Be Fresh Multipurpose Spray Untuk Hilangkan Bau Busuk

December 20, 2016

Be Fresh Multipurpose Spray Untuk Hilangkan Bau Busuk | Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni, ada satu benda yang aku tak boleh nak toleransi langsung. BAU BUSUK. Aku memang tak tahan dengan bau yang pelik-pelik ni. Asal ada bau pelik-pelik je mesti aku pening kepala dan kepala rasa berat semacam. Dekat rumah atau dalam kereta pun aku kena prepare spray wangi just in case ada bau-bau yang mengerikan. Sekarang ni aku pakai multipurpose spray jenama Be Fresh.


Cara Hilangkan Bau Busuk


Kegunaan Be Fresh Multipurpose Spray

Be Fresh Multipurpose ni boleh guna dekat mana-mana pun dan antara tempat yang aku guna spray ni: 

Sofa

Sofa dekat rumah tu aku rasa tiap-tiap hari ada je bau macam-macam. Aku masak dekat dapur, bau masakan lekat dekat sofa. Aneeq kencing bocor pampers, bau hancing dekat sofa. Memang sofa tu jenis boleh bukak dan basuh. Tapi yang belah dalam tu mana boleh basuh. So, bila sembur Be Fresh, bau hancing dan bau masakan tu hilang. Senang hati aku.


Cara Hilangkan Bau Busuk

Langsir

Benda paling aku malas nak buat - cabut langsir dan basuh. Penat kot nak pasang langsir hari tu sampai aku ngan Zul terketar-ketar tangan penat sebab berat. Last-last sekali kiteorang decide memang tak nak bukak sampai bila-bila. Tapi masalahnya, kadang-kadang dekat langsir ade lekat bau orang fogging dari luar tak pun lekat bau aku masak. Nak cabut basuh memang tak la. So, aku pakai multipurpose spray Be Fresh ni je senang. Aku bukak tingkap dan sembur langsir dari atas ke bawah. Satu rumah semerbak bau.


Tempat Letak Kasut


Tempat letak kasut dekat rumah aku jenis yang sangkut-sangkut dalam poket. Jenis acah-acah nak jimat space. Kadang-kadang tu agak berbau jugak sebab banyak kasut sekali gantung. Gantung pulak lebih kurang sama aras dengan kepala orang. So, kena sembur Be Fresh sekali sekala untuk elakkan bau hapak kasut.

Cara Hilangkan Bau Busuk

Kereta

Kereta ni aku rasa tempat paling extreme dengan bau-bauan nak nak lagi bila korang ada anak kecil. Masa aku travel 14 hari keliling semenanjung Malaysia hari tu, ada lah sekali dua Aneeq termuntah dalam kereta. Bau dia MasyaAllah hazab gila. Kalau jadi benda-benda macam ni, anak muntah dalam kereta ke bau durian atau bau makanan basi dalam kereta ke, pakai je Be Fresh ni. Setel. Hilang segala bau tak enak.

Tilam

Tilam lah paling teruk kalau nak jaga. Cadar tu ye lah boleh cabut dan basuh. Yang tilam tu? Memang payah lah kan. Aku memang pakai sembur je tilam bilik aku dengan tilam bilik Aneeq. Bau wangi dia terserlah satu bilik. Baru sedap sikit nak memerap dalam bilik.

Kotak

Pernah sekali aku dapat parcel dari abang deliver barang. Bila aku tutup je pintu, terus aku bau asap rokok melekat dekat kotak parcel aku tu. Aku ni jenis tak tahan sangat dengan bau rokok. Terus aku sembur Be Fresh Spray ni ke semua permukaan kotak. Terus hilang bau rokok. Since kotak tu jenis kalis air, so tak rosak lah kotak tu.

Bilik Air

Ehem. Siapa lepas berak, bau wangi? Harus lah tak kan. Kadang aku dengan laki suka berebut toilet nak membuang hasil yang besar waktu yang sama. Walaupun rumah ada dua toilet tapi nak jugak pakai satu toilet tu jugak. Bila sorang dah melepas, sorang lagi nak masuk toilet nak melepas jugak, tiba-tiba terbantut sebab bau toilet menyeramkan. Hahahhaa. Ini serius. Solution dia, kena spray dulu guna Be Fresh ni dalam toilet. Tutup seminit dua. Pastu baru boleh masuk. Baru lah tak pengsan hirup udara segar hahahhaha.


Cara Hilangkan Bau Busuk

Kelebihan Be Fresh Multipurpose Spray

Aku suka pakai Be Fresh Spray ni sebab bau dia wangi dan dia boleh hilangkan bau busuk. Bau dia pun tak kuat sangat macam sesetengah air freshener yang lain. Bau dia mild dan tak lah sampai aku pening kepala bau. Aku ni memang jenis tak tahan kalau rumah bau busuk ke kereta bau busuk. Bila guna Be Fresh ni, kalau ada bau hancing tu memang kuat dia serap. Be Fresh Spray ni pun water based dan tak ada alkohol. Yang penting, ianya dibuat daripada ekstrak pati tumbuhan.  

Bila korang spray ni, biasanya kalau ruang terbukak macam bilik tidur yang tingkap terbukak tu, bau dia tahan dalam 5 minit macam tu. Tapi kalau dalam ruang tertutup macam dalam kereta atau dalam toilet, boleh tahan dalam 10 minit jugak lah bau dia.

Aku rasa memang berbaloi kalau ada satu botol dekat rumah atau dalam kereta sebab kita pun tak tau apa yang akan jadi kan? Anak muntah atas car seat ke, kucing kencing atas sofa ke. So, better prepare je siap-siap dalam kereta dan rumah. Time emergency boleh pakai. Kalau korang nak dapatkan Multipurpose Spray Be Fresh ni, boleh beli dekat agen-agen diaorang. Agen Be Fresh Multipurpose Spray. Boleh COD dekat area Putra Heights, USJ, Subang Jaya dan Shah Alam (Seksyen 27/28)
Azu 019-773 3211
Ina 018 – 265 9511
Ain 019 – 320 2122
Nanie – 012 – 223 4507 



You Might Also Like

2 comments

  1. Nak pengsan bau kasut suami haha. Kasut futsal/bola terutamanya.😂😂 kne bli ni 😁😁

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter