Senarai Blog Yang Buat Kontest Pengomen Terbanyak

Hari ni aku nak ajar korang cara nak dapatkan duit atau barang-barang percuma sambil online. Daripada korang online tak ada faedah, apa kata korang buat apa yang aku share dengan korang ni. Selain dapat ilmu atau up to date dengan isu semasa, korang jugak berpeluang untuk dapat duit dan barang percuma. Seronok kan? 

Kontest Pengomen Terbanyak

Kalau korang nak tau, ramai je blogger-blogger Malaysia yang rajin buat Kontest Pengomen Terbanyak Setiap Bulan. Tujuan diaorang tak lain dan tak bukan untuk dapatkan lebih banyak views. Tapi dalam masa yang sama, dieorang pun nak menghargai pembaca-pembaca yang rajin komen blog dieorang dengan bagi sedikit hadiah. Ada jugak yang nak dapatkan rapatkan atau nak berkenalan antara blogger dan pembaca. So, win win situation lah kan? Blogger dapat banyak views dan pembaca berpeluang menang macam-macam hadiah. So, hari ni aku nak share dengan korang antara blogger yang ada buat Kontest Pengimen Terbaik Bulanan.

Senarai Blog Yang Buat Kontest Pengomen Terbanyak

1. Illy Ariffin 

Melalui Kak Illy ni, pernah jugak aku menang hadiah terutamanya hadiah barang baby. Hehehhe. Blog Kak Illy ni memang best sangat sebab Kak Illy banyak buat review pasal produk. Ada produk kosmetik, produk baby dan ada jugak makanan! Selain daripada Kontest Pengomen Terbanyak Bulanan, Kak Illy pun selalu jugak buat giveaway macam-macam produk. Memang berbaloi kalau korang follow blog ni. Untuk Kontest Pengomen Terbanyak Bulanan anjuran Kak Illy, korang berpeluang untuk menang RM100 setiap bulan!

2. Hazman Fadzil 

Nah ni pulak, blogger kaki makan kita. Tiap-tiap bulan mesti akan diadakan Contest Komen Blog HazmanFadzil.com. Blog ni pun aku suka pergi jengah sebab banyak entri pasal makanan yang best-best. Kadang-kadang kalau aku tak ada idea nak pergi makan dekat mana, aku tengok lah blog ni untuk cari tempat-tempat makanan yang menarik nak cuba. Aku ni kuat makan. Hehehhe. Okay, untuk Contest Komen Blog HazmanFadzil.com, korang berpeluang untuk menang hadiah RM50 untuk pengomen terbanyak, RM30 untuk pengomen kedua terbanyak dan RM20 untuk pengomen ketiga terbanyak. Dan kontest ni berjalan setiap bulan!

3. Suria Amanda 

Kak Suria ni first time aku jumpe dekat event Fish & Co. tahun 2014. Itu jugak first food review yang aku dijemput. Huhuh. Okay, blog Kak Suria ni blog personal. So, macam-macam entri yang Kak Suria cerita. Aku paling suka kalau Kak Suria cerita pasal anak dia Dania. Kak Suria akan buat Kontest Top Komentator setiap bulan dan 3 orang top komentator akan berpeluang untuk menang hadiah misteri. Hadiah yang Kak Suria sediakan memang macam-macam. Kak Suria pernah bagi hadiah jam IKEA,  produk Sophie Paris, voucher membeli belah dan jugak handbag! Rugi sapa tak join.

4. Azlinda Alin 

Kak lin pulak aku kenal tahun 2015 masa event Sembonia. Kak Lin ni memang power sebab dia tengah breastfeed dua anak sekaligus. Dah lah tengah berkerja pulak tu. Memang respek. Dalam blog Kak Lin banyak dia tulis pasal parenting stuff. So, kalau korang ni parents yang nak dapatkan banyak info pasal parenting, boleh lah baca blog Kak Lin ni. Kak Lin jugak akan anjurkan Kontest Top Komentator setiap bulan. Top 3 Pengomen akan menang hadiah misteri setiap sorang. Tak rugi pun kalau korang pergi join kontest ni. Sambil dapat ilmu baru, sambil dapat hadiah. Siapa tak suka kan?

5. Azhafizah 

Ini update terbaru pasal blogger yang buat Kontest Top Komenter. Ini pun aku dapat tau daripada blogger Yang Baik dan Normi Nieza. Aku selalu jugak jenguk ke blog Fiza sebab aku suka tengok design yang dia buat. Tapi aku tak perasan pulak yang Fiza pun ada buat Kontest Top Komenter. Fiza kumpul top komenter untuk 2 bulan sekali. So, setiap 2 bulan sekali akan ada 3 orang pemenang untuk Top Komenter Blog Azhafizah. Oh, Fiza ni jugak ambil upah design. So, Kalau korang nak tempah untuk buat design apa-apa pun, korang kontek je Fiza ni. 

Kontest Pengomen Terbanyak

Setakat ni aku cuma dapat tau 5 orang blogger je yang buat Kontest Pengomen Terbanyak Bulanan berserta dengan hadiah secara konsisten setiap bulan. Korang blogger yang buat kontest macam ni jugak? Kalau ye, cuba korang komen sikit link blog korang dekat sini. Nanti aku masuk kan dalam list ni sekali. Senang lah orang nak blogwalk dan tinggalkan komen dekat korang punya blog. 



Post a Comment

33 Comments

  1. pernah dapt sekali je...dari qaseh abadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah join kontest blogger ni pulak. mana tau rezeki :)

      Delete
  2. blog sihatimerah jambu?hehe

    ReplyDelete
  3. Bagus buat nacam ni kan.. Tarik org dtg blog kita..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh betul tu. saya pn macam nak buat jugak tapi tunggu nanti lah, banyak bend anak kene setel sekarang :)

      Delete
  4. Aku tak pernah menang contest dari blog. sedeh kan. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha kilah. kene cuba banyak kali and tengok rezeki :D

      Delete
  5. Kalau ada masa boleh terjah komen banyak2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go go go insyaAllah ada reeki, dapat lah sesuatu :D

      Delete
  6. wah...ni semua memerlukan komitmen ni
    apapun nice sharing
    manalah tahu ada rezeki kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komitmen kene tinggi huhuhu. insyaAllah boleh cuba :D

      Delete
  7. ok nak follow blog kak illy..thanx fadzi atas info :)

    ReplyDelete
  8. Waahhhh... leh kayaa la lepass niii... thankyou awk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha boleh cuba. Ada rezeki dapat insyaAllah

      Delete
  9. info ni memang best..thanks sebab share ...

    ReplyDelete
  10. Terbaik list nieh...aku baru tanya2 kawan2 ak kt group

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lengkap lagi ni. ada yang terlepas pandang :D

      Delete
  11. Tq my dear...muahciked; )

    ReplyDelete
  12. Ramai nak menang hadiah ni hehehe... nak buat juga lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha mahamahu, kalau dah buat nanti inform. Nanti saya update list :D

      Delete
  13. Blogger Jari Manis pun suka jugak bagi hadiah kat pengomen tegar blog dia.
    Cuma Mrs. A ni bukan kategori mana-mana muuuaahhaaaaaaa

    ReplyDelete
  14. terima kasih sudi share and mention my humble blog :) arigato~! <3

    ReplyDelete
  15. Senang bisa berkunjung di blog Anda. trims.

    Buruan Gabung Sekarang Juga dan Dapatkan Bonus Hingga Jutaan Rupiah disetiap Harinya Hanya di judi poker

    ReplyDelete