Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

Jadi suri rumah ini, kita boleh buat bisnes kek dan roti dari rumah, jadi baby sitter atau dropshipper untuk dapatkan duit


Betul tak? 

Saya pun sebagai suri rumah buat macam-macam kerja untuk dapatkan side income.

Antara yang saya buat adalah tulis blog, servis menulis artikel dan copywriting, jual barang-barang preloved dan bermacam-macam lagi. 

Sambil jaga anak, sambil buat duit.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

Bagi saya, buat bisnes kek dan bakeri dari rumah adalah cara terbaik untuk kita sebagai suri rumah buat duit. 

Bukan nak kata suami tak cukup bagi duit tapi kepuasan bila dapat income sendiri tu priceless tau.

Dan bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk kita menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. 

Banyak sebabnya antaranya adalah:

1. Kos Pemulaan Yang Kecil

Memandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, kita tidak perlu membayar sewa kedai.

Kita pun tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah.

2. Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM. 

Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga. Jika pelanggan suka, mereka akan order!

3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah. 

Kita hanya perlu membuat kuih, kek atau roti hanya selepas kita mendapat tempahan sahaja. 

Jadi, tiada risiko kuih, kek atau roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri.

Mereka terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

cara buat bisnes roti dan kek

4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Memandangkan kita hanya membuat kuih di dalam rumah, kita masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kita. 

Ini yang saya paling suka bila bekerja dari rumah

Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. 

Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya kita terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!

5. Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti:
  • Majlis harijadi
  • Majlis pertunangan
  • Perkahwinan, kenduri
  • Majlis tahlil
  • Rumah terbuka
  • Majlis-majlis korporat
  • Seminar
  • Mesyuarat 
  • Hari keluarga

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. 

Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan contohnya macam: 
  • Tahun Baru Cina 
  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Aidiladha
  • Deepavali
  • Thaipusam
  • Musim cuti sekolah (Disember)

Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan. 

Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran apabila kitamahu memulakan bisnes bakeri ini. 

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah:
  • Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  • Berapa nak letak harga?
  • Macam mana nak kira kos produk?
  • Apa peralatan yang diperlukan?.
  • Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
  • Di mana nak belajar buat kuih?
  • Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Semua tu sebenarnya tak ada masalah pun asalkan kita ada ilmu yang cukup. 

Nak Google pun ada saja sebenarnya tapi mungkin renyah dan tak lengkap. 

Jadi, saya cadangkan korang baca ebook Bisnes Bakeri ini sebagai permulaan buat bisnes bakeri dari rumah.

cara jual roti dari rumah

Isi Kandungan eBook Bisnes Bakeri

Berikut adalah isi kandungan dalam ebook ini serta manfaat yang bakal kita perolehi.

PENDAHULUAN

Pada bahagian ini kita boleh faham dan dapat gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri.

Dalam bab inilah kita akan faham kenapa buat bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi kita.

Korang tahu tak ada 6 sebab orang lebih suka beli bajeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai?

Bila baca 6 sebab ini, mesti korang rasa macam, "Ohhhhhh, haah ek. Saya pun sama juga."

Kita juga boleh nampak kelebihan dan kekurangan buat bisnes bakeri dari rumah dan dari kedai. 

Dalam bab ini ada jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai yang kita boleh hadamkan.

Yang pentingnya, bila baca bab pendahuluan ini saja pun, mesti kita rasa excited nak mula buat bisnes bakeri dari rumah.

Tapi, sabar sabar dulu. 

Khatamkan habis ebook ini dulu.

BAB 1 : FORMULA 2M+2P

Apa benda pula formula 2M+2P. Macam matematik pula dah.

Jangan risau. Ini bukan matematik pun.

2M+2P adalah satu formula, atau pada saya panduan yang membuatkan kita terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

Kita akan belajar macam mana nak pilih produk untuk bisnes bakeri kita.

Jika pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri kita, bab ini akan menjelaskan tentang strategi pemilihan produk!

Ya! Nak pilih produk pun kena ada strategi. Bukan sekadar main buat je. :)

BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Bagi yang tak pernah atau kurang mahir buat kek dan kuih sebelum ini, jangan risau. 

Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh korang rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. 

Tapi, sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang kita nak belajar. 

Barulah tak sia-sia korang pergi belajar nanti.

BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!

Minat dan sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada. 

Kini secara rasminya korang mahu memulakan perniagaan bakeri korang dari rumah!

