Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space

Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space | Walaupun Fadzi ni orang Shah Alam, tapi Fadzi tak pernah tahu ada tempat buat event yang menarik macam The Lanai Space Event ni di Shah Alam.

The Lanai Event Space ni terletak di lot-lot kedai di Seksyen 23 Shah Alam. Memang jarang sebenarnya Fadzi nak pergi ke area Shah Alam belah-belah sini tapi Fadzi rasa wow sangat bila tahu pasal The Lanai Event Space ni.

The Lanai Event Space, Shah Alam

Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space

Fadzi suka betul dengan konsep The Lanai Event Space ni. Nampak sangat ekslusif dengan tema Botanical Garden. Jarang-jarang lah nak tengok ada tempat buat event yang buat dekorasi macam ni di Shah Alam.

The Lanai Event Space Shah Alam

Untuk majlis, The Lanai Event Space boleh memuatkan hingga 400 orang dalam satu-satu masa untuk buffet. Kalau jenis banquet pula, boleh muat 160 orang. Sesuai sangat kalau korang nak buat majlis yang kecil-kecilan dan private macam akad nikah, pertunangan, akikah atau majlis hari lahir.

The Lanai Event Space Shah Alam

The Lanai Event Space juga ada buat pakej-pakej yang lengkap dengan catering, meja, kerusi, alas meja, buffet station, sound system, rostrum, pentas, dekorasi pentas, dekorasi entrance dan juga pelayan banquet. 

Pakej Yang Disediakan Mengikut Event

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan nama dan harga bagi pakej-pakej majlis yang disediakan di The Lanai Event Space ni.

Pakej Akikah - RM9750.00
Bagi yang nak buat majlis akikah anak, korang boleh dapat satu majlis yang cukup lengkap. Untuk tambahan kambing untuk akikah, korang perlu tambah RM1500 untuk seekor.

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dengan pakej ini, minimum untuk 150 orang, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan yang menyelerakan dan dekorasi pentas serta ruang masuk secara percuma.

Pakej Birthday Party - RM6500
Kalau nak buat majlis hari lahir pulak, korang boleh ambil pakej ini yang bernilai RM6500, minimum untuk 100 orang tetamu. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dengan pakej ini, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan dari appertizer, main course serta dessert yang menyelerakan. Korang juga akan dapat dekorasi pentas serta ruang masuk secara percuma.

Pakej Akad Nikah/Bertunang - RM10 000
Untuk yang berhasrat nak buat majlis akad nikah atau bertunang, korang boleh pilih pakej yang ini. Untuk pakej ini, minimum 200 orang tetamu. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dengan pakej ini, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan yang menyelerakan dan cofee corner. Selain itu, korang juga akan dapat dekorasi pelamin, meja untuk akad nikah serta ruang masuk secara percuma.

Hari tu masa Fadzi masuk je dekat dalam bangunan ni, Fadzi terus rasa suka sebab konsep garden diaorang ni. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Korang boleh nampak penggunaan daun-daun di bahagian dinding dan siling ruangan dalam bangunan. Tambah lagi dengan lampu chandelier dan lampu tergantung. Penggunaan warna lampu yang berwarna kuning menjadikan suasana lebih romantik dan selesa. Serius nampak mewah tempat ni. 

Hari tu sempat juga Fadzi rasa makanan yang disediakan masa majlis pelancaran The Lanai Event Space. Not bad makanan yang disediakan. Sedap-sedap dari appertizer, main menu dan dessert nya.

The Lanai Event Space, Shah Alam

The Lanai Event Space, Shah Alam

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dekat sini juga ada kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta. The Lanai Event Space ni terletak di antara lot kedai-kedai. Jadi memang banyak tempat parking di sekeliling bangunan ini dan mudah untuk para tetamu korang letak kereta. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Kalau korang tengah mencari-cari tempat untuk buat event di Shah Alam, Fadzi cadangkan korang datanglah dan tengok sendiri The Lanai Event Space ni. Mesti korang rasa tempat ini memang menarik untuk dijadikan tempat buat event.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok info pasal The Lanai Event Space dekat bawah ni.

Alamat: 
No. 36, Jln Pelabur A 23/A, 
Seksyen 23, Shah Alam 
(Google Map: The Lanai Event Space)

Nombor telefon:
03 - 5885 9224          012 - 253 3973
019 - 250 3090          011 - 1878 4681

Facebook:

Instagram:

Website:



You Might Also Like

32 comments

  1. nice place.
    harga nya pun pada aida, ok. dgn deko yg indah sgt tu, berbaloi.
    hmmmm di shah alam plak :) jauh naw ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe itu lah. Dekat shah alam hohohoho. Tapi company diaorang ni ada open kira macam cawangan tempat event lain jugak merata malaysia

      Delete
  2. cantiknyaa event space dia! Suka sangat kalau ada tema nature ni dengan deco bunga terjuntai macam tu. Menu dia pun nampak sedap. Harga berbaloi!

    ReplyDelete
  3. Pakej n menu siap sedia.. tambah dgn dekorasi yg cantik.. senang nak buat kenduri dan majlis yg berkaitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni kira dah all in one. Senang kita cuci kaki

      Delete
  4. Sangat sangat cantik tempatnya..kalau dekat dan ada di Johor, nak juga riki-riki harga berapa untuk majlis anak..wow gilee hiasan deko dia...

    ReplyDelete
  5. Rasa macam pernah g tempat ni memang cantik sbb tu la harga pun cantik haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu kalau ikutkan macam reasonable sebab semua dah disediakan betul tak?

      Delete
  6. Rawlins suka ruang sebegini sebab memudahkan semua orang. Ruang sebegini pun dah makin banyak dan semuanya cantik-cantik dan functional kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rawlin. Dah makin banyak buat macam ni. Really helpful sebab nak buat majlis dekat rumah sendiri kadang-kadang tu ruang sempit takut ganggu jiran kan

      Delete
  7. Saya rasa kalau buat birthday party kat sini kena bawa photographer siap siap ni. hehehe...tempat cantik sangat. sayang kalau tak gambar buat kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comfirm kena bawak photographer sekali. Tempat cantik ni kena abadikan

      Delete
  8. wahhh bukan kaleng-kaleng ye harga dia. Cantik memang cantik dewan event ni. Kalau nak buat majlis besar bolehlah sis fikirkan buat kat sini. Yang penting selesa dan makanan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu padan lah dengan apa yang dapat tu

      Delete
  9. Memang nampak lawa giker ok.. Dengan daun hijau, lampu. Mewahh.. Bestnya buat majlis dekat sini. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  10. cantik juga tempat ni. yang penting mesti selesa la kan, nak panggil jemputan

    ReplyDelete
  11. Memnag sesuai sangat buat event bertunang or kahwin kan. Pakej yang disediakan cukup semua. Memu pun sedap sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap pakej yang menyenang kan orang lagi tu

      Delete
  12. wow sangat event space kat The Lanai ni. tengok dekorasi dia pun memang mewah sangat. berbaloi kalau sewa event space macam ni.

    ReplyDelete
  13. cantiknya..kalau ada buat wedding ala2 garden sesuai la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sesuai sangat. Suka tengok deko mewah dia tu

      Delete
  14. Suka tengok tempat event cantik macam ni ada bunga kat keliling meriah dan juga rasa macam dalam hutan hehehe nak juga lah buat birthday kat sini ada yang nak sponser ker wakakakakka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha amboi maha, kemain nak celerate birthday sini

      Delete
  15. Tempat cantik dan menarik ni kalau dapat buat event kat sini mesti best hehehe siapa nak sponsor kita punya hari jadi kat sini wakakakkaka mana tahu nak kahwin lambat lagi hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha nak buat birthday ke kawen ni hahahaha

      Delete