Ada Masalah Family Planning, Penyakit Bahagian Intim Wanita Atau Menopaus? Anda Kena baca Ini.

Lepas bersalinkan anak pertama, aku dan suami bercadang untuk bagi masa dalam 2 hingga 5 tahun lagi untuk cuba dapatkan anak lagi. Ye la kan, masing-masing pun first time dapat anak. Sebelum ni pun kiteorang tak pernah layan budak-budak kecil lagi. Jadinya, aku rasa penting untuk kiteorang buat family planning supaya kiteorang boleh pastikan diri kiteorang ni cukup bagus untuk jaga Aneeq. Dan, baru-baru ni aku berkesempatan untuk pergi ke satu majlis perasmian produk berkaitan dengan birth control, penyakit bahagian dalaman wanita dan juga menopaus anjuran Exeltis.


Kebanyakan yang datang ke majlis perasmian produk Exeltis tu adalah doktor dan ahli farmasi. Jadi aku salah seorang yang dikira bertuahlah sebab dapat join event tu. Yang bestnya, event tu memang santai dan doktor-doktor serta ahli-ahli farmasi tu memang sempoi je buat aktiviti dekat situ. Pagi-pagi lagi aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada organisasi Exeltis.  


Semasa pendaftaran dan kehadiran doktor-doktor dan ahli-ahli farmasi.

Exeltis

Exeltis ini adalah sebuah organisasi global yang beroperasi melalui rangkaian lebih daripada 30 anak syarikat dan mempunyai kepakaran hampir 4000 professional merentasi lebih 40 buah negara. Exeltis ini menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk setiap sudut dunia. 

Exeltis ini asalnya dari Madrid, Sepanyol dan specialty mereka adalah dalam bidang farmseutikal terutamanya untuk kesihatan dan keutamaan lain seperti pernafasan, dermatologi dan endoktrinologi wanita.


Antara doktor-doktor dan ahli-ahli farmasi yang hadir sedang kusyuk mendengar talk tentang ilmu kesihatan. 

Selain daripada aktiviti-aktiviti santai macam ni, ada juga ilmu-ilmu pasal kesihatan wanita yang disampaikan oleh doktor yang bertauliah. Antara ilmu kesihatan yang diberikan pada hari itu adalah tentang kontraseptif.

Apa Itu Contraception/Kontraseptif?

Kontraseptif adalah satu langkah pencegahan kehamilan secara sukarela. Ada macam-macam kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor contohnya tahap kesihatan wanita, umur, kekerapan melakukan hubungan seks dan kehendak suami isteri untuk mendapatkan anak. Kebiasaannya pasangan suami isteri yang mengamalkan kontraseptif ni tujuannya untuk buat family planning atau birth control. 

Mock up perasmian Neo Penotran, salah satu produk keluaran Exeltis yang khusus untuk merawat pelbagai penyakit berjangkit bahagian dalaman wanita. 

Produk Rangkaian Exeltis

Exeltis, salah satu syarikat pharmaceutical di Malaysia ada mengeluarkan beberapa produk untuk birth control seperti Liza, Liz, Lizelle, Cybelle dan Minipil20. Untuk rawatan penyakit berjangkit bahagian dalaman wanita  pula mereka ada mengeluarkan Neo Penotran dan juga ubatan untuk wanita menopaus seperti Tiboleen berdasarkan keperluan mereka. Exeltis ada mengeluarkan beberapa produk untuk kaedah kontraseptif, rawatan penyakit berjangkit bahagian dalaman wanita dan juga produk untuk masalah menopaus. 
  
Kalau korang ada perancangan untuk buat family planning atau birth control atau mungkin ada masalah bahagian dalaman wanita atau mungkin jugak yang sedang mengalami menopaus, korang boleh cuba produk-produk keluaran Exelties ni. Selain daripada boleh dapatkan produk diaorang, korang juga boleh cuba dapatkan consultation berkenaan penggunaan produk-produk mereka melalui laman web dan alamat di bawah.

Exeltis
Exeltis Pharma Sdn Bhd (1025614-U)
S-12A-5, South Tower, First Subang, 
Jalan SS15/4G, Subang Jaya, 
47500 Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia
Tel: +603 56130599 
Fax: +603 56130699

Walaupun event yang aku pergi tu lebih kepada bidang perubatan tapi aku tak rasa sikit pun bosan atau tak faham sebab event tu dieorang buat santai sangat. Lepas talk pasal perubatan wanita dan kontraseptif, mereka ada buat aktiviti yang fun untuk tetamu yang datang. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari itu adalah  yoga dan mini fun fairs.


Aktiviti yoga yang diadakan bertujuan untuk mengetatkan bahagian dalaman wanita. Hahaha. kelakar sangat sebab tetamu lelaki pun join sekali buat. 








Ini pulak gambar-gambar semasa aktiviti Fun-Fairs. Motif aktitviti Fun-fairs ini adalah untuk memberi pemahaman yang lebih baik tentang kontraseptif, untuk memperkenalkan rangkaian produk yang dikeluarkan oleh Exeltis, untuk memberi pemahaman tentang family planning dan untuk mendedahkan kebaikan penggunaan IUCD.



Bersama salah seorang panel ahli farmasi daripada Exeltis, Kok Li Ching. Dia yang banyak jawab macam-macam persoalan aku pasal rangkaian produk daripada Exeltis dan juga masalah-masalah penyakit wanita. 

Memang banyak ilmu yang aku dapat masa majlis pelancaran produk Neo Penotran pada hari tu. Nasihat aku, kalau korang ada peluang untuk join event ilmu perubatan macam ni, pergi lah. Memang banyak ilmu yang korang akan dapat nanti. 


Nak tahu lebih lanjut pasal Exeltis? Boleh klik logo Exeltis di bawah.






Post a Comment

5 Comments

  1. will take note of this in future. thank you for sharing this! :D

    ReplyDelete
  2. woo great product will let my mum know about it!

    ReplyDelete
  3. Cheers to the share dear- will take note of this :)

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. My mum constantly go check up one. So, I am aware of the problem. Thanks ya.

    ReplyDelete