Sabtu lepas aku sempat join satu event iaitu Majlis Memorandum Equal Herbs Sdn Bhd Bersama Duta Maria Miracle terbaru iaitu Hafidz Roshdi atau pun lebih dikenali sebagai Harraz Naufal. Ingat lagi tak cerita Tundukkan Playboy Itu?
Hafidz Roshi Duta Produk Makanan Tambahan Untuk Kecantikan
Untuk pengetahuan korang semua, Maria Miracle ni adalah makanan tambahan untuk kecantikan yang baru je masuk pasaran Malaysia bulan September 2015 lepas. Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd dan juga pengasas kepada Maria Miracle, Maria Hasmin Marzuki nak bawak sikit kelainan dengan mengambil Hafidz Roshdi sebagai duta. Kan biasanya produk kecantikan macam ni selalu duta dia perempuan kan. Kali ni memang lain lah sebab duta dia lelaki! Lagipun, beliau memilih Hafidz jadi duta produknya sebab dia yakin Hafidz ni boleh jadi role model kepada golongan muda. Nak tau sebab apa? Sebab masa berlakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz ni tak pernah tinggal solat.
Majlis Memorandum tu dimulakan dengan persembahan gimik daripada kumpulan Nico G. Dah lama aku tak dengar dieorang nyanyi lagu Inilah Nasibku. Aku pun terjoin lah miming sekali.
Lepas tu barulah majlis tandatangan memorandum antara Hafidz Roshdi dengan pihak pengurusan Equal herbs Sdn Bhd sebagai duta Maria Mircale. Untung Hafidz Roshdi. Ini lah yang orang cakap rezeki lepas berkahwin. Korang yang mulut nakal-nakal kutuk Hafidz dengan wife dia dapat apa? Dapat dosa je. Dia dapat murah rezeki. Hohoho.
Kanan Pengarah Urusan dan juga Pengasas Maria Miracle, Puan Maria Hasmin Marzuki
Penyerahan Memorandum Equal Herbs Sdn Bhd Bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Antara media-media dan blogger yang datang pada majlis memorandum tersebut
Kata Hafidz, sebelum setuju nak jadi duta Maria Miracle, dia sendiri dah cuba dulu produk ni. Bila rasa Maria Miracle ni sesuai dengan dia, baru dia setuju jadi duta. Hafidz akan jadi duta bagi Maria Miracle dalam masa setahun ini.
Macam tak percaya kan bila lelaki yang diangkat sebagai duta produk kecantikan? Tapi jangan memain, sekarang ni dah ramai lelaki yang pandai jaga penampilan diri dan kesihatan dalaman badan. Baru lah nampak segar, sihat dan kacak kan?
Maria Miracle Makanan Tambahan Untuk Kecantikan
Maria Miracle adalah sejenis serbuk kolagen yang mengandungi ekstrak strawberi. Antara kandungan dalam Maria miracle adalah L-Cysteine, Asthaxanthin, Asid Askorbik dan L-Arginine. bahan-bahan ini mampu membantu pencerahan sekata pada keseluruhan kulit dan juga membantu mengatasi masalah kulit kusam.
Maria Miracle ini selamat untuk diambil, dijamin HALAL dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Gambar Sekitar Majlis
Aku bab-bab nak ambil gambar dengan artis ni nak nak lagi artis lelaki, segan sikit. Jadi aku ambil gambar beramai-ramai lah. Ada jugak lah kiranya kan?
Gambar sopan blogger dengan Hafidz Roshdi dan Puan Maria Hasmin Marzuki
Gambar kurang sopan blogger dengan Hafidz Roshdi dan Puan Maria Hasmin Marzuki. Korang tengok Sally dengan Kak Kolin tu, beria betul lebar senyum.
Ini antara peminat-peminat Hafidz Roshdi dari fan club dia yang datang untuk meet and greet session. Gigih betul dieorang ni kan.
Event ni diadakan dekat The Garage KL ayng terletak di Ampang. Serius tempat ni awesome gila sebab macam dekat bengkel je rasa. Rare lah kiranya.
Aku biasalah, datang event je melahap dulu. Aku dan makanan berpisah tiada. Samosa, popia, mushroom sup dan fruit tart tu sedap. Yang lain okay je lah kot.
Dalam entri aku, mestilah nak promote anak sendiri. Mana tau ada penerbit drama mana-mana terbaca blog aku ni tengok eh eh fotogediknya anak blogger ni. Meh nak ambik jadi pelakon. Bahahahhaha. Berangan mak Aneeq.
Anyway, tahniah kepada Hafidz Roshdi sebab bertambah rezeki jadi duta makanan tambahan Maria Miracle. Korang ramai-ramai jom dapat kan produk Maria miracle ni. Aku pun dah dapatkan satu. Nanti aku buat review sedap ke tak, berkesan ke tak dan berbaloi ke tak.
13 Comments
wahh, rezeki haraz.. hehe
ReplyDeleteI am actually not familiar with him but congrats to him for becoming the brand ambassador. It is definitely important to get a good role model as brand ambassadors
ReplyDeletegood event!!can be a ambassador is must be talented .
ReplyDeletexpernah dengar product ni, but everyone deserves the right to be more beauty no matter boy or girl :)
ReplyDeleteJom consume Maria Miracle
ReplyDeletenice event, your son is really really a cutie though, i'm sure will be a star one day
ReplyDeleteI don't understand Malay but the event and photos are cool.
ReplyDeletebagus ni dapat jadi duta. hehehe. :)
ReplyDeleteGreat that u enjoyed the event so much! I have never heard of this product or brand tho.
ReplyDeletelepas ni makin meletoppps la muka mak Aneeq lepas makan kologen, kalah Hafidz lepas tu Aneeq boleh jd pelakon! LOL tak nampak kaitan! hahahaha
ReplyDeletethis product is a little stranger to me.
ReplyDeletecomelnya anak awak ~ Tahniah Hafidz menjadi duta produk ! =D
ReplyDeleteSemakin masyuk la si hafidz ni sejak berumahtangga
ReplyDelete