7 Cara Betul Merotan Anak Dalam Islam

Mula-mula sekali aku nak cadangkan pada parlimen supaya buat satu kursus Public Relation ataupun kursus cara bercakap di depan orang ramai kepada menteri-menteri yang ada di Malaysia ni. Semakin hari aku rasa cara percakapan diaorang ni sangat tak kena dan mendatangkan rasa marah dan kurang senang pada rakyat Malaysia. Bermula daripada kangkung ke "kalau tak suka apa-apa dalam Malaysia, boleh keluar dari Malaysia" dan yang terbaru "Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah".


Rotan anak bakal jadi satu kesalahan jenayah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang itu kerana telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
Bagus lah tu. Otak ada, letak bawah punggung. Tak payah fikir susah-susah, ikut saja peraturan lahanat mereka yang cuba nak menjatuhkan Islam. Kenapa perlu menjadikan rotan anak satu kesalahan padahal kalau ikut Islam, ada cara yang betul untuk merotan anak-anak. Dan cara merotan betul yang ini lah akan melahirkan individu yang lebih berdisiplin. 

Buktinya korang lihat pada diri sendiri. Kalau korang insan-insan terpilih yang pernah kena rotan dengan ibu bapa atau cikgu, apa kesannya pada diri korang? Jadi lebih manusia daripada mereka-mereka yang dimanjakan, bukan?

Jadi, bagaimana cara betul merotan anak ni sebenarnya?


7 Cara Betul Merotan Anak 

 

Nasihat dan mendidik dahulu sebelum merotan

Ibubapa atau penjaga kena buat usaha menasihati dan mendidik dulu sebelum mengambil keputusan dan tindakan untuk merotan anak. Tindakan merotan ni pun perlu diambil kalau anak tak makan nasihat dan didikan tu. Kalau dah tak ada cara lain sangat dah, baru boleh merotan.

Rotan apabila anak-anak sudah berumur 10 tahun ke atas

Anak-anak bawah 10 tahun biasanya masih tak faham dengan kesalahan yang mereka lakukan. Jadi, lebihkan nasihat kepada anak-anak bawah 10 tahun. Bila anak-anak dah baligh, boleh lah merotan hingga mereka menjauhi segala kesalahan yang dah dilakukan.

Rotan anak

 

Rotan dengan cara yang tidak menyakitkan

Dilarang sama sekali untuk merotan anak-anak di bahagian muka dan bahagian-bahagian yang merbahaya macam dekat kepala, perut, dada dan kemaluan. Merotan bukannya bertujuan untuk mendera sampai tinggal lebam pada badan dan sebagainya. Sebaliknya lebih kepada nak bagi anak-anak ni terasa menusuk dalam kalbu -- bagi peringatan dan pengajaran.

Emosi kena stabil sebelum merotan

Jangan merotan atau memukul ketika korang tengah marah. Otak kena waras sebelum mengambil tindakan untuk merotan anak. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba dapakan ketenangan. Merotan dalam keadaan yang marah akan menyebabkan kecederaan yang teruk pada anak-anak. 

Rotan  tidak melebihi had

Merotan tidak boleh melebihi 3 kali untuk kali pertama. Rotan yang pertama kali tu mestilah perlahan sikit supaya anak tak rasa sakit sangat. Nanti terkejut sangat pulak diaorang. Kalau anak masih degil, rotan 3 kali. Kalau degil lagi rotan 10 kali. Tapi jangan rotan lebih daripada 10 kali. Dan pastikan jugak alatan merotan tu tak memudaratkan anak sampai berdarah dan lebam badan.

Berhenti kalau anak minta jangan dirotan

Kalau pertama kali nak rotan, anak dah minta supaya jangan dirotan, berhentilah merotan. Bagi peluang pada diaorang untuk berubah dengan janji tak akan ulang balik kesalahan yang sama. Tindakan ni lebih baik daripada terus merotan anak-anak. Nanti anak-anak jadi berdendam pulak dengan kita. 

Rotan sendiri anak

Ibu bapa atau penjaga mesti rotan sendiri anak. Tak boleh wakilkan pada adik-beradik lain atau cikgu. Ini untuk mengelakkan pergaduhan antara ibu bapa dengan orang yang diwakilkan untuk merotan. 

Keluarga Islam

Islam tu senang. Islam itu indah. Islam tu nak menjaga sangat umat dia. Tapi kita ni selalu saja pandang lewa dekat undang-undang dan ajaran Islam tu kan? Padahal faedah dia banyak. Kadang-kadang cara kita tafsir dan laksanakan undang-undang dan ajaran Islam tu jauh terpesong dari maksud yang sebenarnya. 

Macam mengajar anak dengan merotan ni, ada macam-macam pendekatan yang disarankan supaya tindakan ni tidak akan sekali-kali membuat anak-anak sakit sama ada secara fizikal atau pun mental. Tapi, cara orang yang melaksanakannya tindakan merotan anak ni tanpa merujuk kaedah Islam yang merosakkan segala-galanya.
Korang ada anak? Atau akan ada anak? Macam mana korang nak didik anak-anak korang nanti? Setuju atau tidak dengan kenyataan Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?
 


Post a Comment

1 Comments