Bad Wolf 2017

Korang tengok Aneeq. Orang suruh posing elok-elok nak ambil gambar, boleh pulak dia selit mata je dekat siku Ali. 

Big Bad Wolf 2017

Sempat juga Fadzi ambil gambar dengan Ida Rahayu. Ida Rahayu ni lah yang jadi suara Ali dan Comot. Sebenarnya Fadzi nak ambil juga gambar dengan Azman Zulkiply (suara Ejen Rizwan), Shafiq Isa (suara Ejen Bakar) dan Usamah Zaid (suara Ejen Karya dan juga pengarah). Tapi sebab waktu tu dah lewat nak solat Zohor, jadi tak sempat nak ambil gambar dengan diaorang.


Big Bad Wolf 2017

Tengok dewan ni memang besar betul. Banyak gila buku yang ada dekat sini dari buku English, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Cina. Tapi kalau ikut apa yang Fadzi tengok hari tu, hampir 50% adalah buku kanak-kanak. Serius banyak buku budak-budak dekat sini. Sampai Fadzi pun rambang mata nak beli buku apa untuk Aneeq. 

Big Bad Wolf 2017

Kalau korang nak cari buku specific genre, tak ada masalah pun. Diaorang dah asing siap-siap dan naik sekali dengan penanda buku apa dekat bahagian mana. Senang lah korang nak cari nanti. Ada bahagian contohnya buku Craft & Hobbies, Adult Coloring Book, Young Children, Architecture & Music.

Big Bad Wolf 2017

Buku-buku latihan dan workbook pun banyak dekat sini. Dari workbook untuk UPSR, PT3 sampai ke SPM pun ada. 

Big Bad Wolf 2017


Zul gigih cari buku untuk Aneeq. Buku untuk dia sendiri, last minit baru dia pergi cari.  

Big Bad Wolf 2017

Aneeq ralit habis baca buku dalam troli. Troli ni memang untuk dia duduk je. Time Fadzi pergi tak ramai sangat orang, jadi tak apa lah kot nak ambil troli ni untuk bagi Aneeq duduk. Tapi kalau korang pergi waktu peak hour, make sure korang bawak baby carrier atau stroller sendiri. Ataupun tak payah bawak budak-budak, lagi senang. Serius. 

Big Bad Wolf 2017


Kalau lapar tak ada masalah, ada je cafe dekat sini untuk korang makan. Menu apa yang ada Fadzi pun tak pasti sebab Fadzi tak makan pun dekat sini. Kalau korang cari surau, ada satu surau dekat bahagian atas ni. Tapi Fadzi tak pasti dekat dalam dewan atau luar dewan. Hari tu Fadzi solat dekat surau tingkat bawah. Rupanya tu surau untuk staff dia saja.

Big Bad Wolf 2017

Untuk pembayaran buku dekat Big Bad Wolf 2017 pulak, korang boleh guna cash ataupun kad. Tapi yang nak pakai kad tu, tengok sikit kaunter yang korang pergi tau. Ada kaunter yang hanya terima cash atau wang tunai saja. Setiap meja cashier akan ada notis sama ada terima cash/card atau cash sahaja.

Big Bad Wolf 2017


Tengok tu budak seronok dapat banyak buku. Mostly buku-buku Aneeq ni Fadzi yang pilih. Tapi ada juga buku yang Aneeq sendiri minat dan dia sendiri pilih. Nanti Fadzi buat lagi satu entry pasal buku-buku yang kiteorang beli dekat sini nanti.

Nak tau apa Fadzi paling suka bila bawak Aneeq cari buku sekali? Aneeq duduk je dalam troli sambil baca buku. Boleh kata banyak jugak buku yang dia baca hari tu. Lepas satu, satu buku lain dia pilih. Tapi lepas dia baca, dia pulang balik. 

Tak sabarnya nak tunggu Aneeq pandai membaca nanti. Bila Aneeq dah pandai baca, Fadzi nak bawak lagi Aneeq dekat sini untuk baca lebih banyak buku sambil beli buku lain.

Big Bad Wolf 2017

Bila dah bayar, waktu nak keluar tu, korang jangan buang pulak resit tu. Sebab nanti ada staff BWW akan check resit korang. Mungkin nak buat cukup syarat je kot. Masa Fadzi kena check tu, dia tengok resit je. Belek belek lepas tu bagi kiteorang jalan. Tak ada lah diaorang check beria semak satu satu buku yang ada dalam troli kiteorang beli tu teli atau tak dengan apa yang ada dalam resit tu.

Masa keluar tu pulak, korang akan melalui satu area yang penuh dengan frame dan canvas poster. Cantik-cantik semuanya ada gambar karekter Marvel, ada gambar bendera dan macam-macam lagi gambar yang memang cantik-cantik. Korang pun boleh beli kalau korang berminat tau. 

Big Bad Wolf 2017

Nah, belanja sikit gambar Aneeq dengan buku-buku dia. Balik je dari BBW, laju je terus Aneeq bukak buku dan baca. Bagus anakku bagus. Teruskan macam ni sampai besar ye. 

Ini kali kedua seumur hidup Fadzi pernah pergi Big Bad Wolf. Sebelum ni Fadzi pernah pergi jugak tapi dah lama dulu. 3 tahun yang lepas kot. Fadzi pernah cerita dekat entry Pengalaman Pertama Membeli Buku Murah Di  Big Bad Wolf 2014.

Korang dah pergi BBW ke? Kongsi sikit apa yang korang beli dekat sana. Kalau korang nak tengok buku apa yang fadzi beli, boleh baca dekat sini - Big Bad Wolf 2017 Haul.


Post a Comment

14 Comments

  1. Kak Sue belum pernah pernah pergi lagi Big Bad Wolf nie.. Teringin juga nak bawak anak-anak sebab anak-anak Kak Sue suka baca dan buat koleksi komik..

    ReplyDelete
  2. So tempted to visit I used to go every year but this year can't find the right time to drop by.

    ReplyDelete
  3. Tak pergi lagi BBW ni. Nanti nak terjah juga....

    ReplyDelete
  4. banyaknya buku...tak pernah lagi pergi big bad wolf ni..

    ReplyDelete
  5. Nanti nak pergi tengah malam ke sini. Hahaha. Sebab malam tak ramai orang. tenang sikit nak mencari buku. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Best laa...akak tak dan nak pi pun sebab dengan kerja lagi kan..jauh plak dari rumah satu hal...

    ReplyDelete
  7. Tahun ni skip ke BBW sebab masih banyak buku dan novel pending...sebab dah beli banyak tahun lepas... berazam nak habiskan dulu baca baru nak beli lagi... InsyaAllah

    Tapi bila baca entri ni macam nak pergi jer... he he he

    ReplyDelete
  8. Last yer masa BBw kami borong banyak motivasi book. This year tak sempaf lagi pi huhu. Masa tu dia buat kat penang time square.

    ReplyDelete
  9. oh seronoknyaa, nak pergi tapi belum berkesempatan. ni kalau dapat pergi ni rasa macam tak mahu balik pun ada hahha, rambang mata nengok buku untuk anak2 kan

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  10. My friend buy until RM500 at Big Bad Wolf. Shock when I heard it.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat bergambar dengn ajen ali. Pernah pergi 2 kali ke BBW. Memang rambang mata tengok buku-buku.

    ReplyDelete
  12. Banyaknya baca buku Aneeq heheheheh bagu rajin nanti jadi anak yang baik dan berguna pada semua ok..

    ReplyDelete
  13. Setiap tahun memang pergi BBW ni, cuma tahun ni jer yang belum menjengah sebab mak yogn dah sarat amat ni

    ReplyDelete
  14. i nak sangat pergi big bad wolf ni sebab nak kasi anakk-anak teruja baca buku especially si yusuf tu

    ReplyDelete