Fadzi Dah 31 Tahun! | Bulan Mac setiap tahun adalah bulan yang Fadzi selalu tunggu-tunggu. Sebabnya Mac adalah bulan kelahiran Fadzi. Tahun 2019 ni, Fadzi dah pun berusia 31 tahun.
Kalau ikutkan jenis family Fadzi dan kenis family Zul ni, kiteorang bukan jenis yang sambut sangat hari lahir ni. Tapi tahun ni extra special sikit sebab maybe tahun lepas Fadzi sakit bersalin. Tu yang Zul nak celebrate birthday Fadzi kot hahaha.
Fadzi Dah 31 Tahun!
Macam tak percaya je Fadzi dah masuk umur 31. Banyak benda yang Fadzi nak, Fadzi masih tak tercapai lagi. Mungkin masih belum sampai masanya lagi. Tapi Fadzi nak jugak usaha capai apa yang Fadzi nak tu.
Kek Birthday Ais Krim Baskin Robbins
Apa perasaan masuk umur 31 tahun? Biasa je. Tak ada perbezaan pun. Yang berbezanya tahun ni birthday disambut. Birthday Fadzi 6 Mac hari tu. Zul balik balik kerja bawak balik kek ais krim Baskin Robbins.
Mak mak duduk rumah macam Fadzi jugak ke selekeh macam ni uhuhu
Sebenarnya dari tahun lepas lagi Fadzi kata birthday Fadzi, Fadzi nak kek ais krim Baskin Robbins. Tapi disebabkan tahun lepas bulan Mac Fadzi tergolek muntah dekat kampung sebab mengandungkan Anas, tak tersampailah hasrat nak dapat kek ais krim tu.
Makan Malam Sambut Hari Lahir
Belah malamnya pulak Zul bawak kiteorang semua pergi makan dekat luar. Biasanya kiteorang memang tak keluar malam-malam. Sebabnya tak nak biasakan budak-budak ni keluar malam.
Satu lagi sebab nak bagi budak budak tidur awal. Takut kalau keluar malam kan, lambat balik rumah, lambat lah tidur. Tapi kiteorang turun makan dekat bawah rumah je. Dekat Vista Brasserie.
Masa kiteorang sampai dekat Vista Brasserie tu dalam nak dekat pukul 8 malam. Memang tak ada orang lagi waktu tu. Kiteorang berempat je. Jadi bila order tu memang cepat je makanan sampai.
Menu Makan Malam Hari Lahir
Dekat bawah ni apa yang kiteorang makan dan minum dekat Vista Brasserie masa sambut hari lahir Fadzi hari tu.
Hot Honey Lemon (RM6.00)
Oriental Daisy (RM14.50)
Iced Chocolate (RM14.50)
Sizzling Chicken Chop (RM33.90)
Bulgogi Korean Sizzling Beef Tips (RM36.90)
Kali ni letak gambar dan harga je. Malas nak buat review sebab dah lama. Tak ingat dah rasa dia macam mana. Tapi apa yang Fadzi boleh cakap, air Oriental Daisy tu memang sedap.
Disebabkan kiteorang jarang sangat nak keluar malam-malam, even pergi keluar makan pun jarang. Kiteorang prefer order dan hantar ke rumah je instead of makan dekat luar.
Bila dapat keluar malam, Aneeq ya Rabbi hyper tak tahu lah ape bendanya. Dah lah memang tak ada orang dekat Vista Brasserie sepanjang-panjang kiteorang makan tu. Lagi seronok die buat macam rumah sendiri.
Padahal dah 100 kali cakap elok-elok, 50 kali terkeluar suara mak nyah, 10 kali dah cubit pulas tapi ada je benda yang dia nak buat. Sampai Fadzi rasa macam, okay ni lah kali terakhir kiteorang akan keluar malam-malam.
