Day 2: Taman Rekreasi Tasik Y, Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Mersing dan Azizah Udang Galah Kuala Rompin

Day 2 (Johor): Taman Rekreasi Tasik Y, Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Mersing dan Azizah Udang Galah Kuala Rompin | Hari ni aku nak sambung semula cerita pasal 14 Hari Keliling semenanjung Malaysia untuk hari kedua ni.


Taman Negara Tanjung Piai

Pagi-pagi lagi kiteorang dan bersiap-siap untuk check out dari Golden Pearl Hotel (boleh baca review pasal hotel ni dekat SINI). Dalam pukul 9 pagi, kiteorang gerak dari hotel ke Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor. Saja-saja nak tengok antara tempat menarik di Johor tu sambil sarapan dekat kedai yang ada dekat sana. 


Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Ahad - 9.00 pagi
Kitaorang breakfast dekat kedai nama Roti Canai. Roti canai diaorang bagi aku agak rare sebab dieorang buat roti canai bawang. Masa nak order tu, Zul cakap lah nak roti telur dua. Pastu akak tu tanya nak bawang sekali? Kiteorang macam 'what?'. Akak tu kena explain pulak dekat kiteorang menu roti canai dieorang ada bawang. So, kiteorang pun buat keputusan satu roti telur ada bawang dan satu lagi roti telur tak ada bawang. Sejujurnya aku cakap, roti telur ada bawang tu lagi sedap daripada roti telur saja. Air pulak kiteorang order milo ais dan teh tarik. Total expenses dekat breakfast RM7.20.

Dekat Taman Tasik Y ni, kiteorang just jalan-jalan dan ambil gambar je selain sarapan. Aneeq seronok main dekat playground tapi ada satu kawasan tu ada patung dinasour besar. Punya lah Aneeq takut sampai tarik kuat seluar aku. Nasib baik tak terlucut. Patung dinasour besar dia takut, patung dinasor kecil rilek je dia main. Kiteorang keluar daripada Taman Tasik Y tu dalam pukul 10 pagi dan gerak menuju ke Tanjung Piai. nanti aku cerita sikit-sikit pasal taman ni dekat entry ni ya - Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor


Taman Negara Tanjung Piai

12.00 tengah hari
Perjalanan daripada Batu Pahat ke Pontian Johor ambil masa dalam sejam 45 minit. kiteorang sampai dekat Tanjung Piai pun dah lebih kurang pukul 12 tengah hari. Fuh, panas lit lit orang cakap. Memang waktu tu matahari terpacak atas kepala. Pada awalnya aku macam rasa bosan je nak masuk dalam ni. Ada ape kan? Tapi dah sampai, masuk je lah. Rupe-rupenya, dalam ni kiteorang lepas dalam 2 jam jugak. Memang best. Tanjung Piai ni sebenarnya tempat yang menarik untuk dilawati di Johor. Nah cerita pasal tempat ni dekat entry - Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian Johor.


Pantai Mersing

6.30  petang
Dari Tanjung Piai, kiteorang gerak naik ke Pahang. Plannya nak tidur satu malam dekat rumah mak di pekan. Tapi perjalanan agak jauh. dari Tanjung Piai ke Pekan ambil masa nak dekat 5 jam. jadi, half way, kiteorang singgah kejap di Pantai Mersing untuk berehat sambil tengok sunset katanya. Aneeq jumpa pantai dia memang seronok. Tapi kali ni, air tengah surut sangat. kiteorang pergi jugak dekat dengan gigi air. Aneeq seronok berlari-lari, Zul seronok ambil gambar laut. Aku pulak seronok duk record viceo Aneeq main. sekali kelepek, Aneeq terjatuh dalam selut. Menangis-nangis dia. Terus fobia dengan pantai. Kesian. Lepas cuci-cuci badan dan tukar baju Aneeq, kiteorang pun gerak pergi ke Leban Condong untuk rasa makanan sedap yang orang cakap ada dekat Gerai Makan Azizah Udang Galah. Aku ada jugak update pasal Pantai Mersing ni dekat entry baru dekat sini - Singgah Berehat Di Pantai Mersing. 


Gerai Makan Azizah Udang Galah Leban Condong

8.30 malam
Dari Mersing ke Leban Condong ambil masa dalam 2 jam jugak. Sampai-sampai je dekat gerai makan Azizah Udang Galah, terus kiteorang order makanan. Waktu tu orang tak ramai. So, aku order mee udang galah dan Zul pulak order nasi goreng kampung untuk makan dengan Aneeq. Review untuk makanan dekat sini nanti aku update dekat sini - Gerai Makan Azizah Udang Galah

10.30 malam
Perjalanan daripada Leban Condong ke Pekan Pahang ambil masa dalam 2 jam. Kesian Zul, satu hari suntuk die drive. Sampai je dekat rumah mak, kiteorang rehat-rehat sikit dan bersihkan badan dan tidur untuk perjalanan hari esoknya. Tapi masalah nya Aneeq bila dah ramai-ramai orang ni, di atak reti-reti nak tidur pulak. Haih.

Dekat bawah ni route perjalanan aku dari Taman Tasik Rekreasi Y ke Tanjung Piai ke Pantai Mersing ke Gerai Makan Azizah Udang Galah ke Pekan Pahang. Sepanjang perjalanan tak ada tol. Minyak kereta terpaksa topup sebab dah nak habis. 
  
  
Total expenses hari kedua: RM116
- Sarapan di Taman Tasik Rekreasi Y (RM7.20)

- Tiket Taman Negara Johor Tanjung Piai (RM10.00)
- Minyak kereta (RM43.29)
- Makan tengah hari di Sharafath (RM18.50)
- Beli barang (RM10.00)
- Makan malam (RM28)


Travel tip:
Make sure kalau korang ada gadget yang banyak, sila bawa multiple point plug. senang korang nak cas gadget korang in case hotel yang korang duduk tu cuma ada satu plug point.

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


{ 11 comments.. read them below or add one }

Zie Azi Zie Azi 12 October, 2016
lama giler tak jejak kaki kat sini..lebih 10thun kot
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 12 October, 2016
Kampung kakak ni:)
Tapi lama tak posing kat sini

luqman zakaria luqman zakaria 12 October, 2016
wah..seronoknya. next entry please..hehe
Blair Villanueva Blair Villanueva 09 November, 2016
Thank you for your recommendation, I will add this to my travel list for my Malaysia trip 👍
shamiera osment shamiera osment 09 November, 2016
syok juga jalan-jalan johor ni ek? tp kenape roti canai kena letak bawang?haha
ctnurazwan ctnurazwan 09 November, 2016
menariknya plan travel semenanjug dlm 14 hari.
Next please.
Pooja Kawatra Pooja Kawatra 11 November, 2016
This is great and will add to my list for next travel to this place.
Cindyrina Rina Cindyrina Rina 11 November, 2016
Syioknyeeee! The food look good! Nak juga datang sini.
Isaac Tan Isaac Tan 14 November, 2016
banyak hotel sekarang yang hanya 1 plug.. ><" multiple plug point is good to bring.
Amelie Yap Amelie Yap 15 November, 2016
I hope to visit Johor one day! It's not expensive tho travelling in Johor.