Hari Bayi Malaysia - Anda Tak Tahu Ianya Wujud Kan?

Pada hari Isnin 8 Jun 2015 yang lepas, aku dijemput untuk bersama-sama meraikan pelancaran Hari Bayi 2015 yang dianjurkan oleh Tollyjoy dengan kerjasama KPJ Damansara dan OrphanCARE Foundation. Hari Bayi ni tak lain dan tak bukan adalah untuk meraikan baby-baby kita semua :D

Tollyjoy Baby Day
Event Baby Day ni memang seronok dan berinformasi. Aku bersyukur sangat aku dapat pergi sebab macam-macam benda baru yang aku dapat belajar. Sedikit rugi sebab aku baru tahu lepas aku beranak.

Untuk pengetahuan korang, Tollyjoy Baby Day 2015 ini diadakan untuk meraikan bayi-bayi dan meraikan jugak peranan ibu bapa dalam membesarkan serta mendidik anak-anak mereka. Sebelum ni yang kita tau ada Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kanak-kanak dan ada jugak Hari Ibu Bapa, tapi tak ada Hari Bayi kan. Sedih lah baby-baby kita. Hakhakhak.

Event Tollyjoy Baby Day 2015 bermula dengan ucapan alu-aluan daripada CEO  Tollyjoy Corporation - Encik Tan Wee Keng. Brand Tollyjoy ni dah lama dah ada, dari tahun 1971 lagi. Tagline Tollyjoy "For the baby you love". Kalau korang nak tahu, Tollyjoy ni diasaskan di Singapura. Dan sekarang produk-produk Tollyjoy boleh dibeli di Aeon, Aeon Big, Tesco, The Store, Pacific dan Billion.

Lepas tu, ada jugak ucapan daripada Datin Elya Adnan iaitu pemegang amanah bagi OrphanCARE Foundation. Pernah dengar pasal Baby Hatch tak? Kalau korang nak tahu, OrphanCARE Foundation ni lah yang buat program Baby Hatch dekat Malaysia ni. Nanti aku cerita pasal Program Baby Hatches dalam entri yang lain.

Lepas tu pulak, kitaorang dengar satu talk yang sangat santai daripada Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, seorang Perunding Pediatrik dan Neonatologi di KPJ Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya. Daripada apa yang aku dengar dalam ceramah Dr Iqbal ni, aku rasa rugi sangat sebab tak tahu ilmu yang dia bagitahu tu awal-awal. Ceramah yang dia bagi pasal baby bonding. Serius rugi sangat aku tak tahu sebelum aku mengandung. Nanti aku kongsi jugak apa kandungan ceramah Dr Iqbal dalam entri yang lain sebab aku rasa ilmu ni sangat penting bagi parents dekat luar sana.

Lepas habis semua ucapan dan ceramah daripada panel tetamu, masa untuk pelancaran Hari Bayi 2015. Pelancaran Hari Bayi 2015 dirasmikan oleh CEO Tollyjoy, Encik Tan Wee Keng dan Pengerusi OrphanCARE Foundation, YB Tan Sri Faizah Mohd Tahir. Pelancaran ni simple je, just guna handshake. Lepas tu tiba-tiba ada bunyi pop confetti. Terkejut aku. Hahahha.

Antara booth yang ada pada majlis pelancaran Hari Baby 2015. Dekorasi pada event Tollujoy ni ikut tema biru merah.

Baby Dress Up Station masa event Baby Day 2015 tu. Rupa-rupanya banyak lagi produk Tollyjoy hasilkan. Selama ni yang aku tahu baby wipes je sebab aku memang pakai baby wipes Tollyjoy  kalau aku keluar bawa Aneeq.

Tollyjoy ada hasilkan pakaian kanak-kanak dan bayi lelaki serta perempuan. Tak lupa jugak kasut-kasut yang comel-comel tu. Tunggu lah Aneeq dah besar sikit, baru aku nak carikan dia kasut-kasut cantik. Mak mak sangat aku ni kan?

Yang paling aku teruja, Tollyjoy jugak ada produk macam breastpump, botol simpan susu, cooler bag, nursing pillow, nursing pad, bottle warmer dan banyak lagi. 

Sempena dengan pelancaran Hari Bayi Tollyjoy 2015 ni, Tollyjoy juga melancarkan Facebook Page "Tollyjoy Malaysia". Kalau korang nak tahu apa-apa tentang Tollyjoy, korang boleh usha Facebook Tollyjoy Malaysia dekat SINI -> Facebook Tollyjoy Malaysia.

Tunggu entri Ceramah Baby Bonding Dr Iqbal dan OrphanCARE Foundation Baby Hatches Program okay?





Post a Comment

2 Comments

  1. Anonymous09 July, 2015

    bestnya..teringin nak join event2 camni. macamna ye caranya sis ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi farhain, nanti saya akan buat satu post untuk jawab soalan ni. thanks sudi singgah :)

      Delete