Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

March 12, 2020


Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina | Minggu lepas Fadzi pergi beli barang groceries dekat Giant. Plan nya lepas balik dariapda Giant, nak singgah nursery pokok untuk cari pokok pudina. Tujuannya nak buat props untuk kelas Phonephotography :D

Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

Tapi tengok-tengok eh dekat Giant pun ada jugak pokok-pokok yang diaorang jual. Pokok pudina pun ada sekali. Jadi Fadzi terus beli dekat Giant je. Senang. Tak payah nak berhenti 2 3 tempat dengan bawa budak-budak ni kan.

Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

Sampai saja dekat rumah, Fadzi pun terfikir. Eh macam mana nak jaga pokok pudina ni. Tak pernah-pernah Fadzi tanam dan jaga pokok. Paling-paling pun tanam kacang masa projek sains sekolah dulu. 

Gigih lah Fadzi Google "Cara Tanam Pokok Pudina". Puff, banyak jugak result yang keluar. So, Fadzi kongsikan jugak lah dengan korang, kot-kot korang pun nak tanam dan jaga pokok pudina jugak nanti kan.

1. Cara Tanam
Di Malaysia dikatakan sukar untuk dapat benih pudina berkualiti. Apa yang kita boleh buat adalah beli sahaja beberapa keratan pudina di pasaraya. 

Cara tanam pokok pudina

Kemudian buang semua daun pudina. Kerat sekitar 10cm batang pudina. Cucuk 1/4 keratan tersebut ke dalam pasu . Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru keluar.

2. Penggunaan Bekas
Saiz yang ideal adalah antara bekas 2 liter hingga 5 liter. Erm erm, Fadzi guna bekas pasu yang Giant sediakan tu. Tak pastilah berapa liter.

3. Cahaya Matahari
Pudina boleh membesar dengan baik dengan hanya menerima 3-5 jam sehari cahaya matahari. Jadi kita boleh letak pokok pudina ni di tepi tingkap atau balkoni. Mana-mana di kawasan redup. Fadzi letak dekat sebelah tingkap.


Cara tanam pokok pudina

4. Penggunaan Baja
Pudina adalah tanaman jenis suka jika dibaja berkala. Bubuh baja organik setiap minggu atau dua minggu sekali. 

Beberapa butir tinja ayam yang diproses sudah memadai setiap minggu. Bubuh di dalam tepi bibir pasu. Jangan letak dekat batang pudina nanti batang pokok pudina tu melecur.

Setakat ni Fadzi tak letak apa-apa baja lagi. Tinja ayam tu celah mana entah nak jumpa :D

5. Penyiraman Air
Pudina suka air yang banyak tetapi tak boleh bertakung. Fadzi siram dua kali sehari. Awal pagi dan lewat petang. Fadzi alas pasu pokok pudina tu dengan piring.

Cara tanam pokok pudina

Kalau lepas Fadzi tuang air dalam pasu pastu nampak ada air bertakung dekat piring tu, Fadzi akan buang air dalam piring tak nak bagi dia bertakung. 

6. Penyelenggaraan
Pudina jadi tak merimbun apabila terlalu padat di dalam pasu. Akarnya jadi terlalu banyak dan membuatkan ia semakin kurang subur. 

Kesan dia kita boleh lihat daun pudina tu banyak yang gugur. Banyak tinggal batang sahaja. Daun juga mula menguning banyak. Yang ni Fadzi dah perasan bila masuk ketiga Fadzi jaga pokok pudina tu. 

Cara tanam pokok pudina

1. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita pecahkan pudina kepada dua atau empat bahagian. Setiap bahagian masukkan  ke dalam pasu baharu. Masukkan juga kompos sebagai baja.

Tapi Fadzi tak buat lagi sebab tak sempat nak keluar beli bekas dan baja. Tak tahu lah bila nak keluar beli barang ni >.<

2. Cara untuk bagi pokok pudina jadi lebih rimbun dan banyak daun, tips dia kena cubit pucuknya bila dah ada lima hingga tujuh helai daun. Nanti pokoknya tak lah tumbuh menegak saja.

Pelik jugak tips ni sebenarnya. Fadzi tak cuba lagi. Nanti Fadzi cuba :D

3. Pokok pudina ni cepat je dia membesar. Jadi tak boleh biarkan rimbunan pudina padat. Kena rajin-rajinkan diri kita buang mana-mana daun yang rosak dan kekuningan. 

Setakat tiga hari ni, Fadzi dah ada buang daun-daun yang dah rosak dan daun-daun yang dah nak gugur tu. Bagi senang kerja dia nak membesar.

4. Bila kita lihat pokok pudina mula menjalar, kena cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas catas, kita kena letak baja dekat pokok pudina. 

Proses mencantas ni penting agar pokok pudina kita kekal sihat dan subur. Cantas je walaupun kita tak guna sangat. Kalau rasa sayang, ha korang buatlah soda herbs ke teh o letak pudina ke tetiap hari. Baru tak rasa ralat.


