10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia | Savings atau investment apa yang korang dah ada sekarang? Kalau tak ada maybe korang dah boleh mula start buat simpanan sekarang.
Ye la kan, sekarang mungkin korang ada gaji masuk tiap-tiap bulan. Tapi nanti bila dah tua, macam mana? Memang boleh bergantung pada anak bagi tapi lagi bagus kalau kite sendiri yang ada simpanan untuk kegunaan hari tua kita nanti.
10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia
Jadi dalam entry kali ni, Fadzi nak kongsikan dengan korang tentang beberapa pilihan pelaburan yang korang boleh mula dalam Malaysia ni. Fadzi share 10 dulu. Kalau ada lagi nanti Fadzi tambah.
Baru-baru ni ada kenalan dalam Facebook Fadzi up status tanya pasal tempat simpanan yang sesuai untuk menyimpan selain Tabung Haji dan ASB. Tu dia, banyak lagi tempat lain yang low risk.
Senarai 10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia
1. Simpanan Di Bank - Yang ini semua orang InsyAllah ada kan. Semua gaji mesti masuk dalam akaun simpanan di bank tak kisahlah mana-mana bank pun. Tiap-tiap bulan mesti ada dividen yang korang dapat.
Masalahnya simpanan dekat bank ni, senang untuk keluar dan masuk. Susah nak konsisten simpan banyak banyak kalau senang nak keluarkan, betul tak? Tapi penting kot simpanan di bank untuk korang buat pembayaran macam-macam.
2. Amanah Saham Bumiputera (ASB) - Ini rasanya ramai yang ada kan. Sebenarnya produk-produk investment macam ASB ada lagi yang lain contohnya macam ASN, ASB2 dan ASD.
Kesemua produk ni adalah di bawah PNB -Permodalan Nasional Berhad. Setakat yang Fadzi tau, ASB bagi pulangan paling tinggi. Yang lain-lain, pulangan agak kurang daripada ASB. Tapi investment dalam ASB ni limit dia sampai 200k saja.
3. Tabung Haji (TH) - Untuk Tabung Haji ni Fadzi simpan lebih kepada simpanan untuk pergi Haji. Untuk pendaftaran pergi Haji korang kena ada paling minimum RM1300 dalam akaun dan amaun ini tak boleh diusik atau dikeluarkan.
Tapi kalau korang ada KWSP/EPF, korang boleh gunakan akaun tu untuk daftar Haji. Tak perlu pun ada RM1300 minimum dalam akaun Tabung Haji. Kira duit dalam Tabung Haji korang masih lagi boleh dikeluarkan kalau ada kecemasan.
4. Amanah Hartanah Berhad (AHB) - Kalau korang pernah tengok iklan ada Neelofa ajak simpan duit tu, kemungkinan korang dah tau pun pasal AHB ni. Fadzi dah tau lama pasal AHB ni tapi sebab dah lama sangat, dah lupa pun.
Bila ada orang mention pasal AHB dalam status dekat atas, baru Fadzi macam berminat nak tengok semula. Salah satu sebabnya limit investment 500k, hibah 2 kali setahun dan pendapatan dah dizakatkan.
5. Hartanah - Rasanya investment dekat hartanah ni paling menguntungkan. Bagi Fadzi lah sebab nilai hartanah semakin lama semakin tinggi. Kalau dulu korang beli rumah harga RM150k, mungkin sekarang nilai dia dah jadi RM350k.
Bila korang jual, pufff dalam keuntungan RM200k. Kalau nak buat sewa pun, berbaloi jugak. Beli rumah dengan harga yang murah. Sewa kan agak agak dapat untung beberapa ratus. Itu pun dah cukup.
6. Unit Trust - Fadzi dan Zul pernah jugak berkira-kira untuk invest dalam Unit Trust ni. Tapi kena tengok jugak. Kalau nak keuntungan tinggi, risk dia pun tinggi. Kalau risk rendah, keuntungan rendah juga.
