Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

October 29, 2018
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital | Alhamdullilah pada 29 September 2018, Fadzi dah pun selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki secara kiwi vakum. Fadzi ada juga cerita pasal pengalaman Fadzi bersalin anak pertama dekat PPUM di ENTRY INI.


Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Fadzi bersalin kali ini dekat Avisena Specialist Hospital dengan Doktor Mazita tepat pukul 1.33 petang. Fadzi dan Zul bagi anak lelaki kedua kiteorang nama Anas Anaqi. Maksud nama Anas Anaqi:

Anas: Kemesraan, cinta, kasih, mesra, periang
Anaqi: Keindahanku yang menawan hati

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital 

Hari ni Fadzi nak share sikit pengalaman Fadzi bersalin Anas Anaqi di Avisena Specialist Hospital ni.

29 September 2018 - Sabtu


3.00 pagi

Start 3 pagi Fadzi mula rasa tak lena tidur sebab contraction datang dalam anggaran masa 10-20 minit sekali. Waktu tu contraction tak sakit sangat lagi. Rasa macam sakit sakit manja je. Boleh lagi Fadzi nak berjalan-jalan, bergolek golek atas katil cuba untuk tidur.

Malam sebelum tu tak ada rasa apa-apa pun. Fadzi sebenarnya dah agak nak bersalin dalam minggu ni sebab dah masuk 38 minggu. Masa Aneeq dulu pun Fadzi bersalin tepat 38 minggu juga. 

Jadi Fadzi agak, kali ini mesti bersalin waktu yang lebih kurang sama juga. Dan orang kata instinct mak mak tu kan betul. Dah nak terbersalin pun hari tu. 

6.00 pagi

Contraction yang betul-betul rasa sakit macam tak boleh tahan start nak dekat pukul 6 pagi. Fadzi memang tak larat nak tidur dah. Jadi Fadzi bangun, kutip baju kotor semua dan pergi masuk washing machine. 

Lepas tu, sambung lipat baju yang Zul dah basuh dan keringkan malam tadi. Sambil sambil lipat tu, sambil sambil melayan contraction. Tapi rasa sakit sangat bila contraction datang dalam setiap 5-10 minit.

Waktu tu Zul dah bangun. Tengok Fadzi macam lain macam je kan. Terus dia tanya nak pergi hospital dah ke. Fadzi kata tak nak lagi. Fadzi pun telefon Mak sebba Mak kata nak datang hari tu.

Bila telefon Mak, Mak kata dia tengah bersiap. Abang dengan Kak Biena pun ikut sekali tengah bersiap. Lepas tu, Fadzi telefon kakak Fadzi - Kok, mintak dia datang jagakan Aneeq sementara nak pergi ke hospital nanti.

Kok sampai dekat rumah dalam pukul 7.30 pagi. Siap bawak bekal nasi goreng dengan kuih muih lagi. Sempat lah Fadzi breakfast karipap sedap sebelum pergi ke hospital. Masa nak gerak ke hospital tu, banyak kali jugak terberhenti masa berjalan ke kereta sebab sakit contraction.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Bila dah sampai dekat Avisena, kiteorang masuk bahagian Emergency. Lepas register, Fadzi dibawak ke area observation. Lekat segala wayar CTG dekat perut untuk check jantung baby. Lepas tu datang bidan untuk check bukaan bawah. Waktu tu kalau tak silap Fadzi dia kata bukaan baru 2-3 cm.

Disebabkan kiteorang bayar sendiri, so nurse minta Zul ke kaunter pembayaran untuk buat bayaran deposit dulu. Jadi terbaringlah Fadzi dekat katil tu sesorang sementara Zul pergi bayar deposit. Kejap je pun. Lepas tu Zul dah datang semula.

10.30 pagi

Lepas tu terus Fadzi dibawa ke labour room. Nasib baik labour room tu tak boleh ambil gambar. Kalau tak lama dah Fadzi ambil gambar nak letak dekat blog. Hehehe. Nurse dekat situ dah bagitau awal-awal tak boleh ambil gambar atau video.

