Kinderkaizen Family Day 2019

June 17, 2019
Kinderkaizen Family Day 2019 | Dah lama nak cerita pasal Family Day sekolah Aneeq tapi asyik tertangguh je. Asal bukak laptop nak menaip je mesti Anas tiba-tiba terbangun dari tidur. 

Kinderkaizen Family Day 2019

Dah lama sebenarnya Fadzi tak tulis entry. Hari ni ada peluang sikit. Mood rajin pun datang. Tu yang laju je menaip. Menaip pulak dari hati kan. lagi lah berdesup tuk tak tuk tak menaip. 

Kinderkaizen Family Day 2019 

Masa bagitau Aneeq dia ada Family Day school dia, Ya Allah excitednya dia. Pergi sekolah hari biasa pun dia excited. Tak pernah ada satu hari pun yang dia kata tak nak pergi sekolah.

Even masa awal-awal dulu, Sabtu Ahad pun dia nak pergi sekolah. Alahai anak. Huhuhu bertabahlah Mak. Yang susahnya part nak mandi pagi tu. Banyak betul alasan dia walaupun dah ada water heater.

Family Day Kinderkaizen 2019 ni diaorang buat pada 28 April 2019 hari Ahad. Punya lah lama, bulan Jun baru nak tulis entry pasal ni kan hahaha.

Family Day Kinderkaizen Registration

Kiteorang sampai dekat Dewan Teratai Shah Alam, tempat diaorang buat Family Day Kinderkaizen ni dalam pukul 8.40 pagi lebih kurang. Sampai-sampai je terus pergi register kehadiran Aneeq.

Lepas tu, pergi redeem breakfast untuk Aneeq. Fadzi ingatkan breakfast disediakan untuk semua ahli keluarga student sebab sebelum tu Kinderkaizen ada mintak bilangan ahli keluarga yang pergi. 

Breakfast redemption

Rupanya breakfast untuk student je. Fadzi tak ada lah sediakan makanan apa apa atau makan brekafst sebab dalam tentatif kata ada breakfast kan. Assume untuk semua orang ada. Tersilap di situ. Nasib baik ada booth jual makanan.

Dalam pukul 9 pagi macam tu, Family Day dah start. Adalah ucapan sedikit daripada Play Leader Kinderkaizen dan sedikit aktiviti warm up. Student duduk atas pentas dan menari menyanyi sikit sikit dengan Play Leader.

Dalam 9.30 pagi macam tu, semua game booth bukak. Ha, dekat sini, student kena main game game yang ada untuk dapatkan sticker. Bila sticker dan penuh, boleh redeem medal dan hadiah.

Kinderkaizen Family Day 2019
Game ni kena sendal cup guna dahi pastu kena jalan dari point A ke point B. Aneeq main dua kali game ni. Sekali dengan best friend dia. Sekali lagi dengan Zul. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Game ni paling kacang. Golek golek bola ikut line merah sampai masuk dalam cawan dekat tepi tu. Banyak kali jugak Aneeq main ni.

Kinderkaizen Family Day 2019
Yang ni agak susah tapi mencabar. Aneeq seronok buat yang ni. Cari kunci untuk bukak mangga. Ada timing siap. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Yang ni paling susah dan paling ramia budak mengelat. Bila sorang start baling stick dalma balang ni betul-betul depan, semua orang pun ikut hahahahha. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Yang ni agak over lah sikit Aneeq. Orang lain main tepi meja, dia main tiup sampai atas meja. Over sangat. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Ni diaorang buat ala ala tikar terbang. Macam macam style budak budak ni main benda ni. Kelakar lah kalau tengok. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Bab bab ada phew phew, Aneeq memang suka sangat lah. Bila main benda ni, seronok dia. Siap gelakkan orang lain lagi. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Ni antara best friend best friend Aneeq dekat Kinderkaizen. Tiap tiap kali balik sekolah ada je nak cerita pasal kawan kawan dia.

Kinderkaizen Family Day 2019
Messy play. Ni bila Aneeq dah start main messy play macam ni, memang lambat lah nak main benda lain pulak.

Game booth pun banyak sangat. Macam macam jenis game. Dari luar dewan sampai penuh dalam dewan. Ada jugak diaorang open booth untuk face painting dan photobooth. 

Hadiah tu sebenarnya exchange gift daripada family family lain. Oh sebenarnya Family Day ni gabung Kinderkaizen Shah Alam, Kinderkaizen Denai Alam, Kinderkaizen Putra Heights dan Kinderkaizen Setia Alam. 

Kinderkaizen Family Day 2019

Game yang ada untuk kutip sticker tu memang banyak. Ada yang senang ada yang agak susah. Tapi serius lah kelakar bagi budak budak ni main. Mak bapak pun main sekali. Tu yang seronoknya.

Aneeq masa dance dance atas pentas, dia duduk berkepit dengan best friend nama Saif. Bila dah start main game, die berkepit pulak dengan best friend lain nama Zayyan. Untung lah orang ramai best friend ni ahahahhaa.

