26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021 | Ramai sebenarnya mommy blogger Malaysia yang saya ikuti di blog dan media sosial. Seronok bila baca perkongsian mereka dalam blog sebab penulisan mereka memang kena dengan jiwa saya.
Almaklumlah sama-sama jadi ibu. Bila mereka bercerita, saya rasa boleh relate dengan apa yang mereka kongsikan. Kalau korang mak-mak di Malaysia nak nak cari maklumat dan tips berguna pasal parenting, resepi, makanan ataupun melancong, saya cadangkan follow lah top mommy blogger popular malaysia yang saya senaraikan di bawah.
26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021
Ini adalah antara blogger mommy Malaysia yang saya ikuto perkembangan mereka di blog dan juga di media sosial.
1. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com
Hana dah mula menulis blog sejak 14 tahun yang lalu. Lama juga ya. Memang banyak entry yang ada dalam blog ini.
Hana merupakan ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.
2. Ciktom www.ciktom.com
Ciktom ini salah seorang blogger terkenal Malaysia yang saya follow. Ciktom dah menulis blog 11 tahun bermula 2010. Dah dikira otai ni.
Ciktom merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata. Seorang fulltime mommy blogger. Pada awal berblog banyak share tips, tutorial blogging dan cara buat duit online. Sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi.
3. Mrs Pip www.mrspip.com
Mula berblog pada tahun 2015, Mrs Pip dah pun menulis selama 6 tahun. Mrs Pip adalah salah seorang mommy blogger Malaysia terkenal yang saya ikuti. Dalam blognya penuh dengan info semasa.
Mrs Pip merupakan ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013. Mrs Pip ini bukan calang-calang orangnya sebelum berhenti kerja ya. Seorang jurutera. Tapi bila dah berhenti kerja, lagi hebat menjaga anak-anak. Besar pengorbanan Mrs Pip ni.
4. Siti Awadah www.sishawa.com
Sis Hawa adalah antara blogger yang mempunyai blog paling banyak dikunjungi. Mula menulis sejak 2017, kini Sis Hawa dah 4 tahun menjadi blogger.
Walaupun menjadi seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 6 anak, Sis Hawa mampu jana income dengan Adsense.
5. Ardini Humaira www.ilhamdini.com
Ardini merupakan Malaysia mom influencer yang sudah lama menulis blog. Bukan clang-calang lamanya ya. Dah 13 tahun, bermula 2008.
Ardini adalah seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata, pernah mengalami keguguran 5 kali dan sanggup berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua selepas 5 kali keguguran. Ardini minat menulis sejak zaman sekolah. Walaupun buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, tapi serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010.
6. Lea Razali www.eksplorasilea.com
Lea. Malaysia mom influencer yang dah menulis sejak 7 tahun yang lalu bermula 2013. Saya suka sangat baca entry dalam blog Lea. Banyak sangat info dan tips baru yang saya dapat.
Lea adalah ibu kepada 2 orang anak, seorang suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog Lea kebanyakan berkongsi tentang resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog.
7. Azlinda www.azlindaalin.com
Kak Linda. Rasanya tak perlu lagi saya nak perkenalkan blogger terkenal Malaysia ini.Blog Kak Linda memang terbaik dengan info-info parenting dan Kak Linda dah mula menulis sejak 8 tahun yang lalu bermula 2012.
Kak Linda ini memang multitask. Bersemangat pula orangnya. Kalau nak cari orang yang boleh dijadikan inspirasi, Kak Lindalah orangnya. Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya pula sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Kak Linda merupakan seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga. Kalau tengok blog dan media sosialnya, banyak gambar Kak Linda dengan kelurga.
8. Fuzy Rahamah Hamid www.iamfuzy.com
Salah seorang mommy blogger Malaysia terkenal yang saya nak kongsikan kepada korang semua adalah Kak Fuzy. Ini memang otai habis. Dah menulis blog selama 15 tahun, bermula tahun 2006.
Kak Fuzy ini adalah umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS). Kak Fuzy geng freelance writer saya.
9. Meksah www.meksah.com
Walaupun baru 8 bulan menulis blog, tapi Meksah pun bukan calang-calang penulisannya ya. Si cantik manis ini banyak menulis tentang tips dan info yang berguna untuk kita. Kalau nak baca artikel berbahasa Inggeris pun ada dalam blog Meksah.
Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina blog pada Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman sendiri.
10. Mamy Syu annursyuhadah.com
Mamy Syu dah lama jadi blogger. Sejak 8 tahun yang lalu bermula 2012.
Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. Sesiapa yang nak dapatkan tips berkenaan hubungan suami isteri jarak jauh, saya rekemen bacalah blog ini sebab Mamy Syu sendiri ada pengalaman PJJ selama 9 tahun.
11. Alia Farhan Said www.aliafarhan.com
Kak Alia ni, sapa tak kenal memang nak kena sebat. Hahahah. Kak Alia dah menulis blog selama 13 tahun bermula 2008. Ni tak tau lah nak panggil otai tahap apa dah.