Dalam bab ini kita akan belajar langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan dan membuka akaun bank bagi perniagaan.

Biasanya kita fikir, kalau buat bisnes dari rumah, tak payah nak daftar perniagaan, tak payah nak buka akaun bank dan tak payah macam-macam lagilah kan.

Lagipun, kalau nak buat semua benda itu, mesti makan masa dan duit juga kan?

Rupa-rupanya, penting unutk kita ada semua perkara yang disebut dalam bab ini. 
 
Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan kita mematuhi undang-undang.

Tapi, penting juga untuk meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan kita.

BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!

Peralatan apa yang kita perlukan untuk buat bisnes bakeri dari rumah?

Dalam bab ini, ada senarai penuh peralatan-peralatan yang kita perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri. 

Mungkin kita tidak perlukan semua peralatan tersebut. Tapi sekurang-kurangnya, kita tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!

Bagi saya, ini bab yang paling penting untuk kita tahu. 

Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja. 

Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak. Hanya sekadar dapat penat sahaja.

Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri korang. 

Lepas belajar 2 kaedah ini, kita dah pandai nak letak harga untuk produk bakeri kita. 

Sebenarnya, kaedah yang kita belajar dalam bab ini bukan saja boleh guna untuk bisnes bakeri saja.

Kita pun boleh guna teknik yang sama untuk produk-produk lain. 

BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!

Sedap macam mana pun kuih korang, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli. Maka ianya tidak membawa apa-apa makna. 

Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri korang.

Dekat sini kita akan tahu dan cuba guna 8 kaedah promosi untuk mempromosikan produk-produk bakeri kita. 

Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline.

BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk kita sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. 

Ada beberapa perkara yang pasti akan kita hadapi sepanjang buat bisnes. 

Dan yang paling teruk kita mungkin hadapi adalah 5 perkara. 

Jika kita tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri kita. 

Silap haribulan, kita mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes kita.

Tak nak lah macam itu kan? Penat-penat kita bina bisnes. Bila datang masalah macam ini, kita dah putus asa dan berhenti menjual. 

BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

Walaupun korang hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran. 

Apa 9 cabaran yang mungkin akan kita perlu hadapi? Macam mana cara untuk kita atas cabaran-cabaran ini?
  • Cabaran persaingan harga
  • Kenaikan kos harga barang mentah
  • Bahan mentah habis stok
  • Supplier stop bekalan

Dalam bab ini kita akan belajar cara nak handle cabaran bila buat bisnes bakeri. 

Kalau boleh elak, kita elak. 

Kalau tak dapat elak, kita cuba perbaiki.

Kita ikut saja nasihat dan tips yang ada dalam bab ini.

BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Macam mana nak dapat RM2000 sebulan dengan bisnes bakeri?

Yang ini paling best. 

Dalam bab ini ada strategi macam mana nak menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang kita jalankan.

Hanya dengan menjual 2 produk saja, kita dah boleh dapat RM2000 sebulan. 

Strategi yang kita kena ambil tahu termasuklah kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.

BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Macam mana nak hasilkan produk bakeri yang terbaik?

Ada 10 tips yang saya rasa amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi dalam bab ini.

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar seorang peniaga yang menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. 

Korang mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.

Kalau kita ikut saja nasihat dan tips yang diberikan, insyaAllah kita boleh dapat untung dan bertahan dalam bisnes ini.

Bonus Istimewa - 3 eBook Percuma

Korang tahu tak Ebook Bisnes Bakeri ini juga datang dengan 3 ebook tambahan?

Ebook-ebook tambahan ini memang membantu sangat untuk melengkapkan ilmu bagi memulakan perniagaan kek dan roti dari rumah kita nanti. 

3 ebook itu adalah:

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BONUS #1 : 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHU

Tahukah tak korang untuk tepung sahaja, terdapat 7 jenis tepung yang perlu korang ketahui untuk membuat bakeri? 

Setiap jenis tepung mempunyai fungsi dan kegunaannya masing-masing. 

Dalam ebook ini kita akan belajar kegunaan bagi setiap jenis tepung tersebut di dalam ebook ini.

Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti bahan penaik, marjerin dan mentega. 

Untuk bahan mentega pula ada 6 jenis bahan mentega yang berasingan.

Jadi, ketahui semua kegunaan bahan-bahan tersebut di dalam ebook ini!

