Pengangkutan Awam Malaysia Dan Karenah Manusia Yang Menaikinya

AWAS ENTRI PANJANG TAPI BANYAK PERKARA PASAL AKU AKAN TERDEDAH DALAM ENTRI NI | Kehkehkeh. Kata-kata pembukaan yang tak boleh blah. Hari ni aku penat sungguh berjalan. Dari Shah Alam ke Mid Valley ke KL Sentral Ke KLCC ke Avenuk K balik ke KLCC dan kemudian balik ke rumah kedua keluarga aku di Kerinchi. Dan, kebanyakkan tempat aku pergi, aku guna pengangkutan awam. Fuh, berpeluh aku tau.

Pengangkutan awam

Dari Shah Alam, aku gerak ke Mid Valley naik kereta. Housemate hantar. Aku gerak dalam pukul 1 petang. Dekat Mid Valley ni aku pergi untuk pulangkan dekoder dan smart card Astro sebab aku dah tamatkan servis Astro hujung tahun lepas. Astro Mid Valley ni dekat Level 2. Pegawai yang duduk depan tu ada 2 orang waktu aku datang - sorang lelaki sorang perempuan. Mula-mula senyum. Bila aku cakap nak pulangkan dekoder dengan smart card, terus muka perempuan tu masam. Mungkin dia tak sedar kottttt. Nasib baik pegawai dekat kaunter bagus. Senyum je, cakap pun lembut.

Lepas selesai kerja pulang memulang barang Astro, aku pun pergi solat. Oh, korang tau tak surau dekat Mid Valley dah tukar dekat Food Junction tingkat 3? Nasib baik aku ingat. Kalau tak 2 kali kerja aku kena naik turun. Lepas solat, ingatkan nak makan dekat Food Junction tapi memandangkan aku tengah kejar masa, aku pun gerak terus ke KL Sentral.

KTM Komuter Malaysia

Dari Mid Valley ke KL Sentral, aku ambil pengangkutan awam KTM Komuter. Hmm, leceh jugak naik Komuter ni kan. Seksa rasa jiwa bila tengah kejar masa. Waktu aku beli tiket tu lebih kurang pukul 3 lebih. Aku nak pergi Bank Islam dekat KL Sentral. Aku harap sangat sempat. Lama jugak tunggu, akhirnya datang jugak Komuter yang dinanti-nanti. Aku pun naik menuju ke KL Sentral.

Dalam KTM tu, aku duduk sebelah seorang wanita Indonesia. Semangat dia tegur tanya aku "Mengandung ke?" dan berborak dengan aku. Sebenarnya, aku ni sangat pemalu orangnya. Tapi, kalau orang dah ajak berborak, aku balas saja lah. Aku kan baik :p Dalam Komuter waktu tu tak ramai orang tapi dari pemerhatian aku, kebanyakkan orang main telefon, berborak dengan kawan dekat sebelah, berborak dalam telefon, tengok pemandangan luar dan tidur.

Bila sampai ke KL Sentral, aku mencari mana lah Bank Islam. Nasib baik sempat sebelum bank tutup. Bila dah sampai dekat Bank Islam, aku pun pergi lah selesaikan segala urusan aku dekat Bank Islam tu. Lepas selesai urusan dekat Bank Islam, aku pergi solat kejap. Oh, oh korang tau ke surau dah tukar tempat? aku baru tau. Jangan keliru okay, tengok papan tanda. Lepas solat, aku pun gerak pergi ke Food Court KL Sentral dekat tingkat 3. Tapiiiii, Food Court KL Sentral tu tutup pulakkkk. Terpaksa lah aku pergi makan dekat KFC. 

LRT Malaysia

Lepas makan, aku gerak pergi KLCC untuk ke Avenue K. Ha, korang tau tak kalau nak pergi Avenue K ni, boleh naik LRT saja? Berhenti dekat stesen KLCC. Dalam LRT ni pulak, waktu tu orang tak ramai. Jadi, banyak seat kosong. Aku pun duduk saja. Kalau ikutkan biasa aku naik LRT, aku jarang nak duduk. Sebab aku tau ada orang yang lagi memerlukan seat tu daripada aku. 

Waktu tu belum lagi waktu orang balik kerja, jadi orang pun tak ramai. Tapi, banyak jugak karenah orang yang aku nampak dalam LRT tu. Ada orang yang tertidur, ada orang yang bergayut telefon, ada yang main game, ada yang pegang tempat pemegang sambil berborak muka dekat-dekat dengan pasangan masing-masing, ada yang duduk tengah pandang pemandangan dekat luar.

Bila aku sedar-sedar, dah sampai pun KLCC. Aku pun turun dari LRT menuju ke Avenue K. Sebenarnya dekat Avenue K ni, aku datang untuk ambil hadiah yang aku menang daripada Maison Dlights. Nanti aku cerita pasal ni. Lepas aku ambil hadiah, aku pun balik semula ke Stesen LRT KLCC untuk pergi ke Stesen LRT Universiti.

Waktu ni pulak orang tengah balik kerja. Memang pergh lah ramai orang. Bila aku masuk pun orang dah penuh. Aku pulak tersepit dekat tiang tengah-tengah tu. Dari Stesen LRT KLCC sampailah ke Stesen LRT Masjid Jamek, aku tersepit dan berdiri dekat situ. Bila dah ramai orang turun dekat Stesen Masjid Jamek, aku gerak ke arah seat nak duduk sebab aku nampak ada seat kosong, tak larat. Jauh lagi perjalanan aku. Sekali bila aku dah nak sampai dekat seat tu, ada orang lain duduk. Cis.

Tiba-tiba ada sorang perempuan ni bangun sambil cakap pada aku "Sini, sini duduk". Aku pun apa lagi, sambil cakap terima kasih sambil duduk. Hah, legaaaaa. Bagus betul perempuan tu, nampak orang yang lebih memerlukan tempat duduk tu, terus dia bagi. Duduk lah aku sampai ke Stesen LRT Universiti. 

Jalan kaki

Bila dah sampai Stesen LRT Universiti, aku pun turun. Dari situ, aku jalan kaki naik bukit ke Kondo Pantai Panorama. Siapa yang duduk kawasan LRT Universiti tu mesti tau macam mana berbukitnya jalan-jalan menuju ke apartment Vista Angkasa, flat Kampung Kerinchi dan kondo Pantai Panorama tu. Tapi, aku gigih jugak nak jalan kaki sebab tak nak susahkan kakak aku untuk ambik aku. Dan aku pun nak jimat duit teksi. Dan aku jugak nak exercise jalan kaki. Hahahha.

Pukul 7 malam, baru aku sampai rumah family aku. Malam pulak, pukul 12 malam, housemate (read:suami aku) datang ambil aku dari rumah family balik ke Shah Alam lepas dia habis kerja. Fuh, penat tau satu hari ni. Sama macam korang yang penat baca esei panjang aku ni. Jadi, siapa yang dah baca penuh esei panjang aku ni, aku nak tanya 2 soalan:

  1. Apa karenah manusia yang korang selalu nampak dalam pengangkutan awam?
  2. Apa benda baru pasal aku yang korang dah tau dari entri kali ni yang sebelum ni aku tak pernah-pernah cerita dalam blog?  
Hehehehhe.
   

 

    

Post a Comment

0 Comments