Day 4: Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang

October 29, 2016

Day 4 (Terengganu):Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang | Hari keempat Trip 14 Hari  Keliling Semenanjung Malaysia, kiteorang jalan-jalan dalam Terengganu. Memang best trip ke Terengganu kali ni.

Tempat menarik Terengganu
  
Selasa 8.00 pagi
Disebabkan semalam kiteorang tak sempat mandi di Pantai Cherating (Baca sini), pagi ni kiteorang bantai main air laut dari pukul 8.00 pagi sampai nak dekat pukul 11.00 pagi. Awal-awal tu memang sejuk tapi bila dah start pukul 9.30 pagi macam tu dah rasa panas-panas sikit. Asalnya aku tak nak pun mandi, just nak bawak Aneeq je mandi. Tapi bila Zul dah main tepuk-tepuk air laut sampai baju aku basah, hmm rendam je la badan.

Bila dah pukul 10.30 pagi tu, kiteorang naiklah sebab nak mandi, packing dan checkout dari hotel. Setel check out kiteorang singgah breakfast nasi lemak dekat gerai-gerai tepi jalan. 


Tempat menarik Terengganu
Aneeq dah tak nak mak suapkan makanan dia. Asyik nak suap sendiri. Kalau orang suap tak nak terima. Kalau nak manja-manja baru nak bersuap. Haduilah. Dah lah makan berterabur.

Tempat menarik Terengganu
Lepas breakfast, kiteorang pun berpisah dengan Angah dan gerak ke Terenggnau. Angah balik ke Pekan. Sampai ke Terengganu pukul 12 tengah hari lebih. Kiteorang teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan, kiteorang lalu jalan tepi pantai. 

Serius, banyak betul nampak pantai-pantai cantik dan muara-muara yang cantik masa lalu tepi pantai ni. Kalau korang nak drive dalam Malaysia ni, aku rekemen sangat korang ikut jalan tepi pantai. Memang masa yang ambil tu lama sikit daripada lalu jalan highway tapi berbaloi bila nampak pesisiran pantai yang cantik ni. 

Aktiviti kanak-kanak
Bawak budak kecil dalam perjalanan jauh ni memang haru je rasa. Mana tak nya, dieorang tak boleh nak duduk diam dalam jangka masa yang panjang. So salah satu trick aku nak bagi Aneeq tak bosan dalam kereta, bagi dia paper dan pencil color. Suruh dia melukis, conteng, menulis dan what ever dia nak buat. Kurang lah sikit Aneeq buat perangai dalam kereta. 

Tempat makna kuala terengganu
Sampai dekat Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang. Lapar wooo. Terus cari makan. Google tengok cari tempat makan dekat Kuala Terengganu orang suggets Restoren Mat Binjai. Kiteorang pun try lah nak makan dekat sini. Dekat sini, lauk ambil sendiri dekat kaunter makanan. Nasi dan air je yang dihantar ke meja. 

Lauk yang kiteorang ambil hari tu, sayur lemak, ayam pedas, ikan bakar 2 ekor, nasi 2 pinggan, sambal belacan, teh o ais dan milo ais. Korang nak tau berapa total semua tu? RM21! Woih, terkejut aku. Pertama kali aku makna nasi berlauk tengah hari harga mahal macam tu. Serius sepanjang aku makan tengah hari lauk campur dalam trip 14 keliling Semenanjung ni, Restoren Mat Binjai Kuala Terengganu ni paling mahal RM21. Boleh tengok review aku pasal makanan dan harga kedai ni dekat entri ini - Harga Restoren Mat Binjai Mahal? 

Hotel Kuala Terengganu
Lepas tersedak tengok harga makanan dekat Restoren Mat Binjai tadi, kiteorang pergi cari hotel pulak untuk tidur malam tu. Hotel yang agak berbaloi tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ni berdasarkan harga dan komen yang kiteorang tengok dekat online, kiteorang pilih K. T. Terengganu Inn. Setakat hari keempat ni, memang hotel ni aku paling suka sampailahhhhh.... Kalau nak tau sampai ape, boleh baca review aku pasal Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu ini. 

Tempat menarik di Terengganu
Dah lepas setel check in hotel, rehat dan solat, kiteorang gerak pergi ke Street Art Kuala Terengganu. Ini yang aku tunggu-tunggu kan. Nak tengok segala jadah mural yang ada dilukis dekat sini. Aku ada buat entry lain pasal Street Art Kuala Terengganu dekat SINI. Dah baca?

Lepas setel jalan-jalan dekat Street Art Kuala Terengganu ni, kiteorang konon nak pergi Pasar Payang. Rupa-rupanya Pasar payang dah tutup pukul 6. Waktu kiteorang masuk ke dalam tu, semua kedai dah bertutup. Kiteorang pun berhuhu saja lah.


Tempat menarik di Terengganu

Lepas keluar dari Pasar Payang, kiteorang nak pergi lah cari makan untuk makan malam. Kedai yang kiteorang nak cari tu, aku dah tak ingat dah namanya apa. So, kiteorang parking tepi jalan untuk pergi ke kedai tu. Tiba-tiba aku check-check, kad hotel pulak hilang. Aku letak dalam poket. Cari habis dalam kereta, beg tak ada. Aku pun mulalah mengamuk-ngamuk sikit. Biasalah penat woiii travel macam ni dengan bajet yang ciput, dengan menahan kerenah anak kecik lagi. Karang hilang kad hotel kene pulak bayar mahal. Last-last, Zul patah balik ke Street Art Kuala Terengganu tu untuk cari. Dia biar je aku dalam kereta nak cool down padahal kad hilang tu salah aku kot. Hahahhaa.

Lama Zul cari. Dari satu jalan ke satu jalan. Kesian pulak aku tengok dia tapi aku still tengah marah dengan diri sendiri waktu tu. Last-last sekali, dekat jalan terakhir kiteorang pergi cari, Zul datang ke kereta sambil senyum. Jumpa akhirnya. Pastu aku cakap, lepas ni tak nak pegang dah kad hotel. Hahahhaa.

Kiteorang patah balik ke kedai makan yang kiteorang nak cari tu. Cari punya cari tapi tak jumpa pulak. Aih bertambah geram aku. Last last kiteorang pusing-pusing bandar Kuala Terengganu tu nak tengok apa yang rasa sedap nak makan. And we ended up pergi makan dekat KFC. Tet!

Ha, tamat dah lah, travel hari keempat. Macam-macam betul hari keempat ni tapi last-last we managed to settle down dan tidur dalam hotel dengan bahagia.

Dekat bawah ni trip yang kiteorang ambik masa gerak dari Cherating ke Kuala Terengganu. Kiteorang guna jalan tepi pantai dan bukannya guna highway. aku dah setting dalam Google Maps ikut jalan yang kiteorang ambik tapi bile nak embed, jadi jalan lain pulak. Haish. So, jalan dekat bawah ni lebih kurang je lah. Bukan exact route. 






Total expenses hari keempat: RM137.30
- Lunch (RM21)
- Parking (RM0.60)
- Hotel (RM90)
- Dinner (RM25.70)  



Travel tip:

Bila bawak budak travel dalam kereta dalam jangka masa yang panjang, bawak pen, pencil, colored pencil dan papers. Suruh dieorang conteng untuk elak dieorang rasa bosan dalam kereta. Atau bawak mainan yang dieorang jarang main dekat rumah.


Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook