Hentian Titiwangsa Perak

Hentian Titiwangsa Perak | Hentian Titiwangsa ni aku baru tau kewujudan nya waktu aku tengah planning buat itinery untuk travel trip 14 hari semenanjung Malaysia ni. Kakak aku yang suggest tempat ni sebab dia kata cantik. Dan dia pun pernah stay sini satu malam tidur dalam kereta.


Kiteorang sampai dekat sini waktu tengah hari. Walaupun tengah hari tapi sejukkk. Bibir aku dengan Aneeq dah start nak kebiru-biruan. Zul je rilek lagi.


Gambar ni aku ambil berturut. 


Ini view belah kiri aku.



Ini view tengah-tengah


Ini pulak view belah kanan.


Salah satu kawasan parking kereta. Just in case korang sampai sini dah lewat malam, better lah korang duduk je tidur dalam kereta dekat sini. Hari tu kakak aku pernah tidur dekat sini (purposely) sebab nak tenogk sunset dan sunrise. And dia kata memang cantik waktu sunrise dekat sini. 


Dekat sini ada banyak tempat parking dan jugak beberapa kedai makan dan restoran yang korang boleh singgah makan. Waktu kiteorang sampai ke sini, tak ada lah plan untuk makanpun sebab masih awal. 


Since Aneeq pun dah pandai berjalan dan suka sangat berlari-lari waktu ni, aku tak berani jugak nak lepas dia main sorang-sorang dekat sini. Sebab dekat hujung tebing tu memang ada penghadang tapi senang je kalau nak lompat ke hujung tebing tu. Seriau jugak aku rasa. Jadi, aku dukung je dia walaupun dia beria nak turun. Waktu Zul ada je aku berani lepaskan Aneeq turun. Nasib baik Aneeq behave. Main dekat-dekat dengan kiteorang je. Tak pergi ke hujung tebing.


Serius aku cakap atas ni memang sejuk walaupun kiteorang sampai dekat sini dalam waktu tengah hari. Waktu tu pulak redup nak hujan. Lebih kurang dalam 15 minit kiteorang ada dekat sini, hujan pun turun. Turun bukan main lebat lagi tu. Terus kiteorang masuk kereta dan teruskan perjalanan.

Sesiapa yang lalu lebuhraya Grik ni, aku sarankan korang turunlah kejap rehat dekat sini. Memang cantik dan sejuk tempatnya. Sekali sekala jejak kaki ke tempat macma ni apa salahnya kan?

Lokasi:



Nak baca pasal next trip? Ada 6 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Post a Comment

1 Comments