Tapi biliknya memang dah cukup selesa. Ada katil untuk mak meneran, ada katil baby dengan warmer, mesin CTG dan toilet sekali siap. Mula-mula nurse bagi baju untuk Fadzi salin. Bak kata orang, uniform bersalin.

Lepas tu, nurse tanya dah breakfast ke belum. Fadzi cakap dah makan pagi tadi. Nasib baik Fadzi dah makan. Kalau tak lapar lah sampai bersalin. Sepatutnya Fadzi boleh dapat makan breakfast tapi dah habis.

Bila nurse masuk lagi sekali, dia bawak macam-macam ubat. Fadzi kena cucuk ubat berak dekat punggung. Mula-mula Fadzi confused. Fadzi pun tanya "Ni ubat untuk tahan berak ke untuk bagi berak?" Hahahhaha adoi la.

Terus nurse tu cakap, eh kalau nak berak, pergi berak. Jangan tahan tahan. Ubat tu cucuk 2 bekas. Sebenarnya masa nurse cucuk ubat pertama tu, Fadzi dah rasa macam nak berak dah. Lepas tu nurse cucuk kali kedua, memang sah nak berak.

Fadzi pun terus masuk toilet dah berak. Memang lancar habis lah keluar semua. Rasa lega je. Masa nak basuh tu, boleh pulak contraction datang. Lama lah sikit duduk dalam bilik air tu menahan sakit contraction. 

Zul pulak keluar kejap untuk ambil beg baju. Ingatkan doktor dan nurse nak baju baby lepas bersalin nanti. Rupanya tak. Bila Zul balik ke bilik semula, dia siap bawak air kopi lagi untuk diri sendiri dan roti untuk Fadzi. Tapi Fadzi tak lalu nak makan pun.

Lepas tu Fadzi baring semula atas katil dan nurse mula pasang wayar CTG dekat perut. Pasang drip dekat tangan dan cucuk antibiotik. Bermula lah waktu Fadzi bertarung dengan sakit contraction. 

Ya Allah, sumpah masa beranakkan Aneeq, Fadzi tak pernah rasa sakit contraction macam ni sekali. Sakitnya Ya Allah rasa dah tak sanggup nak mengandung lagi lepas ni. Tapi cakap je lah kan. Kalau dapat baby lagi, mesti nak jugak hehehe.

Mak dan Ibu sempat sampai di hospital. Zul keluar kejap untuk jumpa Mak dengan Ibu. Waktu tu Fadzi tengah sakit sangat contraction. Masa Zul keluar tu, rasa macam nak menangis tanggung contraction sorang-sorang. Rasa macam lama sangat Zul keluar. 

Fadzi sebenarnya takut nanti Zul tak sempat masuk, Fadzi dah terberanak pulak. Bila Zul dah balik ke bilik semula, terus Fadzi cakap "Jangan keluar dah!" Hahhaha. Ya Allah serius. Sakit betul rupanya contraction ni.  

Dari lepas Zul masuk jumpa Mak dan Ibu, sakit contraction makin kuat. Setiap kali Fadzi ada contraction, heart baby mesti turun. Risau jugak. Masa Aneeq dulu pun macam tu jugak. Siap dah nak kena operate lagi tapi nasib baik tak kena.

Ada satu waktu tu, Doktor Mazita pun masuk dalam labour room untuk tengok keadaan Fadzi. Dia check bukaan tapi masih lagi 3 cm tak berubah. Jadi dia decide untuk pecahkan air ketuban. 

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Uih, pecahkan air ketuban tu boleh tahan juga sakitnya. Fadzi pun tak tahu doktor guna apa tapi, badan Fadzi bergoyang-goyang jugaklah masa doktor nak pecahkan air ketuban tu. Ingat kan pecah macam belon, terus pecah kan. Rupanya lama jugak.

Bila dah pecah, rasa ada air suam-suam keluar dekat bawah. Start daripada situ, contraction datang high peak terus. Setiap kali datang contraction lepas tu, sakit macam nak tercabut nyawa. Berpusing Fadzi kiri kanan tahan sakit.

Sampai satu waktu tu, memang sakit teruk. Fadzi pegang besi katil kuat-kuat tahan sakit. Nurse pun tanya nak pakai gas tak. Terus Fadzi cakap nak. Mula-mula Fadzi tak reti pakai. Fadzi sedut sikit-sikit. Still sakit. Rasa tak ada function pun pakai gas tu.

Lepas tu nurse tu cakap kena sedut dalam-dalam. Bila contraction datang je, sedut dalam-dalam. Fadzi pun apa lagi. Tiap kali contraction datang, terus sedut sedalam-dalamnya. Bila sedut tu, gila mamai kot. 

First time Fadzi sedut, Fadzi rasa dunia gelap gila. Lepas tu dengar suara orang macam kaset rosak - slow dan besar. Kali kedua Fadzi sedut, Fadzi rasa dunia cerah putih, lepas tu Fadzi baring atas katil dalam tunnel gelap. Rasa macma nak mati dah. Serius.

Lepas tu ada lagi yang Fadzi rasa lepas sedut gas tu dalam-dalam. Tapi Fadzi dah tak ingat. Fadzi cuba nak ingat tapi tak boleh. Fadzi ingat yang dua tu je. Kalau ikutkan, pengalaman bersalin ni seronok sebab sedut gas tu je kot. Hahahha. Yang lain tak best.

Dalam sakit contraction dan sedut gas tu, ada masa Fadzi kata rasa nak beranak dah. Nurse pun check bukaan. Dia kata baru 5cm. Ya Allah. Baru 5 cm tapi sakitnya Fadzi tak boleh tahan.

Zul tak berhenti-henti bagi kata-kata semangat dekat Fadzi. Fadzi pegang tangan dia tapi tak genggam pun rasanya. Even Fadzi genggam pun tak kuat. Sebab Fadzi tak nak sakitkan dia. Sepanjang masa Fadzi duk jerit "Allah, Allah". 

Sampai satu masa tu, Fadzi dah sakit teruk. Sedut gas pun tak mampu nak tanggung sakit tu. Lepas tu Fadzi rasa macam nak meneran. Fadzi pun cakap dekat Zul Fadzi rasa nak teran ni. Panggil nurse. Boleh pulak Zul kata sabar. 

Iskh, bab teran teran ni tak boleh control kot. Hahaha. Tapi betul Fadzi tak boleh nak control teran tu. Nak tahan macam mana kan. Fadzi cakap jugak dah tak tahan nak teran ni.

Nurse pun masuk dan check-check. Nurse kata tunggu doktor nak datang sambil prepare barang-barang semua. Katil belah bawah diaorang cabut supaya senang doktor nak sambut baby. 

Bila Doktor Mazita datang dan semua dah ready, doktor pun suruh ambil nafas panjang-panjang, tahan dan teran. Fadzi cuba banyak kali untuk teran. Cuba untuk tak kepit, tarik nafas panjang-panjang, tahan nafas selama mungkin dan teran sekuat mungkin. Tapi tak dapat jugak. Banyak kali jugak lah.

1.30 petang

Last-last, Doktor Mazita kata dia tolong guna kiwi vakum. Ada lah dalam 5 minit macam tu. Lepas tu lahirlah seorang budak lelaki yang berkepala agak lonjong side effect daripada vakum tu. 

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Doktor pun tanya baby lelaki ke perempuan. Fadzi tak sedar Fadzi ada sebut ke tak ke Zul yang sebut lelaki. Terus nurse letak baby yang berbalut atas dada Fadzi sambil sedut cecair dari mulut dan hidung baby.

Lepas tu nurse ambil balik baby untuk bersihkan. Sambil-sambil tu Doktor Mazita prepare untuk jahit bahagian bawah. Sebelum jahit tu, kena bius 3 kali cucuk. Mak aih. Sakit juga lah kena cucuk dekat bawah tu.

Lepas tu Doktor Mazita start jahit. Sambil sambil tu Fadzi borak dengan Zul dan doktor pasal  gas ethonox dan cakap dah tak nak beranak dah lepas ni. Doktor cakap "Tak pe, tak pe itu biasa". 

Hahahha, mesti doktor dah biasa dengar ayat tak nak beranak dah lepas ni tup tup beranak lagi kan. Tengah-tengah doktor tengah jahit, nurse datang balik dan bawk baby yang dah bersih untuk Zul azankan.

Bila dah setel jahit, Doktor Mazita pun ucap tahniah dekat Fadzi dan Zul, doktor dan nurse pun tinggalkan kiteorang berdua dengan Anas dalam labour room tu. Waktu tu tak ada wad kosong lagi so sebab tu kiteorang kena stay dekat dalam labour room tu. Sempat lah juga Fadzi susukan Anas.

Adalah dalam setengah jam kiteorang duduk dalam labour room sambil belek-belek Anas. Lepas tu, nurse datang untuk ambil Anas untuk bawa ke nursery. Fadzi pulak nurse bawa ke wad. Fadzi dapat wad 305 menghadap Hotel Bluewave.

Bila dah sampai dekat wad, nurse terus pasang ubat untuk kecutkan rahim melalui drip. Sakitnya uihh. Macam contraction nak bersalin. Orang kata rengat. Even baby tak menyusu pun rasa sakit macam tu.

Zul pulak buatkan air milo panas untuk Fadzi. Milo 3 in 1 je. Dekat wad tu ada disediakan. Nak minum tak larat sebenarnya. Nak makan lagilah tak larat padahal makanan tengah hari dah sampai masa Fadzi ada dalam labour room lagi.

Tak lama lepas tu, Mak dan Ibu pun sampai ke wad. Mak masuk je terus mata Fadzi berair. Rasa nak cakap, Mak sakitnya beranak ni. Tapi tak ada lah Fadzi cakap sebab segan dengan Ibu hahaha.

Lepas Mak dan Ibu sampai, Abang, Kak Biena dan Kak In pun sampai jugak. Excited dieorang nak tengok baby. Baby waktu tu ada dekat nursery. Lambat sikit baru dieorang hantar ke wad.

Tapi dieorang ni gelojoh sangat. Tak sabar nak tengok baby. Terus pergi nursery nak tengok. Bilik Fadzi sebelah je dengan nursery. Selain ibu bapa baby, orang lain tak boleh masuk. So, dieorang boleh tengok baby melalui tingkap dekat luar bilik nursery je.

Petang sikit baru nurse hantar baby. Fadzi susu kan sekejap. Struggle jugak lah sebab dah lama tak susu kan baby kan.

30 September 2018


6.30 pagi

Pagi tu Fadzi bangun dan nurse datang untuk hantar baby Anas. Dia kata malam tadi Anas okay lepas minum susu. Muntah sikit je. Jadi Fadzi pun bagi lah susu badan pulak. Zul pun dah bangun siap-siap semua.

Hari ni cuma perlu tunggu Doktor Mazita datang untuk check Fadzi dan Doktor Vidya untuk check baby Anas. Lepas tu dah boleh clearkan bil dan balik. Itu pun kalau doktor bagi discaj lah. Nurse dah ambil baby Anas balik ke bilik nursery.

Fadzi confident habis hari ni boleh discaj. Tapi nak tunggu boleh discaj tu lama betul. Banyak pulak procedure nya. Nak tunggu breakfast sampai, lapar pulak rasa. Zul pun turun bawah nak cari makanan.

Tengah Zul pergi beli, breakfast pun sampai. Fadzi makan je lah dulu. Hehehe. Bila Zul dah balik semula, dia pun makan jugak. Fadzi siap-siap kemas apa yang patut. Sekarang cuma tunggu doktor datang dan bagi approval untuk discaj.

Doktor Mazita datang agak lewat jugak. Dalam 11 pagi lebih kurang. Lepas check Fadzi, semua okay. Dah boleh discaj. Zul turun untuk selesaikan bil Fadzi. Total harga bersalin Fadzi RM4.9k termasuk cas untuk vakum kiwi. Tinggal tunggu doktor baby je nak check Anas dan boleh balik.