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BONUS #2 : 10 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS!

Dengan ebook bonus ini, korang sudah tidak perlu risau dan pening kepala lagi memikirkan produk apa yang korang mahu jual untuk bisnes bakeri korang.

Ada 10 produk yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dari orang ramai sepanjang masa.

Lengkap juga dengan resepinya sekali. 

Korang boleh terus belajar buat  produk bakeri ini selepas mendapatkan ebook panduan bisnes bakeri ini.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BONUS #3 : ROTI OH ROTI!

Tidak sah kalau buat bisnes bakeri tetapi tiada roti. 

Jadi, di dalam ebook bonus yang ketiga ini, semua info berkaitan roti penulis terangkan di dalam ebook ini.

Bermula dari bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti. 

Dalam ebook ini ada 5 jenis resepi roti serta cara membuatnya.

Sebenarnya, nak buat roti, ada pantang larangnya. 

Kemain kan?

Dalam ebook ini nanti kita akan belajar pantang-larang nak buat roti supaya setiap resepi roti yang kita buat menjadi. 

Kita juga akan belajar tentang masalah-masalah yang selalu berlaku apabila membuat roti serta bagaimana cara untuk menyelesaikanya.

Contohnya:
  • Apakah bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti menjadi lembut dan gebu? 
  • Nak buat roti warna putih? Cream atau perang-perang sikit? 
Saya rasa ebook ni memang cukup lengkap bagi kita yang baru nak bermula buat bisnes kek atau roti dari rumah. 

Senang kata ebook ni bagi kita shortcut untuk dapat untung terus. Tapi payah nak buat R&D apa semua.
Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

Kalau korang nak tau, penulis ebook ni merupakan seorang pengusaha sambilan yang dah 6 tahun dalam bidang bisnes bakeri. 

Jadi pengalaman yang penulis ceritakan dalam ebook ni memang berbaloi untuk kita yang baru nak start.

Korang boleh baca ebook ini dulu sebelum mulakan bisnes roti, kek dan bakeri. 

Post a Comment

18 Comments

  1. Betul sangat, kalau bisnes dari rumah ni jangan terlalu menjual. Orang order barulah buatkan..kang buat bebanyak takde sapa beli, lagi membazir...bestnya kalau ada bakat jadi bakers ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sikit kalau baker dekat rumah kan. Open order dalam group whatsapp mesti ramai nak

      Delete
  2. Wahhh menarik ebook ni Fadzi. Sapa sapa yang minat nak buat bisnes kek dan roti kat rumah elok jugak dapatkan ebook ni segera dan kaji dulu sikit sebanya bab bab bisnes kek dan roti sblum mulakan bisnes.

    ReplyDelete
  3. siapa yg minat nak bisnes roti dan kek dari rumah ni mesti dptkan ebook ni. bgus jugak bisnes dari rumah mcm ni..at least modal xperlu besar smpai nak kena buka kedai. dh bnyk org mnjual mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah ramai yang buat. Tapi permintaan still lagi tinggi

      Delete
  4. Bagus sangat ade buku ni..siapa yang suka bakeri tu memng wajib ada..sekurangnya dapat kaji bisnes dalam bakeri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan nad. Housewife paling senang nak buat bisnes bakeri dari rumah ni

      Delete
  5. Dulu minat sgt nak jadi baker siap berangan lagi. Tp mcm takleh nk beri komitmen pulak. Tp bila baca pasal ebook ni mcm berminat pulak nak beli. Mana tahu angan2 lama tu kembali bersinar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. InsyaAllah kalau rezeki kan

      Delete
  6. Bagus ek e-book ni. Saya dulu pun amik tempahan cupcakes utk majlis2. Hehe tp buat sambil bekerja so tak serious sgt laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda mudah saja kan. Tapi kalai tak ada ilmu susah jugak kan

      Delete
  7. Suritumah yang rajin boleh la ambi contoh ini apatah lagi yang pandai masak san buat kuih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Alang alang pandai masak, kite buat duit dari situ

      Delete
  8. bestnyaa pandai buat roti semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Saya pun masih bertatih tatih nak belajar masak semua tu huhuhuh

      Delete
  9. sedapnya kalau pandai buat roti, kalau i mmg lama dah tak jadi. bagus e-book ni boleh jadi guideline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang kadang kite kene keluar dari comfort zone untuk berjaya. Yang tak reti, belajar

      Delete