Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia

Ewah tajuk entry kemahin lagi. Bagi can lah sikit kan ni first time kot aku nak tulis entry pasal travelogue aku. Kalau korang follow Instagram atau Facebook aku, sepanjang 2 minggu lepas aku ada upload beberapa (banyak) gambar aku berjalan bermula dari Johor naik ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Utara dan turun balik ke Negeri Sembilan dan Melaka.

Kali ni aku pergi berjalan-jalan pusing satu Semenanjung Malaysia ni dengan Zul dan Aneeq. Woah, mencabar gileeeee travel dengan budak umur setahun setengah ni. Mencabar habis. Tapi, berjaya juga habiskan dalam masa 14 hari.

Sepanjang perjalanan kiteorang memang banyak suka duka, pahit manis, segala lah. Gelak ketawa ada, mengamuk marah of course ada. It's a 14 days trip man! 14 days trip with a 1 and half year old kid! Tapi, overall, kiteorang semua enjoy dan have a lot of fun. Aneeq pun belajar beberapa perkataan baru dalam travel kiteorang ni.

Okaylah, sebenarnya motif road trip kiteorang ni lebih kepada nak jejakkan kaki ke semua negeri dalam Semenanjung Malaysia ni dalam masa 14 hari. Dan alhamdullilah walaupun rushing dan banyak tempat tak dapat nak pergi, kira trip ni agak-agak berjaya lah jugak. Dekat bawah ni aku letak dulu tajuk-tajuk entry road trip dan itineary yang bakal aku tulis sampai habis (insyaAllah). Nanti bila dah publish entry, baru aku update link ke setiap tajuk. 

Malay wedding
Taman Negara Tanjung Piai


Sungai Lembing


Street Art Kuala Terengganu


Kampung Kraftangan Kelantan


Hentian Titiwangsa
Day 6 (Penang): Hentian Titiwangsa, Super 8 Hotel dan Restoran Kapitan


Bukit Bendera
 Day 7 (Penang): Bukit Bendera, Street Art Penang, Pantai Tanjung Bungah dan AST Hotel


Masjid Terapung Al-Hussain
Day 8 (Kedah/Perlis): Menara Alor Setar, Masjid Zahir, Restoran Anjung Keli, D'View Hotel, Masjid Terapung Al-Hussain dan Mona Ikan Bakar & Makanan Laut 


Gunung Raya
 Day 9 (Langkawi): Feri Langkawi, Sinaran Motel, Gunung Raya, Kedai Makan Maya, Haji Ismail Group Complex


Cable Car Langkawi
 Day 10 (Langkawi): Oriental Village, Langkawi Cable Car,  Pantai Tanjung Rhu, AB Motel, The Zon, Coco Valley, Restoran Haji Ramli


Dataran Lang
 Day 11 (Langkawi): Dataran Lang dan Hotel Station 18


Menara Condong Teluk Intan
Day 12 (Perak): Street Art Ipoh dan Menara Condong Teluk Intan


Blue Lagoon
Day 13 (Negeri Sembilan/Melaka): UpsideDown Art Gallery, Blue Lagoon, Original Coconut Shake Klebang, Venus Boutique Hotel dan Restoran Wang Solo


Menara Taming Sari
Day 14 (Melaka): Menara Taming Sari dan Kota A Famosa

Untuk pengetahuan korang, sebelum road trip ni aku dah plan baik punya nak pergi mana, nak tidur dekat mana, nak makan apa. Tapi tu lah kan, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kebanyakan plan yang aku buat tu ada yang follow dan ada jugak yang tak follow. Salah satu nya sebab silap budget timing dan silap budget hari. Apa pun, kiteornag still redah je walaupun original plan dah ke laut.

Fuh, fuh fuh fuh. Tak tahu la aku ni larat ke tak nak tulis semua ni. Tapi ada kawan-kawan yang duk request itineary. Haahha so gigih lah aku nak tulis semua dengan penuh emosi. Stay tuned untuk entry-entry Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia ini.



{ 11 comments.. read them below or add one }

ubai ismail ubai ismail 08 October, 2016
Nak trylah buat macam ni sekali seumur hidup, best lak tengok kak fadzi travel. hehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 October, 2016
Go for it ubai. muda2 ni pergi lah kalau ada masa.
mama tisya mama tisya 09 October, 2016
meriah travel 14 hari syok la..sila2 segera update ye..tang mkn2 tu syok nk bc hehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 09 October, 2016
Tang makan memang sedap kak amy hahahaha :D
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 19 October, 2016
Pernah gak bercita-cita nak travel satu Malaysia, lepas tu sambung Singapore, lepas tu Indonesia, lepas tu Vietname dan seterusnya. Doakan aku ada rezeki mencapai cita-cita sebelum aku menutup mata.

Btw... aku pun tunggu part makan.. hahahhaa
Isaac Tan Isaac Tan 21 October, 2016
tak ajak.. haha :P .. nice to see all your travel adventures
Arisa Chow Arisa Chow 21 October, 2016
Must be tiring to be in different states everyday that means you are on the road every minute
sayaiday sayaiday 23 October, 2016
pernah buat 3 negeri je, macam bahagian-bahagian , utara timur selatan camtu. Hahaha kental jugak la travel dengan budak ni. Nanti boleh share tip sekali. Hehehe
Amelie Yap Amelie Yap 23 October, 2016
Cool pictures OMO. It reminds me of the travel pictures taken by Murad Osmann!
Mumsand Babies Mumsand Babies 24 October, 2016
what a fun time and lovely adventurous trip you have got there.
Hanniz Envato Hanniz Envato 30 October, 2016
Woah cuti 14 hari memang memenatkan kan? Kena ambik cuti selepas cuti lol