Walaupun boleh je bergantung kepada agent yang uruskan UNit Trust ni, tapi Fadzi cadangkan sangat korang study jugak Unit Trust yang korang nak ambil tu. Dan korang ken alert juga disebabkan Unit Trust ni ada agent yang uruskan, maka keuntungan mungkin sedikit kurang sebab kena bayar caj caj yang tertentu.
7. Koperasi - Ayah Fadzi adalah salah seorang yang buat investment dalam koperasi. Tapi Fadzi dah tak ingat nama koperasi apa tapi jenis koeprasi perladangan lah. Koperasi lain, lain cara dapat keuntungannya. Keuntungan utama koperasi yang ayah Fadzi invest tu Fadzi tak tau.
Tapi setiap kali ayah Fadzi pergi mesyuarat mesti akan dapat sedikit elaun. Dan setiap kali Fadzi dan adik beradik dapat anugerah apa-apa masa belajar, dapat keputusan cantik masa exam besar dan masuk universiti, mesti dapat duit. Untung kan?
8. Emas - Nilai emas tak semestinya sentiasa naik. Ramai orang cakap emas adalah pelaburan yang terbaik. Tapi dari apa yang Fadzi faham, pelaburan terbaik tu berdasarkan komisen yang dieorang dapat kalau dapat jual emas kepada downline bawah diaorang.
Tapi tak salah nak invest dalam emas sebab untuk long term nilai emas tak akan susut. Maksudnya kalau lah terjadi nya inflasi, emas masih boleh dipakai dan ada nilai. Duit pula, nilainya menyusut kalau berlaku inflasi.
9. Stock Market/Pasaran Saham - Fadzi tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu pasal saham ni. Tapi kalau ikut apa yang Fadzi baca, keuntungan yang diperolehi adalah berdasarkan prestasi syarikat.
Pasaran saham ni risiko dia tinggi. Jadi keuntungan yang boleh didapati daripada saham pun tinggi. Tapi itu lah, Fadzi tak berani nak join sebab ilmu tak ada. Silap hari bulan, rugi besar.
10. Real Estate Investment Trust (REIT) - REIT adalah pelaburan hartanah yang sama macam pelaburan saham amanah (Unit Trust). REIT ini dijual beli melalui Bursa Malaysia.
REIT? IPO? Apa kaitan? Serius, Fadzi dah cuba baca banyak kali pasal REIT ni tapi tak faham-faham. Jadi Fadzi senaraikan je dekat sini incase korang nak tahu lebih kan Kalau nak tahu lebih lanjut korang kena cari info sendiri atau tanya je orang yang lebih pakar.
Setakat hari ni, Fadzi cuma ada ASB, Tabung Haji dan Akaun Semasa untuk diri sendiri dan suami.
Untuk Anas dan Aneeq pulak, Fadzi dah buka kan akaun Tabung Haji dan ASB untuk diaorang. Semua duit-duit yang dapat masa dieorang lahir dan masa Hari Raya, semua Fadzi letak dalam akaun tu.
Dan dalam masa yang sama, Fadzi letak jugak RM50 sebulan dalam setiap akaun diaorang. InsyaAllah besar nanti tak payah dah lah nak susah susah buat pinjaman untuk sambung belajar.
Tapi, selain daripada akaun simpanan semasa, ASB dan Tabung Haji, korang ada ke invest dekat tempat lain? Sebelum ni Fadzi ada berkira-kira nak buat investment tempat lain jugak tapi memikirkan tempat-tempat yang Fadzi nak letak duit tu agak high risk, jadi tak bukak lah.
Korang ada investment apa sekarang? Ada tak investment yang lain daripada apa yang Fadzi senaraikan dekat atas? Share sikit, mana tau Fadzi boleh buat jugak kan.
20 Comments
yang no. 9 dan 10 tu x berapa tahu sangat..yang lain2 tu mmg ada simpanan dan ada buat investment..nak2 ada anak2 ni kan wajib ada semua tu..