Kinderkaizen Family Day 2019

Bila dah setel redeem medal dan hadiah exchange gift tu sebenarnya dah boleh balik. Tapi biasalah Aneeq, being Aneeq. For sure tak nak balik. Nak main lagi dengan kawan kawan lain yang tak balik lagi.

Tapi kiteorang the parents dah tak larat. Lagipun ada Anas lagi nak. Kesian Anas nak tidur baring, nak menyusu, nak rehat lagi. Jadi kiteorang pun gigih pujuk paksa Aneeq balik.

Berjaya jugak lah balik selepas bye bye dekat Play Leader dan kawan kawan dia. Tapi Fadzi seronokah bila tengok Aneeq seronok berkawan dan buat aktiviti macam ni. InsyaAllah kalau ada event sekolah Aneeq macam ni lagi, memang akan join.

You Might Also Like

19 comments

  1. Memang la. Ni kan tempat budak2 bermain dengan riang ria. Parents sampai masa balik, memang nak balik la. Anak-anak masih bertenaga nak main. Hehe Tempat fun fun sangat untuk aktiviti kekeluargaan ni

    ReplyDelete
  2. Menarik bila dapat gabungkan sekali kat satu tempat save bajet. Dapat juga kenal kawan-kawan lain. Mujur buat time parents cuti dapatlah ibu bapa turut serta. Permainan dia semua seronok-seronok kan. Terhibur semua pelajar yang turut serta.

    ReplyDelete
  3. Hensemnya aniq, suka tengok dia, clever bog

    ReplyDelete
  4. Hensemnya aniq, suka tengok dia. Clever boy !

    ReplyDelete
  5. amboi meriah betul family day tu. dah lama tak join aktiviti family macam ni sambil gathering ramai-ramai. boleh rapatkan silaturahim jugak kan sambil berseronok sesisi keluarga. kena buat proposal family day company nie

    ReplyDelete
  6. Bestnya, banyak aktiviti menarik kat sini. Kalau anak kinah pun confirm dia tak nak balik. Sebab seronok sangat jumpa kawan-kawan hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat habis masa bersama anak dan juga keluarga hehehe kita suka tengok keluarga bahagia ini hehehe tengok anak-anak yang makin sihat dan comel hehehehe

    ReplyDelete
  8. meriahnya! rindu masa jadi budak kecil, boleh main macam2 permainan. sekarang ni main game dalam phone je lah. haha. tak sabar nak ada keluarga & anak sendiri nanti, nak rasai pengalaman macam2 haha.. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  9. Meriahnya kinderkaizen family day ni banyak betul aktiviti. Bila anak main, parents pun ikut join sekali. Budak-budak bila dah jumpa geng nak main memang tak ingat dunia kan? Nasib dia baik je ikut balik

    ReplyDelete
  10. Meriah nye. I anak duduk kat pra sekolah, katanya nak buat familyday bulan 11 nanti, selepas budak darjah 6 tamat peperiksaan.

    ReplyDelete
  11. Pernag nampak KinderKaizen ni dekat Kuantan. Besar jugak la rupanya KinderKaizen ni. Ingatkan tadika private biasa-biasa je. Macam menarik je kalau hntar anak ke sini. Tempat dia kat kuantan pun tak ada la jauh sgt dari rumah.

    ReplyDelete
  12. Wahhhh nampak meriah betul family day tadik anak Fadzi nie. Macam2 aktiviti dorg buat ya. Mesti best dan meriah. Seronok tengok budak2 tu. Mesti dorg gembira. Perlu buat family dah mcm nie banyak kali. Bru dorg suka dtg k sekolah

    ReplyDelete
  13. Seronok tengok anak anak enjoy macam ni. At least, dapat melatih competitive spirit dalam diri dorang. Paling penting, dorang happy dan dapat kawan baru. Kemain ye aaneeq main, hehe

    ReplyDelete
  14. Couldn’t wait to have my own family and kids. want to experience like this pergi sekolah anak tangkap gambar depa dengan perangai masing2. Join the game everything.

    Such a lovely family. 🥰

    ReplyDelete
  15. This family day looks really fun as it is filled with so much interesting activities and exciting program that engage parents and children alike. :D

    ReplyDelete
  16. Minggu lalu pun tadika my niece baru selesaikan family day mereka. aktiviti seperti ni memang mampu membantu parent dan kanak-kanak having their quality time together. Moment itu penting untuk kanak-kanak berasa disayangi.

    ReplyDelete
  17. Comel plak tengok kids buat aktiviti masa family day. Mesti doranglah paling happy dengan kawan-kawan kan. Fadzi pun dapat tengok anak membesar dan cergas.

    ReplyDelete
  18. Sis dah lama betul tak ke Family day cam gini. Rindu pulak nak tengok telatah dan ragam anak2 bermain..hehehe. Now anak semua dah besar, so tunggu cucu le pulak nanti nak ke familay day sekolah dia..hehehe

    ReplyDelete