Senarai Kelas Phone Photography Online

Senarai Kelas Phone Photography Online | Fadzi mula join kelas phone photography online ni tahun lepas bulan November 2019. Motifnya sebab nak improve skill ambil gambar. 

Senarai Kelas Phone Photography Online

Tengok orang ambil gambar cantik cantik, kita pun nak lah jugak ambil gambar cantik kan. Jadi bila ada nampak kelas-kelas online ni buat opening untuk batch baru, terus Fadzi book tempat.

Senarai Kelas Phone Photography Online

Bila Fadzi mula masuk kelas phone photography online, Fadzi selalu post gambar-gambar yang Fadzi dah ambil dekat Facebook dan Instagram. Selalu jugak orang tanya pakai phone apa dan kata nak belajar ambil gambar macam Fadzi jugak.

Bila ramai yang kata nak belajar ambil gambar macam Fadzi, Fadzi cuma boleh rekemen kelas kelas online yang ada saja. Kalau Fadzi nak ajar, rasa macam tak layak lagi huhu.

Jadi hari ni Fadzi nak share kan kelas kelas phone photography online kepada korang yang berminat untuk belajar ambil gambar guna phone saja. Kalau korang nak join, korang boleh cari teacher teacher ni semua.

Kelas Smartphone Photography

1. Pengajar : Nazia Suhaimi
Facebook : www.facebook.com/nazsuhaimi
Kelas : #KelasSmartPhoto (Klik sini untuk tengok jadual kelas)








Gambar-gambar dekat atas ni semua task yang Fadzi submit dalam kelas SmartPhoto tiap tiap minggu selamat 3 minggu. 

Ada gambar Fadzi yang jadi top 2,ada yang jadi top 10 dan ada juga yang jadi top 20. 

2. Pengajar : Lini Mohd
Facebook : https://www.facebook.com/phopbylinimohd/
Kelas : #PhoP



Sekarang Fadzi tengah belajar dalam kelas Teacher Lini. So far, Teacher Lini yang paling 'garang' Fadzi pernah belajar.

Tapi dalam garang-garang teacher ni, banyakkkkkk sangat benda yang Fadzi belajar. Gambar-gambar yang Fadzi ambil untuk kelas teacher Lini ni Fadzi tak dapat nak all out sebab Fadzi sekarang sorang-sorang jaga anak-anak. Husband outstation sebulan jauh nun di sana. 

Tiap kali nak ambil gambar, Aneeq dan Anas bagi lebih kerja sama sangat. Dieorang ada je nak 'tolong' usik, sentuh dan ambil kan gambar. Mereput Mak hahahaha. Hence, gambar yang tak berapa menarik ni. 

3. Pengajar : Hani & Azean
Facebook : https://www.facebook.com/groups/318395938946882/
Kelas : #SmartPiksel


Ini pulak task final kelas SmartPiksel Basic. Kelas ni seronok sebab cikgu-cikgunya jenis sempoi melayan saja kepala sengal anak-anak murid dalam group. Bagi komen improvement pun lembut je. 

Untuk gambar final task ni Fadzi dapat top 3. Alhamdullilah. Yang ni Fadzi ambil gambar masa Anas tengah tidur. Tapi masa nak setting setting susun barang tu, bergaduh jugah lah dengan anak anak 😆😆

4. Pengajar : Dian
Facebook : #BelajarBersamaDee
Kelas : Advance

5. Pengajar : Zanariah
Facebook : https://www.facebook.com/zanariah.salam
Kelas : #FotoOhsem

6. Pengajar : Anuar Jamal
Facebook : https://www.facebook.com/anuar.jmal
Kelas : Landscape Photography

7. Pengajar : Nur Dhunaa
Facebook : https://www.facebook.com/nurdhunaa.abmaleq
Kelas : #TutorWithDhuna

8. Pengajar : Ann
Instagram : https://instagram.com/fv.flatlay?igshid=1hxwpoih9xmgd
Kelas : FVClassroom

9. Pengajar : Nina Purwanti
Facebook : https://www.facebook.com/inaghassani
Kelas : kelas moto teh ina

10. Pengajar : Mohd Mustaqim (Cikgu Iqqy)
Facebook : https://www.facebook.com/riff.guy
Kelas : Portrait Photography & Art Of Seeing

11. Pengajar : Kamalia Kamal (Kak K) professional photographer
Facebook : https://www.facebook.com/kamaliakamal
Kelas : #fotofon

12. Pengajar : Hazrezal Ahmad (professional photographer)
Facebook : https://www.facebook.com/hazrezal
Kelas : Food Photography

13. Pengajar : Azhar Saini (professional photographer)
Facebook : https://www.facebook.com/azharsaini
Kelas : food/product photography

14. Pengajar : Puji
Facebook : https://www.facebook.com/pujihamzah13/
Kelas : pujihamzahclass

15. Penganjur : Klik14
Instagram : https://instagram.com/klik.14?igshid=1fsbn1xpzlmdl
Kelas : Outdoor Photography (Landscape, Nature, Portrait, Street Photography) & Food Photography

16. Pengajar : Afif
Facebook : https://www.facebook.com/groups/1853957444875721/
Kelas : SFP Smartphone Food Photography

Senarai ni Fadzi dapat dari cikgu phone photography pertama Fadzi iaitu Cikgu Nazia Suhaimi. Senarai ni untuk cikgu-cikgu yang berada di Malaysia dan Indonesia saja. Nanti kalau ada penambahan lagi, Fadzi akan update okay.

Setakat hari ni 3 Mac 2020, Fadzi baru masuk 3 kelas dari 3 cikgu yang berbeza.
  • November 2019 - Kelas SmartPhoto Cikgu Nazia (graduate :p)
  • Januari 2020 - Kelas Basic SmartPiksel Cikgu Hani & Cikgu Azean (graduate :p)
  • Februari 2020 - Kelas Phopbylinimohd Cikgu Lini Mohd (on-going)


Kelas dekat bawah ni pulak kelas yang Fadzi dah book. Tapi kelas akan start bulan Mac dan April 2020 nanti.
  • Mac 2020 - Advanced Private Photography Cikgu Azean
  • Mac 2020 - Hazrezal Ahmad Food Photography Cikgu Hazrezal
  • April 2020 - Advanced PhoP Class Teacher Lini
  • April 2020 - Mobilegraphy With Iqqy Cikgu Iqqy


Ada orang cakap, membazir je masuk kelas online macam ni. Tapi, bagi Fadzi, masuk kelas macam ni bukan untuk duit saja tapi lebih kepada self satisfaction dan self improvement.

Fadzi suka kelas kelas online macam ni sebab:
  • Harga yuran mampu milik. Semua kelas yang Fadzi join yuran dia antara RM30 hingga RM80 saja. Tak ada yang lebih daripada RM100.
  • Belajar secara online. Tak perlu bersiap siap nak keluar rumah, tak perlu nak tinggal anak-anak, tak perlu start enjin kete bazir minyak semua. Cuma perlu spend beberapa jam waktu malam sehari seminggu then buat lah latihan hari hari lain.
  • Nota lengkap. Ada nota lengkap dengan gambar, voice notes, file. Boleh rujuk bila-bila masa.
  • Komen untum improvement. Ada komen penambah baikan daripada cikgu-cikgu. Dekat sini baru tahu mana kita buat salah dan improve next time.
  • Circle yang positif. Dalam kelas ni semua masuk untuk belajar. Jadi masing masing semua positif. Kalau ada nampak macam gambar tak kena, kita boleh saling komen untuk improve kan cara ambil gambar, styling dan editing sebelum di komen oleh cikgu-cikgu. Yang penting tak komen komen memperlekeh hasil kerja orang.


Kalau korang berminat, apa lagi. Pilih je mana mana kelas yang Fadzi dah senarai kan dekat atas. InsyaAllah setiap kelas tu memang berbeza. Dan setiap kali korang masuk kelas yang lain, banyak benda baru yang korang akan belajar. Berbaloi sangat.


Post a Comment

36 Comments

  1. mcm best je, Fad..nnti nk joint lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak join. Pilih je mana mana kelas yang rasa nak join dulu

      Delete
  2. Lawanya gambar. Semuanya macam sampaikan maksud. Ralit tengok. Tak sangka boleh belajar online dah sekarang. Dulu kena book kelas. Kemudian kena amik cuti semata-mata perbengkelan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kan duduk kat rumah jaga anak. Kalau nak kene keluar pergi kelas tu memang payah. Ada kelas online macam ni senang sikit

      Delete
  3. Photography ni kena ada interest and passion too. Patut la gambar Fadzi cantik cantik sekarang.Layout pun creative jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee masih belajar lagi. Banyak benda baru belajar bila masuk kelas ni

      Delete
  4. Kak liez dh join satu kelas ni.. saja nak improve cara ambil gambar.. mana tahu boleh jadi photographer kecil-kecilan kan... tp bagus la Fadzi buat list mcm ni.. mudahkan org mencari kelas ji

    ReplyDelete
  5. teringin nak join kelas ni sebab belajar sendiri ni selalu kelaut je hahaha lagi pulak tak kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah. Dulu konon belajar sendiri. Bila belajar sendiri memang kelaut dalam sungguh lah

      Delete
  6. Terima kasih Fadzi kongsikan list pengajar fotografi online ni. teringin pula nak join tengok hasil gambar yg Fadzi snap. Cayalah!!

    ReplyDelete
  7. Wah menarik sangat ni. Thanks sharing. InshaAllah ada masa dan rezeki huda pun nak join lah.

    ReplyDelete
  8. boleh join ni nampaknya. pernah join dulu, boleh perbaiki skill

    ReplyDelete
  9. Wow lawa2 gambar bila org yg pro tangkap! Memang kema join la class macam ni, untuk improve skill photography...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, improve skill photography mana tua nanti boleh buat income dari skill ni ke kan

      Delete
  10. teringin jugak nak belajar photography ni. selama ni belajar dkt youtube je dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu belajar dekat youtube, tak jalan. Kena masuk kelas kelas macam ni baru jalan hehehee

      Delete
  11. Menarik kls mcm ni. Apatah lagi kita berada di circle yg positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dalam group support each other. Tu yang best

      Delete
  12. Terima kasih atas perkongsian Fadzi. Semua gambar cantik-cantik. Macam nak join juga kelas online macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak fiza. Berbaloi jugak hasil yang dapat dari investment ni

      Delete
  13. Cantikla semua gambar fadzi. Rupanya fadzi belajar online dengan sifu ye. Nanti ada masa nak join jugakla nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak belajar sendiri memang boleh tapi Fadzi kelaut dalam hahaha. Nak kene berguru dengan cikgu betul betul baru Fadzi jalan

      Delete
  14. buat benda2 kreatif ni kena ada passion kan dik.. hee~ akak dah lama tinggal kan bidang tangkap2 gambar ni, teringin nak start balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dari kecik minat photography and art semua ni. Tapi dulu kan mana ada duit nak beli kamera or phone yang ada kamera. Nak mintak dengan mak ayah, tak sampai hati. bila dah besar ni ada duit sendiri, baru boleh nak beli benda benda tu semua

      Delete
  15. Banyak juga ye cikgu mengajar kelas phone online ni..bgus la..ramai dpat beljr sambil duduk rumah sebb ramai takdpat keluar kan..Pergh makin hebat gambar fad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadzi pun baru tau ramai yang ajar. Bagus jugak bila ramai yang ajar sebab lain cikgu lain ilmu yang dapat. Bila combine semua ilmu tu, memang terbaik dapat

      Delete
  16. No wonder your pictures nampak awesome semuanya. Rawlins jadi teringin nak masuk classes gak sejak tengok a few of my friends’ pictures yang cantik selepas belajar di online classes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masuk kelas sebab tengok kawan kawan facebook ada yang ambil gambar lawa lawa. Teringin jugak

      Delete
  17. tenkiu share.
    kak pip tengah fikir juga nak join kelas mcm ni utk self improvement.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak pip. Saya rasa berbaloi masuk kelas ni. Nampak sangat inprovement dekat gambar

      Delete
  18. Baru join kelas Teacher Lini je sekali. Nak sambung lagi belum terbuka hati. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe, tak pe. Boleh cuba jugak kelas teacher lain. Pelbagaikan ilmu

      Delete