10 Kafe Mesra Kanak-kanak DI Selangor dan KL

10 Kafe Mesra Kanak-kanak DI Selangor dan KL | Sekarang Aneeq dah nak masuk 11 bulan. Dan semakin dia besar, semakin susah nak duduk diam nak nak lagi kalau kiteorang pergi makan luar. Tapi hari tu aku pernah pergi makan dekat satu cafe di Shah Alam yang mesra kanak-kanak. Aku kagum gila jadi aku pun cari lagi mana kedai makan yang mesra kanak-kanak dan nah, untuk korang 10 Kafe Mesra Kanak-kanak DI Selangor dan KL.

10 Kafe Mesra Kanak-kanak DI Selangor dan KL


Goodness Greens Cafe, Taman Tun Dr Ismail
1. Goodness Greens Cafe, Taman Tun Dr Ismail
Kafe ni rupa-rupanya La Juiceria punya kalau tak silap. Anak-anak korang boleh menikmati jus-jus berwarna-warni mereka di sudut permainan yang disediakan. Aktiviti seni untuk kanak-kanak juga diadakan di kafe ini.

Rimba & Rusa, Kota Damansara
2. Rimba & Rusa, Kota Damansara
Sementara korang semua makan dekat tingkat bawah, anak-anak korang boleh bermain sepuas hati di sudut mainan yang disediakan di tingkat atas. Tak adalah kena kacau dengan anak-anak masa korang dating kan.
 

Sköhns Canteen, Damansara Perdana
3. Sköhns Canteen, Damansara Perdana
Lokasi sudut permainan yang bersebelahan dengan meja-meja makan di kafe yang kasual dan ceria ini memudahkan korang untuk mengawasi anak-anak korang setiap masa. Tak la risau anak hilang kan.

Big Daddy Little Chefs, Quill City Mall
4. Big Daddy Little Chefs, Quill City Mall
Kafe ini merupakan sebahagian daripada outlet Happikiddo, jadi sementara menjamu selera, korang boleh juga boleh membeli-belah barang-barang keperluan untuk anak-anak. Hadoi, botak-botak. Hahahha.

Kopimeo, Shah Alam
5. Kopimeo, Shah Alam
Kafe hipster yang bertempat di Seksyen 9, Shah Alam ini memberikan penyelesaian terbaik kepada korang yang nak bersantai sambil menghirup secawan latte: bawa anak-anak korang sekali dan biar dieorang bermain di sudut permainan yang disediakan. Setel! 


Noriter, 1 Mont Kiara Mall
6. Noriter, 1 Mont Kiara Mall
Kawasan permainannya lengkap dengan pelbagai mainan dan buku-buku yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mempunyai elemen pembelajaran. Belajar sambil bermain, okay lah kan?

Benbino, Publika
7. Benbino, Publika
Keselamatan menjadi keutamaan di kafe ini dan dapat dilihat melalui taman permainan yang direka khas dan meja makan tinggi supaya korang dapat memerhati anak-anak korang sentiasa. Jangan gelojoh tengok makanan je tau.

Plaster Fun House Cafe, Empire Shopping Gallery
8. Plaster Fun House Cafe, Empire Shopping Gallery
Korang yang ingin memupuk semangat artistik dalam anak-anak korang bolehlah mengunjungi kafe ini, di mana dieorang boleh mengecat figurine kesukaan diaorang. Design yang disediakan di Plaster Fun House bukan sahaja dikhaskan untuk kanak-kanak, malah ada juga yang pasti menarik minat golongan dewasa.

Johnny Rockets, Sunway Pyramid
9. Johnny Rockets, Sunway Pyramid 
Naik ke tingkat dua untuk mencuba pelbagai permainan arcade yang disediakan, termasuk foosball dan table hockey. Pelayan-pelayan Johnny Rockets yang menari dan menyanyi setiap jam juga pasti menghibur hati si kecil! Aku pun pernah makan dekat Johnny Rockets dan tengok performance diaorang. Fun!

Marmalade Cafe, Bangsar Village 2 & Publika
10. Marmalade Cafe, Bangsar Village 2 & Publika
Kafe ini memberikan kanak-kanak pilihan untuk bermain sepuas hati di taman permainan dalam restoran dan juga di luar di Publika. Pelbagai aktiviti menarik juga kerap disediakan untuk hiburan kanak-kanak, termasuk sesi story-telling. Golongan ibu juga boleh menyusu dengan selesa di kafe yang menggalakkan breastfeeding ini. Wow, ini kena pergi!

Sikit lagi Aneeq dah boleh berjalan berlari semua, hmm hmmm aku akan tinggalkan dia dekat cafe-cafe di atas ni. Miahahhhahaha. Oh, indahnya hidup ku~~


Post a Comment

9 Comments

  1. wah..cantik...ini bagus...sambil² makan...
    anak² boleh main...:)

    ReplyDelete
  2. nice cafe... sesuai sgt bw anak2 ni... x mau kuar dah bila msuk sini... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe seronok bila ada cafe yang concern pasal mak bapak yang ada anak-anak kecil ni

      Delete
  3. yeyy..quill city ada, huhuu

    ReplyDelete
  4. Menarik...selalu kt klinik dorang sediakan sudut utk anak2 main. Supaya anak2 suka pergi klinik. Tempat makan jarang jumpa yg mcm ni. Baguslah skrg dh ade inisiatif begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorang nak senangkan mak bapak. Plus advantage bagi dieorang sebab boleh attract lagi banyak pelanggan

      Delete