Apa pun, terima kasih Zul sebab belanja kek dan makan malam. Bukan selalu celebrate birthday ni :D
22 Comments
happy birthday fadzi...muda lg tu....haus plak tgk air tu...hah nasibaik restoran tu tkde org ye..wat mcm umh sdiri hehe
ReplyDeletehappy belated birthday kakak..!! hihu semoga sihat sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya dan happy2 selalu. may all good things in this world come your way =)
ReplyDeleteHappy Birthday Fadzi. Hehe Aneq tu seronok sangat dapat keluar malam tu.
ReplyDeleteHepy bday.. Semoga panjang umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki..
ReplyDeletehepi bestday mak aneeq dan anas..:)
ReplyDeletehappy bday fadzi...meriah makanan tu
ReplyDeleteHappy Belated Besday Fadzi. Sebaya kita. Kita bulan 4. Hehe
ReplyDeleteSedapnya kek tu.. Kita tak pernah makan kek dari BR. Haha
Tapi tau harga dia pun boleh tahan kan..
Syok sesekali reward tuk kluarga kecik sendiri, sambut besday, then makan yang special sikit kan.
Happy Birthday Fadzi.. semoga panjang umur dan dberi rezeki yang melimpah ruah yea.. sedapnya alahi kek baskin robbin tu.. nyum2.. terliur.. haha
ReplyDeleteingatkan makan malam aneeq masak hehe :) selamat ulang tahun kelahiran buat adik manis kak ana Fadzi semoga sentiasa di dalam keberkatan usia berbahagia dunia hingga akhirat, aamiin.
ReplyDeleteHappy birthday fadzi rindu nak jumpa lagi .Bila agaknya yer .Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur . Tak kisah umur berapa pun janji bahagia .
ReplyDeleteAlhamdulillah masih muda lagi hehehe selamat hari jadi moga terus menjadi seorang ibu yang baik dan berjaya untuk keluarga dan masyarakat.. Terus melahirkan generasi yang cemerlang dan gemilang. Tapi kek aiskrim tu sedap sangat nak sepotong hehehehe....
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah fadzi. Selamat hari lahir. Semoga bahagia always.")
ReplyDeleteHapoy birthday Fadzi .Alhamdulillah dah 31 tahun. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan dilindungi Allah SWT walau di mana berada .Semoga terus kuat dan tabah melayari rumahtangga dan kekal hingga jannah hendaknya
ReplyDeleteHappy belated birtbday!! Cx tahun ni 30. Hahahahah rasa tua pula bila dah masuk 3series ni hahaha. Semoga Allah kurniakan yg baik² sahaja untuk fadzi dunia dan akhirat ya. Sedap betul kek baskin robin tu. Mahal kot hahaha.
ReplyDeleteHappy Birthday Fadzi! Moga panjang umur dan sihat selalu! <3 <3 <3 Macam sedap je that cake from Baskin Robins nak curi sikit boleh? heheheh Fadzi, the pasta is what pasta? Macam sedap je...
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga dipanjangkan usia ya Fadzi..kek dia nampak sedap sungguh..habis ke tu..meh nak sikit..hehe..sesekali sambut birthday best kan..hehee
ReplyDeleteSelamat hari lahir Fadzi.. Bestnya dpt sambut hari kelahiran bersama yg tersyg.. Semoga diperluaskan rezeki n bahagia di samping keluarga tersayang..
ReplyDeleteHappy birthday! May you be blessed with abundance of happiness.
ReplyDeleteMuda lagi fadzi heheheh. Moga terus sukses dan berjaya dunia dan akhirat. Btw celebrate dengan keluarga kecil tetap meriah bila semua org tersayang ada bersama kita kan
ReplyDeleteHappy birthday Fadzi! Semoga sihat dan gembira selalu. Seronok menyambut harijadi dengan orang yang tersayang.
ReplyDeleteHappy bday heheh alahai sedapnya tgk makanan. Apa pun moga sentiasa dibawah rahmat ilahi
ReplyDeletehb belated fadzi... semoga dimurahkan rezeki jannah.... dan bahgia selalu
ReplyDelete