Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

October 13, 2016

Tempat menarik Johor Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor | Hari kedua road trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia kiteorang bermula dekat Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor. Sebenarnya, nak datang sini, berpusing-pusing jugak mencari sebab tak sure betul ke tak jalannya. Dekat sini kiteorang just datang untuk sarapan dan lepak-lepak sekejap.

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Waktu kiteorang datang ke Taman Rekreasi Tasik Y ni, memang penuh dengan orang. Ada family, ada budak-budak dan ada couple. Dioerang datang untuk beriadah weh beriadah! Taman tu ramai jugak orang datang. Waktu pagi betul dalam pukul 9 pagi.  

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Dekat taman ni kiteorang breakfast dekat gerai nama dia Roti Canai. Straight to the point betul kan. Roti canai dekat sini rasanya unik sikit sebab dieorang ada letak bawang. Sebelum ni aku tak pernah makan roti telur bawang. Dan kalau compare dengan roti telur saja dengan roti telur bawang yang kiteorang makan hari tu, memang roti telur bawang tu rasa lebih sedap.

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Lepas makan, kiteorang jalan-jalan sikit dekat dalam Taman Rekreasi Taman Y tu. Tempatnya besar dan banyak permainan. Ada tasik yang besar jugak, ramai orang berjogging keliling tasik tu.  

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Kemudahan yang ada dekat taman ni okay lah. Siap ada toilet, tempat makan dan playground. Memang sesuai sangat untuk beriadah dengan family atau kawan-kawan. Malang sekali, walapun dekat dalam taman tu ada tanda kawasan larangan merokok, aku still lagi bau rokok yang sangat kuat especially bila lalu depan toilet. Hampeh betul

Satu lagi yang aku kurang berkenan dengan taman ni, ada satu kaki lima nak masuk ke kawasan tempat makan ni, ada longkang besar dan bau nya MasyaAllah, busuk betul. Kesian lah siapa yang dapat kedai dekat-dekat longkang tu. Mesti customer pun tak larat nak bau.

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Tapi satu je yang aku impress dengan taman ni. Taman ni penuh dengan orang datang untuk bermain. Kagum serius kagum. Dan taman dia masih banyak pokok-pokok mengelilingi taman. Tempat parking pun banyak dan besar. Patut lah orang seronok datang sini. Memang patut masuk list tempat menarik di Johor ni.


Alamat
Taman Rekreasi Tasik Y
Jalan Sejati, Kampung Bahagia, 
83000 Batu Pahat, Johor


Google Map

Travel tips: 
Make sure setiap pagi dalam trip korang tu, breakfast breakfast breakfast. Kalau tak breakfast memang longlai lah korang nak teruskan trip korang tu. 

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).



You Might Also Like

7 comments

  1. Cantik Kawsan tasik ni nampaknya..

    ReplyDelete
  2. Zaman dulu, masa anak2 masih kecik2 selalu gak gi sini.
    Mandi kt taman tema air.

    ReplyDelete
  3. Menarik! Ada dinosor!
    Ada pokestop tak situ? Hehe

    ReplyDelete
  4. Wow, I didnt know about this place. It is not too far from here. Maybe I can go for a day trip >,<

    ReplyDelete
  5. Thanks for letting us know about this place. A healthy place for your family to go.

    ReplyDelete
  6. I love playgrounds and outdoor activities. Nice place to go.

    ReplyDelete
  7. such a beautiful park. I'm liking it already!

    ReplyDelete

Like us on Facebook