Design Fresh Daripada Sembonia - Liberal Art of Geometry

Walaupun sebelum ni aku tak pakai handbag atau purse yang berunsurkan terlalu keperempuanan, aku tau yang brand Sembonia ni dulu design dia lebih kepada orang yang agak berumur. Tapi, baru-baru ni aku pergi ke Alamanda Putrajaya, aku nampak Sembonia tengah buat tour untuk mempromosikan campaign terbaru diaorang iaitu Liberal Art of Geometry.

Sembonia - Liberal Art of Geometry

Apa yang aku nampak, design-design baru Sembonia kali ni lebih fresh dan lebih ranggi dengan warna yang menyerlah serta rekaan yang lebih menarik.

Sembonia - Liberal Art of Geometry
Ini antara yang sempat aku ambil gambar. Bermotifkan burung helang, design ni nampak macam fierce je kan. Sesuai kalau nak tunjukkan korang punya keyakinan bila berjalan-jalan sama ada ke pejabat atau keluar berjalan-jalan.
  
Sembonia - Liberal Art of Geometry
Ini salah satu lagi koleksi Geometry yang ada. Koleksi Geometry yang ini bagi aku sesuai untuk wanita-wanita yang bekerjaya. Memang nampak elegan sangat design yang ni untuk menonjolkan kematangan korang.
Sembonia - Liberal Art of Geometry
Dalam koleksi Geometry kali ni, Sembonia menampilkan lebih banyak warna-warna fresh dan seksi - pink, kuning, hijau dan biru. Cuma pada hari yang aku pergi tu cuma ada warna kuning, hijau dan pink saja. Koleksi ni pada aku lebih sesuai untuk korang yang muda remaja sikit.

Sembonia - Liberal Art of Geometry

Yang merah dan kuning dekat belakang tu koleksi Tribal. Kalau pakai dengan baju kosong, serius memang cantik. Yang merah dekat depan ni koleksi yang agak lama sikit. Tapi, pada korang yang berani nak main dengan warna-warna merah macam ni, sesuai jugak untuk Hari Raya nanti.

Sembonia - Liberal Art of Geometry
Untuk korang yang gila handbag ke kasut ke, aku ada rahsia nak bagitau korang. Sekarang ni Sembonia tengah buat road tour tau. Jadi, dieorang akan singgah mana-mana shopping mall yang ada outlet Sembonia ni. Bila diaorang buat tour, diaorang akan buat satu IG kontest yang sangat berbaloi untuk korang semua.

Kontest 1:

Kira bilangan burung yang ada di atas kereta road tour Mini Cooper dengan tepat. Hantar borang pendaftaran sekali dengan jawapan dan korang akan dapat goodie bag Sembonia.

Kontest 2:

Ha, aku tunjuk demo lah guna gambar dekat bawah ni. Caranya mudah sangat. Ambil gambar selfie korang dengan kereta road tour mini cooper dan koleksi Liberal Art of Geometry. Lepas tu upload gambar korang ke Instagram atau Facebook dengan hashtag #OOTD #sembonia_style @sembonia

Sembonia - Liberal Art of Geometry
Harap-harap gambar dekat atas ni menang. Hahahaha. Tetibe.

Fadzi Razak Sembonia
Aku dah dapat dah wristlet Sembonia aku. Pertama kali aku pakai wallet yang macam ni. Perempuan sangat. Hahaha. 
 
Kalau korang nak maklumat lanjut lagi pasal Liberal Art of Geometry dan tour-tour yang akan Sembonia buat untuk masa akan datang ni, korang terjah je laman web dan Facebook diaorang.


Post a Comment

0 Comments