Day 3: Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan

Day 3 (Pahang) : Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan | Hari ketiga trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia ni kiteorang jalan-jalan dalam Pahang. 


Isnin 1.00 petang
Disebabkan hari tu kiteorang singgah tidur rumah mak, memang lambat lah gerak ke destinasi seterusnya. kiteorang sampai di Sungai Lembing pun dah pukul 1 lebih. Bila dah duduk rumah family kan, susah betul nak gerak awal. Hahahhaa. Ada je mak nak masak bagi kiteorang makan.


Terowong Sungai Lembing

Sampai je dekat Sungai Lembing, kiteorang berhenti makan dulu. makanan disponsor oleh Mak. Kan dah kata, mak aku memang suka bekalkan kiteorang dengan makanan. Anak-anak balik je, penuh makanan atas meja. ni nak pergi travel pun, mak sempat bekalkan lunch untuk kiteorang. Kali ni, Angah ikut kiteorang sekali jalan-jalan dalam Pahang ni. Kiteorang berhenti dekat area tempat rehat dekat Sungai Lembing ni. Adalah beberapa kedai makan dekat situ. kiteorang just beli air je. Lepas makan, baru kiteorang gerak pergi ke Terowong Sungai Lembing. Aku ada buat satu entry khas untuk itu dekat sini - Terowong Sungai Lembing

Lama jugak lah kiteorang dekat Sungai Lembing tu. Dalam pukul 3.30 petang kiteorang mula gerak pergi ke Cherating untuk tidur satu malam.   


Ranting Beach Resort Cherating Pahang
5.30 petang
Perjalanan dari sungai Leming ke Cherating ambil masa dalam sejam lebih jugak. Bila sampai je dekat Cherating, hujan selebat-lebatnya sampai kiteorang tak boleh nak turun dari kereta untuk ke hotel. Hotel pun tak pilih lagi waktu tu. So, kiteorang just parking kereta dekat tempat park kereta dan google untuk cari hotel. Then, kiteorang decide untuk duduk dekat Ranting Beach Resort. Lepas hujan agak-agak reda sikit, baru kiteorang turun dari kereta dan check in. Review untuk hotel tu aku ada tulis dekat sini Ranting Beach Resort Cherating Pahang.

Pantai Cherating

Lepas check in dan rehat kejap, kiteorang pergi jalan-jalan tepi pantai. Kiteorang duduk situ sampai sunset dan malam gelap. Serius cantik betul sunset dekat Cherating ni. Bila dah betul-betul gelap, baru kiteorang naik semula ke hotel dan mandi, siap-siap untuk pergi makan.

Restoren Makanan Laut Intan Cherating

8.30 malam
Untuk makan malam, kiteorang pilih Restoren Makanan Laut Intan. Letaknya dekat jugak dengan hotel yang kiteorang duduk tu. Kalau drive dalam 4 5 minit je. Restoran tu betul-betul letak tepi pantai. Apa yang kiteorang order hari tu untuk dinner - nasi putih 3 pingan, sotong celup tepung, sayur campur, siakap tiga rasa dan air 3 gelas. Total dia paling mahal setakat yang aku pergi makan seafood dalam trip ni RM79.50. Fuh! Boleh baca review dekat sini - Restoren Makanan laut Intan Cherating Pahang.

Dah lepas makan, kiteorang pun balik dan rehat dalam hotel. Besoknya nak main pantai lagi :D  

Dekat bawah ni, aku tunjuk perjalanan aku daripada Pekan Pahang ke Sungai Lembing dan akhir sekali di Cherating. Dalam perjalanan ni ada satu kali kiteorang masuk tol tapi sekejap je lah. Trip kali ni kiteorang pergi berempat termasuk Angah aku. Sebenarnya aku nak bawak Mak dan Apak aku sekali, tapi last minit dieorang tak jadi ikut. Mak sayang kucing, takut tinggal lama-lama. Hahahaha, adui.   


Total expenses hari ketiga: RM378.65
- Air Lunch (RM5.00)
- Tiket Terowong Sungai Lembing (RM47.70)
- Tol (RM1.70)
- Minyak kereta (RM44.75)
- Hotel (RM200)
- Dinner (RM79.50)


Travel tip:
Make sure sebelum pergi travel ke mana-mana, tengok lah jugak weather forecast. Mana tau kot kot korang nak planning panjat bukit tiba-tiba hari yang korang planning tu hujan lebat tak nak berhenti. Rugi. 

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).




Post a Comment

2 Comments

  1. bestnya dapat travel macam nih..travel expenses jimat sikit bila mak bekalkan makanan. ye idok?hehe

    ReplyDelete
  2. been wanting to visit cherating for sometime thank for the guides...

    ReplyDelete