Cara tanam pokok pudina

Itu dia sedikit tips yang Fadzi dapat dari pembacaan di Internet. Kredit sikit dekat Kebun Bandar atas tips-tips ini. Banyak pulak benda yang Fadzi kena buat nak make sure pokok pudina Fadzi ni hidup merimbun. 

Ha, korang ada tanam pokok ape dekat rumah tu?





Baca ini juga ..

32 comments

  1. Tangan Fadzi ni mesti sejuk kan dan rasi tanam pokok.... subur nampak daun pudina ti. Good job.

    ReplyDelete
  2. My Dad loves gardening. I shall share your post with him. Thank you ya for sharing your tips. Keep on gardening. It’s an awesome hobby.

    ReplyDelete
  3. now aida giat replant bayam brazil, fadzi.
    once semua dah cantik merimbun, aida nak juga invest utk yg lain2.
    now still searching for pokok kesum yg cantik.
    byk nurseri tak jual now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak jugak tanam bayam brazil tu. Ramai kata senang nak tanam kan

      Delete
  4. wahh.. bagus sharing ni fadi.. last month ada eli daun pudina 1 bungkus byk rm3 je.. ingat nak tanam jugak tp x tau cara.. last2 byk yg terbuang je.. sayang.. dilah follow fadzi ya..

    www.ceriteraibu.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang kan kita beli nak pakai kadang-kadang je. Nak simpan lama lama pun tak boleh. Better kita tanam sendiri

      Delete
  5. Cantik pulak kejadian dia. Bagus petik je de pasu letak dlm minuman..tak yah nk gi beli2 dah, nk buat laksa pun senang..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sekarang main petik petik je hehe

      Delete
  6. Dulu pernah tanam ni. Terlebih subur beranak punya la banyak kat rumah ni. Then I lupa pulak nak jaga...terus kering mati. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah baca pudina ni cepat membiak.

      Delete
  7. Ohhh macam ni cara jaga pokok pudina... Macam agak mudah ye! Boleh la saya cuba tanam nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah juga. Cuma jangan bagi dia padat sangat dalam satu pasu.

      Delete
  8. Eh. Banyak gak langkah penjagaan pokok pudina kan. Rawlins sejenis tangan panas so takde menanam apa-apa pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawlins jom cuba tanam bayam brazil. Orang kata tanam tanam dari batang terus membiak tu. Sneang

      Delete
  9. Kat rumah ni ada pot untk mint. Tapi smpai sekarang tak tanam sb fikir kucing bnyk kt rumah. Ok juga tanam pudina. Mudah hidup kan.

    ReplyDelete
  10. Kira senang lah jugak nak tanam dan jaga pokok pudina ni ya. Nak cuba jugalah tanam di rumah. Sebelum ni tak berani tanam sebab spesis tangan yang kalau tanam apa jenis tanaman confirm mati. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh kalau tak berani, boleh cuba dengan bayam brazil. Orang kata lagi senang. Saya pun nanti dah settle covid, nak start menanam bayam brazil jugak

      Delete
  11. Dah 2 kali tanam pudina ni, sekali tanam dr kecik, keduanya tanam dah merimbun beli kat kedai bunga, pun dua-dua kiok hahahaha nanti nak ikut petua ni dan tanam sekali lagi hehehe..sedap petik buat ais lemon kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih macam macam boleh buat dengan daun pudina ni sis lin

      Delete
  12. Thanks for sharing! I need this mint pot you know! Nak beli tapi malas nak keluar! Thanks for your information! I can tanam kat rumah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure can. Later covid gone, go buy at Giant. Easiest place to find. No need to go to any nursery

      Delete
  13. oo mudah je rupanya. boleh tanam dlm rumah ya. menarik ni, selalu buh dlm air mint ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli dekat kedai yang dieorang pek kan tu, memang letak dalam air. Tapi tak lama juga la kan diaorang hidup

      Delete
  14. wow Pokok Pudina ini cantik. Thanks for the tips. Need a lot of effort to jaga it right :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, need the right method to make sure they live :D

      Delete
  15. Menyelerakan sungguh bila tengok air kat part last tu... Rasa satisfying sangat... Yelah kan, dah lepas bercucuk-tanam dan jaga elok-elok pokok pudinanya, dapat pula menikmati hasil tangan sendiri, memang sungguh mengujakan... tips tu sangat bagus dan akan saya suba guna-pakai dalam percubaan pertama saya minggu depan ya #lovegardening... thanks for sharing FR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good job. Nanti update la pasal gardening tu. Nak tau perkembangan juga

      Delete
  16. Salam... kalau cantas lepastu taruk kat tanah sebagai baja okey x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, boleh je. Tapi rasa sayang pulak daun yang masih elok buat baja. Mungkin cantas dan guna dalam minuman atau makanan. Macam saya, saya cabut daun daun yang dah kering dan letak dekat tanah untuk buat baja.

      Delete

Followers