Tempat Makan Best Di Kota Bharu - Restoran Nasi Ulam Cikgu

November 17, 2016

Tempat Makan Best Di Kota Bharu - Restoran Nasi Ulam Cikgu | Kelantan ni adalah tempat lahir Mak aku. Walaupun dah lama kiteorang tak balik ke Kelantan, ada lah beberapa benda di Kelantan ni yang aku rindu sangat. Paling rindu adalah makanan negeri Kelantan. Memang sedap belaka. Aku pernah makan dekat satu kedai makan di tengah-tengah Kota Bharu dan bagi aku, ini adalah tempat makan yang paling best di Malaysia. Gitchu hahahah.


Tempat Makan Best Di Kota Bharu

Sumber gambar: Come2Kelantan


Disebabkan aku tak sempat nak ambil gambar dekat depan restoran ni, aku google je lah gambar dekat internet dan jumpa gambar ni. Kalau korang nak cari tempat makan best di Kota Bharu Kelantan, ini lah tempatnya. Restoran Nasi Ulam Cikgu.

Sayang betul aku tak ambil gambar pun suasana dalam Restoran Nasi Ulam Cikgu tu. Restoran dia nampak unik sebab dalam tu semua kayu. Ada dua tempat makan - satu tempat ada air cond dan satu lagi open air.

Pilihan makanan dia banyak gila. Dari lauk bergoreng, bakar, gulai, sayur-sayuran, ulam-ulaman, sos pencicah, budu, sambal belacan semua ada. Memang penuh meja tempat letak lauk dia. Konsep dekat sini, ambil lauk dekat meja lauk, duduk dan nanti akan ada orang datang untuk kira.

Tempat Makan Best Di Kota Bharu

Hari tu aku datang sini makan nasi 2 pinggan penuh, ikan keli goreng 2 ekor, ulam, kari daging, sambal belacan, air asam dan satu jug air. Nak tahu berapa total dia? RM13.80. Ya Allah murah gila. Aku ambik 2 ekor ikan keli okay. 2 ekor. Kalau dekat tempat lain, sure memang mahal. Dalam trip 14 hari aku ni, ini lunch paling murah kitaorang dapat untuk makan 2 setengah orang. Setengah tu kira Aneeq lah, dia bukan makan banyak sangat pun. 

Tempat Makan Best Di Kota Bharu

Kalau korang ada dekat Kelantan, please please pergi lah ke tempat makan best di Kota Bharu Restoran Nasi Ulam Cikgu ni. InsyaAllah gerenti tak menyesal. Aku masih terngiang-ngiang ikan keli goreng dia yang sedap tu. Huaaaa. Nah aku share dengan korang alamat dan direction ke sana menggunakan Google Maps.


Alamat & nombor telefon:
Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota,
15300 Kota Bharu, Kelantan
019-961 6665

Waktu Operasi: 
Setiap hari kecuali hari Jumaat
10.30 pagi hingga 5.00 petang

 Google Maps:


Travel Tips:
Kalau rasa blur tak tahu nak makan dekat mana yang best bila sampai dekat sesuatu tempat tu, cuba tanya orang local. Diaorang confirm boleh rekemen dekat korang mana kedai yang sedap.

Nak baca pasal next trip? Ada 6 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa)


You Might Also Like

4 comments

  1. mmg popular kat kelantan.. nasi ulam cikgu ni..:)

    ReplyDelete
  2. Murahnyaaaaa. Dah lama masuk dalam wishlist tempat ni tapi belum berkesempatan ke Kelantan. Hehee

    ReplyDelete
  3. Balik kelantan la paling puas sekali makan...

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter