Day 1: Majlis Pernikahan Sepupu, Golden Pearl Hotel dan Nasi Lemak Cik Chom

October 09, 2016

Day 1 (Johor): Majlis Pernikahan Sepupu, Golden Pearl Hotel dan Nasi Lemak Cik Chom | Ini entry pertama untuk Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia aku walaupun sebenarnya aku masih dalam mood bercuti (dah habis travel, nak travel lagi tu).


Flowers
Road trip aku bermula pada 16 September hari Jumaat sebenarnya. Tapi aku tak kira sebab tu aku just balik kampung Rembau untuk prepare hari Sabtunya nak ke Segamat Johor untuk wedding sepupu belah Zul. Nak konvoi ramai-ramailah kononnya.


Malay wedding

Father and son
Sabtu - 9.00 pagi
So pada hari Sabtu 17 September, pagi tu kiteorang ke Felda Pemanis, Segamat Johor untuk majlis pernikahan sepupu Zul. Gerak dalam pukul 9 pagi lebih ke Felda Pemanis untuk akad nikah dan jamuan makan sikit. Lepas tu dalam pukul 11 pagi balik semula ke homestay untuk get ready majlis resepsi belah petang. Aku pelik sikit dengan majlis tu. Kenapa tak disambung terus majlis akad nikah pagi pukul 10 dan majlis resepi lepas tu instead of buat majlis resepsi belah petang. Ini tradisi orang Johor ke? 


Tokong cina
5.30 petang
Setel majlis resepsi belah perempuan lebih kurang pukul 3.30 petang dan kiteorang terus shot pergi ke Muar Johor. Konon-kononnya nak pergi cuba kopi terkenal dekat Muar iaitu Kedai Sai Kee Kopi 434. Tapi bila sampai dekat Sai Kee Kopi 434, dah pukul 5.30 petang. Rupanya waktu tu, kedai tu dah nak tutup. Sedih pulak rasanya sebab tak dapat nak merasa kesedapan kopi dekat situ. Sudahnya, kiteorang ambil gambar dekat depan tokong Cina berdekatan dengan kedai tu je. 


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor
7.00 malam
Next, kiteorang gerak ke Batu Pahat untuk cari hotel murah di Batu Pahat untuk tidur malam tu. Perjalanan daripada Muar ke Patu Pahat ambil masa lebih kurang sejam setengah. Masa kiteorang sampai tu pun dah dalam pukul 7-8 malam. Hotel yang kiteorang pilih hari tu adalah Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor. Aku akan cerita pasal hotel ni dekat entry ini - Review Golden Pearl Hotel.


Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat Johor
8.30 malam
Motif cari hotel dekat Batu Pahat dan bukannya dekat Muar? Sebab kiteorang nak cuba tempat makan best dekat Batu Pahat iaitu Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat Johor. Sebelum kiteorang mula buat roadtrip ni, mestilah aku ada buat preparation dari segi nak pergi main attraction mana, nak pergi makna dekat mana, nak buat apa dan nak tinggal dekat mana. So, dekat Johor ni, Nasi Lemak Cik Chom menjadi salah satu tempat makan yang kiteorang nak cuba. Entry pasal Nasi Lemak Cik Chom ni aku akan update dekat sini - Review Nasi Lemak Cik Chom.

Lepas setel check in dekat Golden Pearl Hotel, kiteorang pergi makan malam dekat Nasi Lemak Cik Chom yang tak jauh pun dari hotel tu. Kalau drive dalam 2 3 minit je. Kalau jalan kaki dalam 8-10 minit. Lepas makan dan kenyang, balik hotel. Rehat-rehat dan terus tidur untuk prepare next day punya trip. 

Dekat bawah ni route perjalanan aku dari Felda Pemanis 1, Segamat Johor ke Kedai Saikee Kopi 434 Johor Muar dan ke Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor. Perjalanan dari Felda Pemanis 1 ke Muar ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Perjalanan dari Muar ke Batu Pahat ambil masa 1 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan tak ada tol. Minyak kereta pun masih banyak waktu tu. 



Total expenses hari pertama: RM103
- Check in Golden Pearl Hotel (RM70)

- Dinner Di Nasi Lemak Cik Chom (RM33)

Travel tip:
Setiap kali korang singgah ke R&R atau stesen minyak atau mana-mana tempat yang ada toilet, better korang pergi membuang dulu. Tak kisah lah korang membuang sikit atau banyak, asalkan buang sebab lepas tempat tu, korang tak pasti lagi dekat mana ada kemudahan toilet atau bila next time korang akan stop sekali lagi. Kang tak pepasal ada yang kencing dalam botol air :D :D :D

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).



You Might Also Like

9 comments

  1. Fuhh.. jalan sakan... Hehe

    ReplyDelete
  2. seronoknya sis berjalan sakan.... cantik bunga lily tu...

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu review nasi lemak tu..
    Bulan 12 ni ada kenduri juga kat Johor. Kot2 la bole singgah..

    ReplyDelete
  4. Susah hidup kalau toilet jauh. Pernah rasa hazabbbbbbbbbbb.........

    ReplyDelete
  5. Wooow such a big family you have. Great post

    ReplyDelete
  6. good that you put the price :D
    hehe.. wanna go trip too, shall plan soon.

    ReplyDelete
  7. I miss attending kenduri and of course with good food! hahaha!

    ReplyDelete
  8. Loving how you share it so details about your trip! Wouldn't want to miss that Nasi Lemak if I ever go there :D

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter