Throwback: Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM

November 01, 2018
Throwback: Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM | Saja Fadzi nak buat entry throwback untuk Aneeq masa bersalinkan dia dulu tahun 2015. Sebab entry untuk Anas ada. Korang boleh baca SINI. Kot kot Aneeq jeles kalau tak ada entry bersalin kan dia dalam blog Fadzi  ni hahahaha.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM

Okay, ini cerita tahun 2015 tau. Fadzi mula pada waktu Fadzi mula pecah air ketuban dan terasa nak bersalin. Cerita ni antara ingat tak ingat sebab dah lama kan. Sebelum tu nak share dengan korang apa maksud nama Aneeq Asyraf ni.

Aneeq: Yang kacak lagi menawan hati
Asyraf: Yang mulia

Throwback: Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM (Aneeq) 


20 Mac 2015


6.30 pagi
Pagi tu Zul dah pergi kerja. Tak ingat kenapa Zul kena pergi kerja belah pagi masa tu. Biasanya shift dia pukul 3 petang sampai 12 tengah malam. Hari tu Zul kena kerja pukul 7 pagi sampai 4 petang.

Fadzi pun bangun dari katil sebab nak solat Subuh. Masa berjalan ke arah toilet, tiba-tiba rasa ada air yang agak banyak tiba-tiba jatuh atas lantai. Masa tu Fadzi tak tahu apa benda sebenarnya tu. 

Tapi Fadzi agak macam air ketuban. Terus Fadzi call Zul suruh dia balik semula ke rumah. Waktu tu Zul dah nak sampai ofis kalau tak silap Fadzi. Fadzi pula terus pergi masuk bilik air dan mandi. Siap shampoo rambut dan mandi lama-lama pulak tu.

Bila Zul sampai rumah, Fadzi tak siap mandi lagi. Lama gila kan mandi. Sebab Fadzi fikir lepas bersalin nanti duduk dekat hospital macam leceh je nak mandi lama-lama. Bila Zul dah sampai, dia lah yang kena pack kan beg ke hospital sebab kiteorang tak pack lagi. 

Nasib baik semua baju dah siap basuh dan pampers semua dah siap beli. Tinggal nak lipat dan simpan dalam beg je. Semua Zul yang setelkan. Bila Fadzi dah siap mandi, sempat lagi lepak-lepak keringkan rambut.

8.00 pagi
Bila Fadzi dah siap pakai baju semua, kiteorang pun gerak ke Klinik Bersalin Annur dekat Seksyen 6 Shah Alam. Plannya nak bersalin dekat situ sebab dieorang jenis buat sambut kelahiran secara normal dan buat kita rasa macam bersalin dekat rumah.

Waktu kiteorang sampai tu, doktor tak datang lagi. Jadi sementara tunggu datang, nurse dia attend Fadzi. Nurse tu agak berumur dan tak mesra alam betul. Terus Fadzi rasa macam meh sangat datang ke sini.

Mula-mula dia macam marah Fadzi kenapa pakai seluar. Kenapa tak datang pakai kain, senang nak check. Mana lah Fadzi nak tau kan, first time. Lepas tu masa nak check , mana lah Fadzi nak tau nak check bukaan tu sakit. Dan nurse pun terus check bukannya nak bagitau nak buat itu ke nak buat ini ke. 

Dia marah Fadzi pulak sambil membebel tak sayang anak ke. Eh geram betul Fadzi tau. Kita datang berbayar mahal kot. Layanlah elok sikit, tak boleh ke? Tolonglah faham bukan semua orang pernah merasa mengandung dan nak bersalin tu macam mana. 

Fadzi bukan minta layanan first class, kena layan macam puteri. Tak pun. Fadzi cuma minta gunakanlah bahasa yang sopan dan tak perlulah nak marah-marah. Lepas dia check, nurse tu kata air ketuban dah pecah dan kotor. 

Terus dia suruh pakai balik seluar dan tunggu dekat kaunter depan. Bila nama kena panggil di kaunter depan, nurse lain kata diaorang tak boleh terima kes Fadzi sebab air ketuban dah kotor. Diaorang nak refer ke hospital lain.

Fadzi discuss dengan Zul. Tengah pilih nak pergi ke Sungai Buloh ke nak pergi ke PPUM. Kalau ikutkan Fadzi nak ke Sungai Buloh sebab suami boleh masuk masa isteri nak bersalin. Tapi Zul pulak kata nak PPUM. So, pergi je lah PPUM.

Sebelum nak gerak ke PPUM, Fadzi cakap dekat Zul nak makan nasi lemak. Mengidam katanya. Tapi Zul dah risau. Dia kata tak payah, gerak terus ke PPUM. Sedih woo. Lapar kot dari bangun tidur tak makan apa-apa. Nasib baik bawak bekal roti dalam kereta.

Perjalanan dari Klinik Bersalin Annur Seksyen 6 Shah Alam ke PPUM ambil masa dalam 45 minit macam tu sebab hari tu hari Jumaat. Orang nak pergi kerja belah pagi. Dalam kereta tu sempat makan roti sambil tahan contraction yang datang kejap-kejap.

10.30 pagi
Dalam pukul 10 pagi lebih tu, dah sampai dekat PPUM. Nak pergi bangunan mana pun kiteorang tak pasti. Jadi, kiteorang tanyalah guard dekat mana bangunan untuk ibu bersalin. Bila guard tunjuk, terus kiteorang pergi ke sana.

Zul park kereta ke depan sikit daripada pintu masuk bangunan ibu bersalin tu. Nasib baik guard tu okay. Dia faham kot. Guard tu siap carikan kerusi roda untuk Fadzi. Zul pun tolak naik ke ward bersalin.


Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM

Depan kaunter, kiteorang bagi surat refer daripada Klinik Bersalin Annur. Terus diaorang bagi Fadzi uniform hospital warna pink dan minta Fadzi tukar baju. Lepas Fadzi tukar baju, doktor suruh Fadzi baring dan doktor check bukaan. 

Bila doktor check, doktor kata air ketuban memang pecah tapi tak ada kotor pun. Maksudnya baby tak berak lagi. Dia pelik kenapa report dalam referral letter dari Klinik Bersalin Annur cakap air ketuban dah kotor. Fadzi lagilah pelik. 

Tapi diaorang terus je sorong Fadzi nak bawa ke bilik bersalin. Sebelum Fadzi dihantar ke bilik bersalin naik kerusi roda tu, nurse suruh Fadzi salam dan minta ampun dari suami dulu. Fadzi pun buat je la. Huhuhu. Zul pun kata dia nak turun bawah dulu sebab nak alih kereta ke tempat parking.

Fadzi pun masuk ke bilik bersalin. Nurse suruh baring dekat atas katil. Dalam bilik tu ada satu katil dan sebelah katil tu ada mesin dengan wayar-wayar. Diaorang pasang wayar dekat perut Fadzi sebab nak check keadaan baby. Tibalah masa untuk tunggu jalan bawah untuk buka.   

11.30 pagi
Sepanjang baring dalam bilik bersalin tu, Fadzi asyik tengok jam yang ada depan Fadzi. Waktu tu pulak ada muka familiar yang masuk dalam ward bersalin. Rupa-rupanya sepupu dan isteri sepupu Zul yang tengah buat housemanship dekat PPUM datang melawat. 

Alahai, waktu waktu Fadzi sakit dan muka tengah sememeh ni, benda paling last Fadzi nak adalah orang yang Fadzi kenal untuk masuk dan tengok keadaan Fadzi. Kalau Zul ke Mak ke Fadzi sukalah. Ini saudara. Huuu bertabah je lah. Sempat lah layan diaorang berborak jap sambil tahan contraction. 

1.00 tengah hari
Jalan masih lagi tak buka sepenuhnya. Doktor mula start induce melalui drip. Contraction datang kejap-kejap. Fadzi try tahan. Bila dah tak tahan, Fadzi sedut gas dekat tepi. Tak sangka sakit rupanya contraction ni. 

Bila nampak Fadzi banyak kali sedut gas, ada doktor offer nak epidural tak? Fadzi kata tak nak sebab boleh tahan lagi. Sebab lama sangat menunggu, kadang-kadang Fadzi rasa Fadzi terlelap menahan sakit tu. 

3.00 petang
Makin lama kena induce, makin sakit pulak rasa contraction ni. Memang kejap-kejap Fadzi sedut gas, kejap kejap Fadzi sedut gas. Pusing badan kanan kiri tu tak usah cakap lah, memang setiap masa. Cumanya sebab dekat badan banyak wayar berselirat, tak boleh nak pusing ke tahap yang selesa.

Rasa dia tak senang langsung. Cuba nak tahan sakit tu pun rasa macam tak mampu. Doktor pun dah 3 4 kali jugak tanya nak epidural ke tak. Last-last Fadzi tak tahan, Fadzi pun kata, okaylah epidural lah.

Sepanjang dalam bilik bersalin tu, semua doktor dan nurse adalah doktor perempuan. Tapi untuk epidural tu yang datang doktor lelaki cina. Tak apa lah, asal tak tengok private part Fadzi tu kira okay lah.

So, mulalah procedure untuk cucuk epidural dekat belakang Fadzi. Nurse nurse pun tolong preparekan Fadzi. Fadzi tak ingat Fadzi kene cucuk epidural tu dalam keadaan baring mengiring ke secara duduk. Rasa macam duduk. 

Bila kena cucuk epidural tu, tempat kena cucuk tu sakit. Lepas tu rasa macam ada benda sejuk naik dari bawah ke atas, area tulang belakang. Lepas setel procedure cucuk epidural, Fadzi sambung tunggu jalan bukak semula. 

Tapi kan, kalau nak kata semua sakit contraction tu hilang lepas pakai epidural, macam tak jugak. Rasa lagi sakit. Mungkin dia kurangkan saja kot. Still Fadzi masih rasa sakit contraction tu cuma tak sekuat sebelum tu. 

6.00 petang
Tiba-tiba je mesin detect jantung baby mula lemah. Fadzi waktu tu dah mamai kot sebab sedut banyak gas. Doktor dan nurse dah kecoh-kecoh. Tiba-tiba diaorang bagi satu paper untuk Fadzi tanda tangan. Macam surat pengesahan bagi keizinan untuk operate kalau tak silap.

Dieorang kata diaorang tak jumpa Zul untuk dapatkan tanda tangan tu. Jadi dieorang dapatkan tanda tangan Fadzi. Fadzi tengah mamai-mamai tu tanda tangan je lah. Padahal tak tau pape hahaha.

Tapi last-last mesin dah stabil balik lepas doktor kurangkan sama ada drip untuk induce atau ubat untuk epidural tu. Fadzi pun tak pasti. Nampak tak betapa mamai nya Fadzi walaupun diaorang dah cakap.

So selamatlah perut Fadzi daripada kena operate. Alhamdullilah sangat. Tak sangggup rasaya kena belah perut. Takut, seram, ngilu semua ada. Pastu sambung lah balik tunggu jalan bukak.

9.00 malam
Entah kenapa waktu ni Fadzi rasa sejuk sangat. Fadzi pun panggil doktor. Nurse yang datang. Fadzi pun kata Fadzi sejuk dan dahaga. Nurse pun macam perlahankan air cond dan bagi air. 

Fadzi minum sekejap dan terlelap balik. Bila rasa sakit contraction, Fadzi terjaga semula. Sampai satu waktu tu, Fadzi menggigil sebab sejuk dan rasa loya. Terus termuntah dekat tepi katil. Fadzi pun panggil nurse.

Fadzi cakap Fadzi termuntah. Nurse tu pun tolong lapkan tilam yang terkena muntah sikit tu dan lap lantai. Ya Allah, rasa bersalah sangat. 

11.00 malam
Malam masih panjang. Bila lah anak Mak ni nak keluar ye sayang. Banyak kali dah terlelap, dah banyak kali cubaan pusing kiri kanan tapi kurang berjaya sebab wayar berselirat. Last-last Fadzi cuba lah lelap kan diri.

21 Mac 2015

12.30 pagi
Fadzi mamai lagi waktu ni. Tapi rasa macam ada nurse atau doktor yang masuk untuk check Fadzi. Pastu diaorang kata macam dah nampak kepala baby. Terus doktor suruh push. Waktu ni serius Fadzi suka sangat sebab semua yang ada dalam bilik bersalin tu bersorak untuk suruh Fadzi push.

Siap ada yang cakap, "Ha, pandai awak push! Sikit lagi sikit lagi!". Serius Fadzi nak tergelak setiap kali teringat balik tapi memang seronok rasanya. Tak kisahlah suami tak masuk asalkan ada team doktor dan nurse yang bagus macam ni. Tolong support, tolong sorak semua. Bahagia rasanya.

12.47 pagi
Akhirnya Aneeq pun selamat keluar pada pukul 12.47 pagi. Huih, penat Mak nak dari pagi tadi duduk pecah air ketuban, menahan sakit contraction dan tahan lapar. Entahlah berapa kali Fadzi push yang pentingnya dalam 15 minit je kot. Okay lah tu.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM

Alhamdullilah Aneeq lahir secara normal dengan berat 2.88 kg, walaupun kena induced sikit. Asalnya Aneeq tak keluar suara pun masa keluar. Doktor buat apa entah, baru dengar suara dia menangis.

Bila dah keluar tu, Fadzi macam mamai-mamai. Doktor tanya apa jantina. Fadzi tak tau lah Fadzi jawab ke tak. Ke doktor yang tolong jawabkan sebut lelaki. Fadzi mamai sebab dari awal Fadzi duk sedut gas dan kesan epidural tu kot.

Masa kena jahit bawah, Fadzi tak rasa apa-apa. Mungkin sebab epidural tu kot. Alhamdullilah sangat. Tapi masa doktor dah siap jahit, doktor tu ada cakap "Opps, minta maaf". Fadzi tak tahu kenapa. Nak tanya pun malas dan mamai. 

Lepas dah siap jahit, lama jugak Fadzi ditinggalkan dalam bilik bersalin tu sementara nak tunggu dibawa ke wad. Siap masih baring terkangkang lagi tu. Hati ni dah tak sabar nak tengok anak, nak rehat dan nak tidur dengan selesa sikit atas katil.

1.00 pagi
Dah lama sikit, baru lah Fadzi dihantar ke wad. Fadzi dapat wad 6 orang satu bilik. Katil Fadzi betul-betul sebelah toilet dan pintu masuk. Nurse tolong Fadzi untuk baring atas katil wad. Lepas tu dia tanya nak kencing tak? 

Waktu tu tak terasa nak kencing lagi. So dia kata, kalau nak kencing, tekan butang dekat tepi katil. Nanti dia datang tolong bawa masuk toilet untuk kencing. Masa tu nurse bagi Fadzi ubat paracetamol sebab masa dalam bilik bersalin tu, suhu Fadzi tinggi macam demam. So Fadzi makan je.

Tiba-tiba Zul, Mak, Kak In dan Simon datang masuk wad sebab nak bagi nasi dengan sup. Ya Allah, baru Fadzi teringat Fadzi tak makan apa-apa dari pagi lagi lepas alas perut dengan roti tu. Sempat lah jamah sikit nasi lepas tu tak lalu dah.


Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM

Lepas tu nurse pun datang bawa baby. Eh eh macam tak percaya je baby dah keluar dari perut time tu. Nurse pun cakap dekat dieorang jangan lama sangat dalam wad. Nak bagi Fadzi rehat dan tak nak ganggu pesakit lain rehat. So, tak lama lepas tu dieorang pun balik.

Fadzi lah terkial-kial sorang cuba susukan Aneeq. Bila Aneeq dah tidur, Fadzi letak balik Aneeq dekat box lutsinar tempat baby dekat sebelah Fadzi. Penat weh berapa jam duduk dalam bilik bersalin tu tadi. Last-last Fadzi pun tertidur.

Ada lah 2 3 kali Fadzi terjaga tengah malam tu sebab Aneeq terjaga merengek. Bagi susu, then dia tidur semula. Fadzi pun rehat lah semula.

Bangun pagi dekat PPUM agak awal sebab nurse datang buka lampu dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Diaorang selak semua langsir setiap cubicle. Waktu tu mak mak dalam tu semua dah kena bangun. 

Dan guess what? Breakfast kiteorang pagi tu, nasi lemak. Hehehehhe. Baru je sebelum nak bersalin tu mengidam nak makan nasi lemak tapi tak dapat. Tengok tengok pagi lepas bersalin, dapat makan nasi lemak. Alhamdullilah.

So far, Fadzi sangat suka dengan environment wad dekat PPUM. Selesa, luas, bersih. 6 orang satu bilik, masing masing ada cubicle sendiri dengan langsir, katil, kerusi dan laci. Toilet ada dua, agak besar dan bersih.

Masa nak meneran pun, semua nurse dan doktor bagi sorakan padu. Serius best waktu tu. Lepas bersalin, nak pergi ke toilet pertama kali pun, nurse tolong. Tapi lepas-lepas tu buat sendiri lah sebab dah kuat.

Okay, pasal payment pulak, disebabkan Fadzi kena refer ke PPUM dan bukannya dari awal book untuk bersalin dekat PPUM, Fadzi kena bayar RM1500. Itu termasuklah sekali dengan bayaran untuk induce dan epidural.

Ini cerita tahun 2015. Dengar kata mulai tahun 2018, suami dah boleh masuk labor room teman isteri bersalin. Untung korang. 



You Might Also Like

43 comments

  1. Question of the day: Korang bersalin anak pertama dekat mana dulu?

    ReplyDelete
  2. Best dapat hospital yang nurse dan doctor mesra alam.
    Kerajaan ke swasta ke tak kisah la kan.
    Yang penting layanan tu. Dah la tengah sakit, ditambah pulak dengan ragam orang lain. Memang stress
    Kita masa bersalin anak pertama pun dapat bidan yng smbut baik orgnya.
    Cuma sorang staf nurse (baju biru) agak berumur sikit, macam tak berapa nak mesra alam.
    Janji kita tak buat masalah xpe la kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, emosi kite tengah tak stabil waktu nak bersalin tu. At least cakap lah elok elok kan. Heeee

      Delete
  3. Alhamdulillah tahniah dah ada cahaya mata kedua semua comel-comel dari yang abang sehingga ke adik hehehehe.. Kita ni bila lah nak ada anak juga teringin nak timang-timangkan anak heheheh masalahnya calon pun tak ada wakakakaka... Besalin sekarang dah bagus dan murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you thank you maha. InsyaAllah ada rezeki maha, tak lama nanti ada lah tu

      Delete
  4. Alhamdulillah selamat melahirkan. Seram sejuk baca cerita Fadzi ni. Almaklum belum berpengalaman untuk merasa nikmat mengandung dan bersalin. Betul lah.. Kita bukan nak dilayan macam puteri sangat pun. Tapi kalau cakap elok2 dan Bahasa baik2 takdela kita terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kite pun tengah nak bersalin tu fragile sangat. Ayat bahasa dan intonasi kena la elok sikit kan

      Delete
  5. Aduhaiii pengalaman bersalin ni sebenarnya memang cukup manis. Manis bagi seorang ibu yang pernah melahirkan. Tapi pengalaman bersalin tak sama untuk tiap2 ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada mak mak yang senang je bersalin nya. Ada mak mak yang Ya Allah berat betul beban dia

      Delete
  6. Murah juga bayaran di ppum ni ye. Ingt mahal macam hospital swasta yang lain.Tak pe lah yang penting selesa nk melahirkan baby. Tahniah ye.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, dieorang murah sikit sebab dieoran ghalf government dan half swasta

      Delete
  7. Alhamdulillah tahniah walaupun dah besar pun baby. hiihih. Setiap anak ada kisah manis yang memang akan dikenang. esok besar bercerita dekat anak mesti seronok. Apa pun memang pengorbanan ibu memang besar. Apa yang kita lalui Macam tu la mak kita lalui dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan mak mak kite dulu lagi seksa kot nak beranak. Sebab tak ada kemudahan macam sekarang ni.

      Delete
  8. Takut pulak bila baca. Kena jahit lah, kena cucuk epidhural lah. Kuat betul seorang wanita nak bersalin yer. Okay soalan nie mungkin mcm bunyi bodoh sikit, tapi penasaran nak tahu. Berapa lama agaknya bayi boleh bertahan bila air ketuban pecah erk ? Bukan dia terus kena bersalin k ? Hahaha. Sbb baca pengalaman Fadzi, boleh pulak sampai sehari lebih baru bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha tak tauuuuu. Tibe tibe dia nak keluar lambat. Ada orang yang keluar cepat bila air ketuban pecah

      Delete
  9. Congratulations first of all, PPUM is really a great hospital, I've heard.many good reviews about it, will recommend to my friend's if they are looking for more info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes I am really satisfy with PPUM services

      Delete
  10. Eh dah keluar air ketuban, rasanya air tu bbukann keluar je ke??. Siap fad boleh mandi smeua erk. .Hehee. .Ada juga entry Aneeq ye. .Kihkih. Bgusla ramai yang bagi sokongan. Nad anak pertama lahir dekat HoHospital kerjaan Tunku Ampuan Rahimah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha tak tauuu. Tak tau kenapa dia keluar lambat. Tapi serius best bila ada orang tukang sorak tu even suami tak boleh masuk pun

      Delete
  11. Pengalaman bersalin mmg satu pengalaman yg berharga.. best kalu bersalin ada environment n tukang sorak.. tue mmg menarik.. baru bersemangat skit nak meneran kan?? AM xpenah rasa contraction or sakit nak bersalin.. dua2 anak AM operate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha betul. Bila dengar nurse dan doktor bersorak tu ha, bersemangat habis teran

      Delete
  12. Seronok baca pengalaman Fadzi masa melahirkan. Setiap orang ada jalan berbeza kan. Apa pun setiap wanita memang impikan ada anak kan. Syukur dapat lahir normal putera sorang ni.