Kak Alia adalah ibu kepada dua orang anak perempaun. Kalau tengok perkongsian Kak Alia dengan anak-anak, boleh pecah perut ketawa tau. Kak Alia Mom seorang mommy blogger Malaysia yang suka memasak, melancong dan berkongsi. Mula berblogging untuk suka-suka saja tapi sekarang jadi blog paling banyak dikunjungi.
12. Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com
Blog Wawa ini walaupun baru 8 bulan, sebenarnya dia dah otai dalam blogging. Blog personal terbaru ini mula ditulis pada Mei 2020.
Wawa merupakan ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber di @wanrokiahwanismail dan @vitaminwawa.
13. Chaza Xiaojie www.cxopportunities.com
Blogger si kecil molek ini jangan dipandang sebelah mata ya. Dah menulis blog selama 10 tahun sejak Jun 2011 lagi.
Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji.
14. Nurul Aleya www.apakatamommy.com
Aleya adalah mommy blogger Malaysia yang dah lama tapi blog terbaru ini baru ditulis 10 bulan yang lepas iaitu pada Mac 2020.
Seorang mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke JB, terus sertai JDT blogger dan buat blog baru. Mula baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.
15. Nabiha Mohd Mashut www.biemohd.com
Salah seorang lagi otai dalam dunia blog Malaysia. Mommy blogger Malaysia terkenal Bie dah mula menulis sejak 14 tahun yang lalu bermula 2006.
Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.
16. Nora (Izarra) www.ummizarra.com
Nora ini mommy blogger Malaysia terkenal. Kalau jumpa dekat event, memang banyak cerita nak kongsi. Dah menulis blog selama 13 tahun bermula pada tahun 2008.
Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka-suka update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update.
17. Rozita www.ceritaita.com
Lagi salah seorang Malaysia mom influencer yang otai dah dalam dunia blogging ini iaitu Rozita. Dah 13 tahun menulis blog bermula 2008.
Ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.
18. Yaya Azura www.yayaazura.com
Yaya pun dah lama juga berblog. Dah 11 tahun menulis sejak tahun Jan 2010.
Merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
19. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com
Bonde ini pun salah seorang blogger Malaysia yang tak perlu nak diperkenalkan lagi. Otai lama dah 11 tahun menulis sejak tahun 2010 lagi.
Bonde kepada seorang puteri. Penulis blog separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.
20. Marina Bashah www.marinabashah.com
Walaupun Marina baru 2 tahun menulis blog iaitu sejak tahun 2019 tapi blognya dah jadi antara blog paling banyak dikunjungi.
Seorang ibu bekerjaya. Sebagai seorang ibu kepada 3 anak dara, Marina selalu kongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.
21. Siti Rohaida https://kisahsidairy.com
Ramai ya otai-otai mommy blogger Malaysia yang saya follow. Antaranya adalah Rohaida. Dah 11 tahun bermula 2010.
Merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan, Rohaida suka berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
22. Sharina www.opzzpinky.com
Saya mula baca blog Sharina sebab nama blog dia cute dan rare. Rupa-rupanya Sharina dah lama menulis. Dah 11 tahun umur blognya.
Sharina adalah ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal. Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, Alhamdulilah. Sebagai seorang lifesytle blogger, Sharina tak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips
23. Maesarah www.mysarahstories.com
Maesarah ini bukan calang-calang blogger korang. Dah 13 tahun menulis sejak tahun 2007 lagi.
Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah.
24. Atul Hamid www.atulhamid.com
Atul pula dah menulkis dalam blog ini sejak 5 tahun yang lalu bermula Sept 2016.
Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.
25. Zaza Azman www.zazaazman8.com
Dulu Zaza dah pernah menulis blog tapi dah lama tinggalkan. Lama tau, 12 tahun Zaza berhenti menulis. Tapi biasalah kan, bila pernah jadi blogger, satu hari nanti mesti akan mula berblog semula. Macam Zaza lah yang kembali sejak Jan 2020 yang lalu.
Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak-anak.
26. Aida Hanafiah https://www.adianiez.com/
Aida adalah seorang blogger mom yang menulis di blognya sejak 11 tahun yang lalu.
Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.
Ramai lagi Malaysia mom influencer yang ada cumanya tak mampu saya nak senaraikan semuanya sekali.
Kalau korang rasa korang perlukan sumber bacaan tentang kehidupan mak-mak, tips parenting, gaya hidup surirumah, cadangan tempat makan yang menarik atau tempat unutk melancong yang best, korang boleh saja follow dan baca blog-blog yang saya senaraikan di atas. Mesti ada yang korang akan tersangkut punya.
7 Comments
Semoga semua blogger maju jaya lagi tahun nih, thank you masukkan saya dalam list. Salam perkenalan dari saya Lea.
ReplyDeleteHai fadzi.😍
ReplyDeleteBest List Mommy Blogger Ever
ReplyDeletesalam fadzi, terima kasih selitkan link sis di list tu. moga terus sukses ye!! :D
ReplyDeleteHai fadzi.
ReplyDeleteheheee bukan otai Fadzi...x sempat nak tuntut ilmu dari Fadzi lagi niii. Semoga Fadzi dan family sihat2 kat sana..be safe
ReplyDeleteTahniah mommy blogger
ReplyDelete