Konon nya lah. 

Tunggu punya tunggu sampai makanan tengah hari pun sampai. Fadzi makan dulu. Nasib baik makanan sedap. Tapi nak tunggu balik rumah dengan baby baru tu, tak sabar betul. 

1.30 petang

Dapat call dari bilik nursery minta Zul masuk ke sana untuk jumpa dengan Dr Vidya. Fadzi pun ikut sekali. Ingatkan dapat berita gembira Anas dah boleh discaj. Rupanya tak.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Dr Vidya kata Anas masih lagi tak kencing even nursery caretaker dah topup susu formula. Even masa diaorang bagi susu formula tu pun Anas macam tercari-cari nampak macam lapar.

So I blame myself sebab mungkin susu badan tak cukup.

Jadi solutionnya, Dr Vidya kata diaorang terpaksa bagi drip pada Anas 24 jam dan monitor air kencing dia. Kalau Anas kencing dan kadar kencing tu okay, dia okay. Tapi kalau tak okay, mungkin ada condition dalaman badan dia yang tak okay.

Keluar bilik dari jumpa Dr Vidya, serius sebenarnya Fadzi masih blur dan macam tak faham apa yang jadi. Nampak macam tak ada perasaan.

Tapi bila nampak Zul dah lain macam, nampak sedih, baru Fadzi sedar this is serius. Bila masuk dalam wad, Zul peluk dan tanya Fadzi okay?

Waktu tu baru Fadzi macam rasa sebak. Mata dah berair tapi Fadzi tak nak Zul sedih. So Fadzi cakap Fadzi okay dan Fadzi cakap besok Anas pun akan okay. Besok Anas boleh lah discaj. Anas tak kencing ni pun sebab susu badan Fadzi tak banyak dan tak cukup.

Lepas tu, kiteorang pun balik rumah. Bayangkan Fadzi balik pakai kain batik dan stokin macam orang berpantang tapi tak ada baby sekali. Sedih kan? Tapi cerita yang lagi sedih bermula hari esoknya. 

You Might Also Like

36 comments

  1. oh my.. your baby so adorable and by reading it... it seems like a guide of preparation for me. u r really a great mom!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much. It really means a lot to me :D

      Delete
  2. dah baca.. next entry plisss..

    ReplyDelete
  3. Alamak.. ngerinya baca pengalaman akak ni. Haha. Itulah.. Antara pengorbanan ibu yang perlu kita hargai sepanjang nyawa, kan? Perkongsian yang bagus ni kak! Kena baca next episod juga ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah update next entry, Mohon baca hahaha

      Delete
  4. Tahniah Fadzi & hubs. Terasa debarannya masa baca. Induce memang sakit sikit. Pengalaman bersalin anak pertaman kena induce. Masuk 2nd to 4th, natural delivery without pain killer. Memang rasa nak mati.

    Memang sedih bila baby kena tinggal dekat hospital. Akak dulu baby kena kuning. 3 hari 2 malam admitted. Memang nangis lah teringatkan baby. Ni tengok baby rasa macam nak baby lagi jer... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehheeh ape lagi kak fiza. Kamon kamon new baby hahaha

      Delete
  5. Terima kasih perkongsian Fadzi..ilmu untuk kak PC ni...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Fadzi dan husband. Inilah antara pengorbanan seorang ibu. Tapii ngeri juga baca pengalaman orang bersalin ni ye. Ada yang mudah, mudah sangat. Apapun tak sabar nak baca next episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeri memang ngeri sampai rasa dah takut nak mengandung lagi huhuh

      Delete
  7. Cantiknye nama anak you.Pengalaman camni memang harap dapat diceritakan pada anak bila besar nanti. Baru tau pengorbanan seorang ibu. Eh bagusla pusat bersalin ni.Smooth jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you thank you. InsyaAllah ada rezeki, it's gonna be your turn later

      Delete
  8. thanks for sharing your labour baby story. Its good to know, time fly as kids do grow fast. This gonna be nice post for baby when grown up one day and read it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True that. You deliver your baby one day and suddenly they all grew up so fast

      Delete
  9. Baca pengalaman Fadzi ni teringat pulak masa bersalinkan anak pertama dulu, kenangan dan pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap ibu. Yang ke 2 czer..itu pengalaman lain pulak..:D
    Apa2 pun tahniah ya Fadzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutnya kena czer. Saya tak sanggup kena czer bil abaca penglamana orang lain kena czer. Ngeri.

      Delete
  10. Hahahhah.. Memang sakit contraction tu uii. .Kita sakit sampai rasa nak tendang orang. Tapi tak oernh ambil gas yang fadzi ambbil tu. ape pun tahniah dan selamat berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha sakit sakit jugak tapi tahan tak ada lah sampai nak tendang orang nad hahaha. Thank you thank you

      Delete
  11. Pengalaman bersalin memang akan dikenang.. evensakit tapi tu kejap je nnt teringin nak mengandung lagi.. kak liez rasa dua2 dgn gas dan contraction tapi kejap je sbb sakit pkl 8 pg.. smp hospital dah bukaan 8cm, pkl 10 dah selamat bersalin dgn 2 kali teran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya kak liez sekejap je. 2 kali teran je pulak tu. Rezeki akak Allah permudahkan

      Delete
  12. Alahai so sad, balik tanpa baby. Tapi sekarang anas dah okay kan? kakak ipar emi last week baru bersalin. Tp baby tak dapat diselamatkan. Kesian betul tengok dia, berpantang tapi babynya takde. Belum rezeki dia lagi kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih waktu tu je. Lepas anas dah balik, dah ok. Alhamdullilah dia dah ok sekarang

      Delete
  13. Pengalaman bersalin hanya ibu yang melaluinua faham. Akk 7 kali plus one gugir mmg bersalin normal. Setiap kali bersalin mmg akan tekad this is will be the last one. Tapi kuasa tuhan ke. Sampai anak ketujuh pun contraction menggila, nanges2 kat husband.. x nak bersalin dah... tapi tu la bila ada yg kecik.. dunia ibarat syurga kedua terus hilang rs sakit bersalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe itu lah kan kak ayu. Selalu dengar orang cakap, ok lah yang ni yang last. Tak sanggup dah nak bersalin lagi. Tup tup dapat lagi sorang hehehe

      Delete
  14. Tahniah Fadzi moga baby dan ibu sentiasa sihat walafiat hendaknya dan rezeki baby dan ibu sentiasa murah, InsyaAllah Aamiin

    ReplyDelete
  15. ralit baca citer bersalin ni :)
    bab pecah air ketuban, aida merasa time nak bersalin kan Syuhada.
    hmmmm after 2-3 minit pecah ketuban terus bersalin :) ha ha ha ha...
    alahai... bersambung plak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laju jugak lepas pecah air ketuban terus keluar. Saya ambil masa jugak ni

      Delete
  16. Tahniah mommy dan baby! Tengah breastfeeding ke? Kalau ada masalah, mommy blh call atau Whatsapp sy anytime ya. Saya sedia membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I'm breastfeed. Will do, thank you so much :D

      Delete
  17. Bila baca kisah fadzi teringat gak time AM bersalin dulu.. tak sabar nak tahu entry next.. mesti sedih kan bila kita sebagai mak dibenarkan pulang tapi anak tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak AM punsama ke anak kena tahan wad lepas bersalin?

      Delete
  18. Tahniah fadzi....
    Akak tak.pernah rasa nikmat contraction tu to be frank..anak 1st bukaan 4cm pun xrasa contraction sampai ke sudah..last2 kena operate sebab baby da.lemas kt dlm..yg ke 2 lgi la dah elective cser...xdak maknanya nak tunggu contraction😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tapi kena cser tu lagi sakit lepas bersalin kan. Ngeri lagi kalau kena cser. Takut saya dengar cerita orang orang yang kena cser tu

      Delete