Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant, Bangsar South | Tahun lepas hujung bulan Disember, parents, abang dan kakak ipar Fadzi ada datang KL. Saja nak jalan-jalan cuti hujung tahun. Duduk dekat rumah family di KL.
Biasanya kalau dieorang datang KL atau Selangor, kitaorang adik beradik memang selalu pergi keluar makan sama-sama. Hari tu dah makan dekat area Shah Alam. Kali ni kita orang pergi area Bangsar South pulak iaitu di Amber Chinese Muslim Restaurant.
Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant, Bangsar South
Fadzi dah lama tak pergi makan makanan cina. Seronok jugak lah nak merasa makanan cina muslim ni. Kali ni, kakak nombor 3 yang belanja hehehe.
Fadzi suka restoran dia. Luas. Dan ada partition bagi yang nak agak privasi. Kitaorang ambil ruangan yang paling hujung sekali di sebelah tingkap menghadap VE Hotel.
Di partition itu disediakan satu meja besar dan banyak kerusi. Ada meja yang lebih kecil sebagai tambahan. Ada juga meja bulat kecil-kecil macam meja kopi. Mungkin untuk letak barang-barang. Kitaorang pun memang letak beg dekat situ.
Buku menu diaorang boleh tahan besar dan berat. Menu banyak. Harga pun ehem. >.< Nasib baik orang lain belanja hari tu hahahaha. Jadi kitaorang suruh je lah orang yang belanja pilih menu apa.
Antara menu yang kakak Fadzi pilih (banyak woih!):
Air minuman kitaorang pilih air teh jasmin dan air tembikai. Yang dalam jag besi tu diaorang letak air panas. Nanti kalau teh jasmin tu dah habis, boleh refill air panas semula.
Kambing Panggang Amber. Rasa dia penuh dengan rasa hangat herba. Fadzi makan 2 3 ketul jugak lah. Tapi ada yang Fadzi makan tu agak liat.
Hand Pulled Beef Noodle. Hmmm. Tak pastilah kenapa tapi Fadzi rasa Mee Tarik ni kuah dia macam mee segera Maggi.
Eight Treasures Tea (Ba Bao Cha). Yang ni Fadzi tak sempat nak rasa. Ni air teh herba.
Sauteed Snow Peas, Black Fungus with Lily Bulbs. Menu sayur-sayuran yang ini sedap cumanya kuantiti dia nampak sikit saja. Rasa snow peas tu yang membuatkan menu ni rasa crunchy gitu.
Deep Fried Fish in Sweet & Sour Sauce. Yang ini menunya lebih kurang macam menu lauk sweet and sour yang korang boleh rasa dekat luar.
Kung Pao Chicken. Rasa pedas dia mild saja tapi Aneeq tak boleh nak makan. Katanya pedas sangat. Tapi sebenarnya waktu tu dia dah start mengantuk. Kesian dia.
Poached Sliced Beef in Hot Chili Oil. Uh, menu ni agak pedas. Sesiapa yang suka makan pedas, ok sangat nak ambil menu ini.
Sizzling Eggplant with Chicken in Sauce. Sayur ni sedap. Serius sedap. Tapi masa makan tu ayam dia macam tak berapa nak ada.
Steamed Mantau & Fried Mantau. Mantau ini dieorang serve sekali dengan susu pekat. Kiranya kalau nak makan, cicah dulu dengan susu pekat tu. Baru rasa kick sikit.
Fadzi makan mantau tu agak lewat. Fadzi makan yang Aneeq tak habis makan. Bila nak makan tu, dia punya keras tak boleh makan terus. Yang steam punya lah. Kalau yang goreng punya ok je tak ada masalah nak makan. Tips dia, kalau nak makan, makan masa panas panas baru sampai tu. Huhuh.
Overall, makanan dia sedap dan mengenyangkan. Servis bagus. Tempat pun bersih. Tapi tu lah, harga tak tahu sebab orang belanja kan. Hohoho.
Sebenarnya banyak lagi nak describe pasal makanan dia tapi sebab cerita tahun lepas kan. Rasa macam dah terlupa pulak rasa dia macam mana. Lepas ni kalau pergi makan dekat mana-mana lagi, next time kena terus tulis dalam blog. Sebab nanti lupa rasa dia macam mana hehehe.
18 Comments
Aduhhh terliur kita tengok menu2 dia... Huwaaaa.... Semua nampak sedap2 belaka
ReplyDeletesuka makan mantao sebab sedap. Selalunya cicah dengan kuah kari ataupun kuah salted egg makan panas-panas memang berselera. Menu Poached Sliced Beef in Hot Chili Oil nampak sedap! Boleh order ni nanti
ReplyDeleteNampak semua sedap-sedap kemain...chinese food is kesukaan Sis, sedap nengok mee daging tu, yummmmsss
ReplyDeleteHey......... the food look so good and tasty. Thank you for sharing your review. The picture you used are high quality too. Keep it up.
ReplyDeleteRawlins memang suka makan kat chinese restaurant sebab serupa macam styel memasak by my mum. Terasa kecur liur plak tengok juadah nie
ReplyDeletenampak sedap..makanan cina mmg macam berherba sikit tp sebenarnya bagus utk kesihatan. seronok la org belanja..hehehe
ReplyDeleteSedap kan kalau makan dkt kedai chinese muslim ni. Makanan dia portion besar n kenyang makan ramai2
ReplyDeleteMakanan menu Cina seperti ini tentu boleh tahan harganya... bagis ada restorem cina halal so tak was was la nk makan.
ReplyDeletesedap. saya suka juga cChinese cuisine. dumplings, egg drop sup dll tu mmg feveret la
ReplyDeleteDalam banyak-banyak menu ats tu Deep Fried Fish in Sweet & Sour Sauce juga yang buat Yaya terliur. Sejenis suka makan ikan kut..Hihi
ReplyDeleteNampak makanan kat sini semua sedap dan menarik. Boleh tryla nanti mkn kat sini
ReplyDeleteTak pernh tau pasl tempat makan ni..fried mantau tu first time nampak tu..jarang makan chinese punya makanna dulu..dah lama juga tk makan
ReplyDeletewow. tekun aida membaca entry ohsem ni, fadzi.
ReplyDeleteaida suka chinese food tau.
melaka tak byk chinese muslim restaurant.
Banyaknya menu pilihan..Murni suka juga Chinese Cuisine. Jadi kalau teringin boleh makan disini
ReplyDeleteBaru tahu pasal tempat makan ni, bolehlah try nanti sb chinese food mmg fav sis.
ReplyDeletenampak sedap menu2nya. bolehlah try nnti. lama jugak tak makan makanan chinese :)
ReplyDeleteDah lama x makan mknan chinese ni...boleh jgk nnti bwk family...thanks for infor
ReplyDeleteNampak lauk sedap dan best! Happy gathering dengan ahli keluarga dan kawan2.
ReplyDelete