Tawaran Happy Hour Supper dari Domino's Menawarkan Diskaun 50% untuk Semua Pizza Biasa

Domino’s Malaysia adalah salah satu restoran dalam talian yang boleh memberi peluang untuk kita menikmati pelbagai menu pizza yang best. Tidak hanya pizza malah makanan lain juga seperti pasta, pencuci mulut dan lain-lain lagi. 

Antara menu pizza biasa yang ada di Domino’s ini adalah seperti pizza Classic Chicken, Smoky Pepperoni, BBQ Chicken, Aloha Chicken, Vegie Fiesta dan banyak lagi. Makan pizza waktu malam sebagai dinner pun seronok juga. Lagi pula pizza ini memang salah sejenis makanan yang menyenyangkan. Ada pelbagai jenis size juga sesuai dengan kehendak masing-masing. 



Domino’s Pizza ini juga boleh dihantar ke rumah tepat pada waktunya dengan harga yang berpatutan. Dengan cara ni tak payah lagi nak buang masa sendiri untuk drive ke restoran dan tunggu, sebaliknya hanya dengan beberapa klik, kita sudah boleh menikmati makanan yang sedap dihantar terus di depan pintu rumah masing-masing. 

Mereka juga ada menawarkan pelbagai jenis tawaran harga potongan yang menarik dan sangat menjimatkan. Dah macam makan menu sedap dan mahal di restoran mewah tetapi dengan harga yang sangat mampu dan berpatutan tanpa perlu mengeluarkan banyak belanja. 

Antara tawaran yang sedang hangat dikatakan sekarang adalah tawaran Happy Hour Supper dengan potongan diskaun sebanyak 50% untuk semua jenis pizza biasa. 

Wow!!! Untung banyak tu!!! 



Dengan adanya diskaun begini, dapatlah memuaskan keinginan hati untuk makan pizza dengan sepuas-puasnya! Best betul bila ada promosi Happy Hour yang super best ohsem dari Domino’s ni. 

Tawaran ini tersedia setiap hari, dengan potongan 50% untuk semua pizza biasa! Dan had masanya pula adalah dari jam 9 malam hingga 11 malam. Kiranya kalau tetiba rasa tak tahu nak makan malam kat mana, dan tetiba rasa macam nak makan menu ala Italia dengan pizza bersos sedap dan topping yang banyak, bolehlah buat pesanan dari mana-mana cawangan Domino’s yang terdekat. 

Tawaran ni boleh memberi kita kuasa untuk membuat pesanan untuk makan malam atau makanan ringan tengah malam, itu semua adalah panggilan anda. Walau bagaimanapun, bayaran tambahan masih dikenakan untuk rangkaian pizza Classic dan First Class.

Pizza adalah salah satu makanan keselesaan yang paling popular di dunia. Makin mengancam jika dapat makan potongan pizza hangat di malam yang sejuk. Terima kasih kepada gabungan pizza yang popular, Domino's, kita sekarang dapat menikmati pizza biasa dengan hanya separuh dari harga biasa.



Kita semua tidak dapat membeli kebahagiaan tetapi kita semua boleh membeli pizza dengan bayaran separuh harga untuk makanan yang sama! Memang benar bahawa ada pelbagai jenis pizza di luar sana tetapi tak dinafikan Domino's Pizza adalah salah satu jenama makanan pizza yang sangat sedap dan menyelerakan. 

Ohya suka juga untuk diingatkan yang promosi ini hanya akan sah dengan nilai pesanan pembayaran minimum sebanyak RM20 untuk penghantaran. Yang pasti, untuk menjimatkan masa dan memudahkan urusan untuk menikmati menu pizza dari Domino’s ini, kita boleh gunakan perkhidmatan pizza delivery dari Foodpanda.



Dengan Foodpanda, kita dengan senang dapat menikmati Domino’s tanpa perlu bersusah payah macam dulu lagi. Tak kiralah walau dah malam, jika terasa nak makan Domino’s tanpa mahu melangkah keluar dari rumah, bolehlah buat tempahan dari aplikasi lamanweb Foodpanda. Lagi-lagi dengan adanya tawaran diskaun separuh harga tahap begini, rugi besar kalau tak guna peluang yang ada. 

Ingat pizza, ingat Domino’s. Selamat menjamu selera bersama keluarga dan insan tersayang. 

Post a Comment

1 Comments

  1. sedapnya...bagus diskaun mcm ni. kdang org bekerja ni tk sempat nak masak utk makan malam

    ReplyDelete