    ReplyDelete
  13. Tetiba macam confused. Ni cerita anak kedua atau Pertama. Sebab tak Siap bag hospital macam dah biasa bersalin. Pastu tak tau kena pakai kain. Macam anak Pertama. So ruby scroll balik tajuk. Hahaha. Pengalaman tiap ibu berbeza. Sebab Allah s.w.t Nak bg kita nikmat rasa. Jaga anak sebaik mungkin. Ia amanah terbesar dari Allah s.w.t. Moga jadi anak yang solleh. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe ini throwback masa bersalinkan Aneeq dulu kak ruby. Aminn Aminnn InsyaAllah

      Delete
  14. Pengalaman bersalin memang menakjubkan. Perempuan yang melalui pengalaman ni memang 'salute'berani betul. Semoga semua baik baik saja dan anak ibu pun sihatje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehehe nanti turn cindy pulak jaid berani macam ni. Trust me, everything is worth it bila tengok muka anak sendiri

      Delete
  15. Memang pengalaman lahirkan anak satu pengalaman yg tak boleh dilupakan. Yg pertama di tawakal, normal n yg ke dua di damansara specelist czer..so lain2 sakit dia. Bila ingat balik..mcm2 perasaan ada, rindu sedih happy..ummm mcm2 lah. Moga mereka akn kenang mak yg lahirkan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully macam tu la kan. Harap harap dieorang sayang kita macma kite sayang dieorang

      Delete
  16. Ades rasa insaf bila baca pengalaman ibu-ibu bersalin ni. Apa pun ye betul, layanan mesra doktor dan jururawat sangatlah penting tak kira kita berada di hospital mana pun sebab maklumlah kita kan tengah sakit mestilah nak orang layan baik-baik heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila doktor dan nurse layan kite elok elok, rasa terharu sangat

      Delete
  17. Seram plak baca bab2 beranak ni..hahahah...ngilu semua ada xyah cakap la...
    Apapun baby boy u nsem sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh ngiluu sangat. Thank you kak alia :D

      Delete
  18. Berdebar-debar baca entry kak Fadzi. Boleh refer as pengalaman nanti. Alhamdullilah semua dah selamat. Abang pun da dapat adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah lepas ni turn yani pulak rasa pengalaman macam ni

      Delete
  19. Seronok pula Rawlins membaca kisah kelahiran Aneeq nie. Tapi memula tu marah sungguh dengan nurse yang kurang ajar tu. Alhamdulilah Allah swt lorongkan rezki yang lebih baik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak banyak rawlins. Mungkin nurse tu mood tengah tak baik sebab tu dia macam kasar sikit. Tak apa lah, fadzi ok je

      Delete
  20. hahaha..suka baca pengalaman bersalin atie.
    K.noni time bersalinkan budak 2 orng ni dulu dua-dua dengan doktor yang sama.yang 1st tu ingat lg..kecoh dlm bilik tu sebab diorng excited ada 'little girl' nk bersalin.maklumla...dulu kan kcik n halus,xmacam nak jadi mak budak.hahaa.Tapi last-last lepas bersalin doktor cakap "why tak behave little girl..."sambil-sambil ketawa.xtau la apa jadi time tgh layan contraction tu,mungkin xdpt control diri sendiri kot...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe boleh bayangkan ni kak noni macam mana tahan sakit contraction sampai doktor cakap kenapa tak behave hahahha

      Delete
  21. Most of my friend mention delivery is the most pain process but when baby out, you forget all the pain. I wish I can go through this. Still work hard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope it's gonna be your turn within these few years. dont give up ya

      Delete
  22. eh. nephew myra pun lahir kat PPUM back in 2012. mmg okay je. congratulations on new baby!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete