ROA By Jovian Mandagie Shah Alam Hanya Sekadar Nama?

Bagi korang yang tak kenal aku, aku ni kaki makan. Walaupun weekedays seboleh-bolehnya aku akan masak even bekalkan makanan untuk suami waktu ke kerja, tapi weekend biasanya kiteorang akan cari tempat makan yang best-best dekat luar. Daannnn, setiap kedai makan yang aku pergi, aku laki bini mesti akan discuss pasal makanan yang kiteorang order sama ada sedap atau tak, berbaloi atau tak, menyesal datang atau tak, sumpah tak nak datang dah ke tak.  Senang cerita aku dengan laki aku ni kaki kritik makanan tanpa hati dan perasaan. Hahahhaha.


So, baru-baru ni aku ada pergi ke restoran ROA By Jovian Mandagie yang terletak di Shah Alam. Kalau korang tak tahu, Jovian Mandagie ni pereka fesyen sebenarnya. Aku dah 2 3 kali lalu lalang depan restoran dia. Nampak macam kedai mahal, so tangguh lah dulu sampai cukup kumpul duit untuk pergi makan dekat situ.

Satu hari, aku, Zul dan Aneeq pergi lah nak makan dekat situ. Waktu tu waktu lunch. Baru je bukak. Orang pun tak ramai lagi. Jadi, aku pilih lah tempat yang dalam sikit supaya tak panas sangat sebab ada baby Aneeq. 

ROA By Jovian Mandagie Shah Alam

Nasi Goreng ROA  Set - RM15.90
Bila sampai je makanan ni depan aku, perkara pertama aku nampak portion ayam dia. Kau biar betul bagi customer makan ayam besar tu je. Tak masuk akal betul. Presentation wise, okay lah cuma tak cukup hijau. I would prefer my plate has daun salad sikit. Baru nampak cantik. Nasi goreng dia tak pedas sangat dan dicampur dengan serunding. Agak rare lah tak pernah aku makan macam tu kecuali time aku sengkek gila. Hahahhaa.


ROA By Jovian Mandagie Shah Alam

Coffee Ice - RM8.00
Yang ni aku rasa macam sedih jugak lah. Kopi ais sampai harga RM8.00. Hmmm. Masa aku tengok menu memang ada harga. Tengok RM8.00. This must be awesome rasa dia. Pada fikiran aku lah waktu tu. Sekali bila sampai, aku minum, rasa dia macam air kopi yang aku selalu minum dekat kampung. I is sad. Nothing rare atau awesome lah pasal kopi ni. It's just normal kopi ais.



ROA By Jovian Mandagie Shah Alam


Nasi Goreng Ayam Mentega - RM15.90
Ini pun sama. Sampai-sampai je, aku tengok portion ayam dia. Sungguh menyedihkan. Haaaa. Ini menu Zul. Dia kata ayam yang dia dapat agak keras. Yang lain-lain dia kata okay je. Tapi aku tetap tak puas hati dengan portion ayam tu. Hahahaha.



ROA By Jovian Mandagie Shah Alam


Melon Juice - RM9.00
Ini air Zul. Aku ada rasa jugak sikit. Boleh tahan jugak pekat dia. Tapi mungkin sebab aku tak suka minum air melon, jadi aku tak boleh nak komen banyak-banyak lah. Yang korang kena tahu, air ni rasa melon yang boleh tahan lah pekat dia.


Apa yang aku suka dengan restoran ni:
  • Deco memang of course cantik. Orang kate hipster? Hahahaha, kalau tempat nama besar macam ni deco sengkek, tak hipster lah. Deco cantik baru ramai datang nak ambil gambar lebih kan?
  • Susunan meja ikut kawasan. Tak silap aku ada 4 jenis tempat duduk kot. Rugi pulak aku tak ambil gambar setting tempat duduk dieorang. Nampak lebih tersusun dan eksklusif sikit.
  • Staf dieorang friendly, sentiasa senyum.
  • Service dieorang okay. Hantar makanan tak lambat, tak cepat sangat.

Apa yang aku kecewa sangat dengan restoran ni:
  • Portion ayam dia alahai kecik nak mampuih. Tak padan lah dengan nama besar Jovian Mandagie ni? Are you kidding me? Agak-agak lah nak bagi ayam saiz potong 20 ni! Ha, aku pakai bantai je potong berapa tu tapi memang kecik gila la. 
  • Makanan terlalu pricey untuk value makanan yang dihidangkan. Mahal sebab branding kot. 
  • Waktu aku makan tu, ada dua ekor lalat asyik terbang dekat kiteorang. Aku stress betul. Dah lah kena makan gilir-gilir sebab nak pegang Aneeq. Datang pulak lalat durjana ni. Sebelum tu aku dah panas dengan portion ayam tak masuk akal tu. Memang panas hati sungguh aku. 


ROA By Jovian Mandagie Shah Alam
 
Overall, aku tak berapa puas hati. Possibility untuk aku datang ke sini berbayar memang tak dah lah. Unless ada orang nak belanja aku tak dak hal. Tapi, aku rasa kalau bayar sendiri memang tak padan dengan value makanan dengan apa yang aku dapat makan.

Sebelum balik, sempatlah kiranya aku paksa Zul ambil gambar aku dengan Aneeq dekat tempat hipster dalam ruangan restoran ROA by Jovian Mandagie menandakan aku pernah makan dekat sini. Dan mungkin tak kan masuk sini lagi kalau pergi sendiri bayar. Keh keh keh. 

Post a Comment

10 Comments

  1. Mieza ada makan kat sana sekali and kat branch Bangsar sekali. Memang agak pricey pastu lauk dia dah sejuk, ayam dah keras. Sedih la sebab tak semua yg kita order tu freshly cooked. Mieza suka lauk ayam dia apa nama ntah pedas jugak tapi dah masak awal, letak dalam tray. dia cedok je bila org order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya ingatkan saya je yang kena. Rupanya mieza pun kena jugak eh. Hmmm, mungkin patutnya saya terus komen waktu dekat cafe tu hari tu

      Delete
  2. my SIL pon ada jugak datang sini.. dia pon kata portion kecik..time tu pikir sebab family belah asben ni hantu makan.. makan sikit memang akan bertambah..haa..pikir gitu laa..wakakkakaa..memang betul2 kecik laa nie ekk..adehh.. ritu pegi spa kat depan kedai dia je.. x teringin lagi nak pegi makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak mencuba boleh la nak pergi yoorin. Tapi kalau nak makan banyak-banyak kali, mungkin tak kot.

      Delete
  3. Dah lama tak makan luar... Sejak lpas raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekdays dah selalu masak. so weekend biasanya kiteorang memang pergi keluar cari makan luar pulak. maria keluar la sekali sekala makan luar. boleh jalan-jalan sekali :D

      Delete
  4. beb..baru nak pergi try sebab ada voucher ini kan.
    Hurmm...tengok lah kalu nak pergi hahah

    kolin zainal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak kolin, boleh je nak gi try. Ade voucher tu rasa berbaloi sikit hehehe

      Delete
  5. patutnya..restoran gah..nama pun best..servis or kualiti makanan kena la superb setanding dengan ambience kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebenarnya lebih kepada nama je kot

      Delete