Hotel Murah Super 8 Hotel, Georgetown Pulau Pinang

Hotel Murah Super 8 Hotel, Georgetown Pulau Pinang | Masa duduk dekat Pulau Pinang, kiteorang mencari jugak hotel mana yang murah dekat sini. Tapi kalau dah kata Pulau Pinang, semua benda dekat sini mahal kan. Betul tak?


Super 8 Hotel, Georgetown Pulau Pinang

Untuk hari pertama dekat Pulau Pinang, kiteorang pilih Super 8 Hotel. Since bilik Standard dia dah habis waktu tu, kiteorang ambik bilik Superior.

Hotel Murah Pulau Pinang
Walaupun layout bilik hotel ni agak pelik tapi saiz dia besar. Seronok lah Aneeq main-main lari satu bilik. Siap berguling-guling atas lantai yang berkarpet. Dalam bilik ni cuma ada katil queen, headbed, lampu tidur, almari baju dengna hanger, cermin, meja dan kerusi, Tv dan juga satu pasu bunga. Yang bagi Fadzi, pasu bunga tu dekorasinya agak tak masuk dan old school. Tapi, tak apa lah asalkan selesa.   

Hotel Murah Pulau Pinang
Kalau korang tengok, ada tiang nan sebatang dekat tengah-tengah bilik ni. Tu yang kiteorang pelik bila tengok tiang ni. Risau juga Aneeq duk main lari-lari terlanggar pulak tiang tu. Tapi, okay je sebab Aneeq tak langgar pun. Dia main pusing-pusing ke dekat tiang tu.

Hotel Murah Pulau Pinang
Dalam bilik hotel ni disediakan air mineral, mug dan 3 in 1 serta gula untuk buat air. Tapi kalau nak buat air, kena ambil air panas dekat luar. Nasib baik lah hot water dispenser dia tak berapa jauh dari bilik kiteorang. Dapat lah jugak minum air panas.  

Hotel Murah Pulau Pinang
Dekat sini boleh dapat siaran Astro tapi tak banyak pun channel yang ada.Yang paling best pun satu ni je lah kot. Yang lain tu macam biasa-biasa punya. Kiteorang sampai ke hotel ni pun dah check in malam. Keluar makan dekat Restoran Kapitan pastu terus balik ke hotel semula untuk tidur. Pagi besoknya pulak pagi-pagi lagi kiteorang dah gerak keluar. Jadi, tak spend time masa banyak sangat pun dekat hotel. Cukup untuk tidur dan rehat je. 

Hotel Murah Pulau Pinang
Malang sikit masa kitaorang duduk dekat hotel ni, air panas mula-mula ada. Bila dah mandi lama sikit, tiba-tiba air makin sejuk. Lepas tu sampai sudah memang sejuk je. Tak ada air panas. Fadzi malas nak complain sebab duduk pun satu malam je. Kiteorang just nak mandi malam dan pagi besoknya pulak. Tapi kesian dekat Aneeq je lah sejuk sikit waktu dia mandi.

Overall, Super 8 Hotel ni bagi Fadzi okaylah. Selesa dan luas. Parking kereta pun free. Dekat bahagian bawah kaunter registeration pun luas dan selesa. Ada jugak disediakan cybercafe untuk customer guna internet dan komputer.


Travel tips:
Ada certain gambar bilik dalam website hotel tak semestinye menunjukkan keadaan bilik yang betul. Biasalah nak promote, hotel kena lah guna bilik yang tercantik untuk letak dalam website. Kalau rasa tak puas hati dengan bilik, pergi lah ke kaunter dan komplen. Mana tau, korang dapat upgrade ke bilik yang lebih bagus

Nak baca pasal next trip? Ada 6 negeri lain lagi yang Fadzi tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

6 comments.. read them below or add one

mrhanafi mrhanafi 07 July, 2017
Murah dan selesa.. Itu dah cukup penting..

Kemudian selamat untuk diduduki
Sherry Saw Sherry Saw 15 July, 2017
thanks for sharing this info, long time no go Penang. wanna tell my dear this hotel and plan a holiday
Bro Framestone Bro Framestone 15 July, 2017
Rasa macam nak bercuti di pulau pinang, tapi masih xberkesempatan nak ke utara. Maybe boleh dijadikan hotel ini sebagai destinasi persinggahan :)
Ika Sani Ika Sani 16 July, 2017
Wahhh dtg penang ke. Pi jalan-2 mana je hari tu Fadzi? Kalau Ika, ika pergi sound receptionist tanya water heater rosak.
Fiza Rahman Fiza Rahman 18 July, 2017
Tak pernah lagi jejak penang. Kesian kan :-(