ReplyDeletethat is nice to know! I have invested in a few of what you mentioned here. I hope to get bigger return in the future as money is not enough nowadays haha
ReplyDeletesound like a good investment to get start. good that you sharing here because can start little investment first then slowly more. shall let friends to check out this list here.
ReplyDeleteTips yang sangat menarik untuk dikongsi. Memang kena ada simpanan untuk future. Kalau takde habis la kan. Ada diantara yang disebutkan di atas akak simpan kat situ.
ReplyDeletedalam2 banyak tempat pelaburan yg fadzi shared ni akkk cuma masukkan di asb dan tabung haji jer..sebab convenient senang nak berurusan//simpana untuk masa depan dan waktu terdesak sebenarnya hehe
ReplyDeletesuka kalau bercerita bab investment ni, perempuan memang sinonim dengan emas, tapi paling penting tunaikan zakat untuk kesemua investment yang berkenaan, untuk keberkatan gitu
ReplyDeleteHampir semua ada kita simpan hehehe cuma yang tak ada lagi emas punya pelaburan hehehehe tak tahu kenapa kita macam kurang sikit emas ni tengok orang perempuan pakai memang banyak penuh satu badan hehehehe..
ReplyDeleteMemang banyak kan peluang melabur, tapi seeloknya rujuk dan labur pada yang sah sahaja agar tidak berputih mata di kemudian hari kan
ReplyDeleteWahhh perkongsian yang sangat bagus ni. Sis cuma ada Asb, tabung haji dan simpanan biasa aje. Yang lain mcm saham n unit trust tu still tak berani nak cuba lagi..bukan apa, duit belum mencukupi utk pejamkan mata...:D
ReplyDeleteTerbaik laaa perkongsian Fadzi ni.
ReplyDeleteAbam Iman memang bagus dalam hal perancangan kewangan. Tak rugi follow dia, tuntut ilmu dan tips dari dia. Paling selamat memang buh jer kat ASB dan unit trust for lomg term. Hehee
Simpanan ni setiap orang wajib ada. Tak kira la banyak ke sikit. Orang kata time terdesak tu, boleh la guna kn.
ReplyDeleteMacam kita ni pun, setakat ada acc ASB.. Pastu dulu pernah kerja. Ada la dari segi kwsp tu.
Kalau bab bab saham ni tak pandai.
wow thank for sharing info ni...nice to know more on this...time to make some investment
ReplyDeleteIza ada simpanan bank, asb n tabung haji je. Yang lain tu tak mampu nak bagi komitmen. Nak nak lagi dah tak kerja ni. Lagi susah nak menyimpan. Huhuhu
ReplyDeletewahhh bagusnya artikel nih , so kita invest ikut kemamppuan , yang emas tu saya setuju jugak...pelaburan jangka panjang bukan yg jebis ada dividen ikut tempoh...
ReplyDelete10 choices.. great to invest like this.. thansk for sharing.. a great piece of information.. yeah!
ReplyDeleteHehe nk ckp lebih2 wawa xpandai sgt pasal investment ni.. Tp klo saving tu bolehlah sikit2.. Dan sllunya suami juga tlg uruskan.. Mne yg ok kita buat saving utk mse depan kan..
ReplyDeleteBagus betul Fadzi share benda cmni. Lia pun tambah ilmu pasal simpanan dan pelaburan terdetik juga pasal AHB ni. Yerlahkan kena lah menyimpan untuk simpanan masa tua juga nanti.
ReplyDeleteBagus sharing pasal pelaburan kan. Tak semua orang berkebolehan nak berniaga semua, salah satu cara generate additional income ialah dengan cara pelaburan. Banyak je selain asb. Sebab tu lah kita kena rajin baca isu macam ni kan.
ReplyDeletePelaburan mmg penting utk masa hadapan.. Nak nak utk anak2 guna bila diaorg dah nak memasuki alam persekolahan.. Penting n banyak faedah bila melabur
ReplyDeletegreat to hv tips on investment.. it's nice to invest wisely, study before putting in our money...
ReplyDelete