Resepi Soya Yeo's Milk Shake

InsyaAllah lebih kurang seminggu lagi kita akan mula berpuasa. Ramadan tahun ni aku rasa agak mencabar sebab first time aku akan berpuasa sambil jaga dan breastfeed Aneeq yang bertuah ini. Aku sebenarnya bila berbuka, aku tak suka makan makanan yang berat-berat sangat. Cukup buah-buahan, kuih atau minuman bersusu dulu. Lepas solat baru boleh nak makan berat-berat. Jadi, aku rasa untuk berbuka nanti, aku nak berbuka dengan minuman yang memberi tenaga kepada aku contohnya macam resepi yang aku nak cuba ni iaitu Soya Yeo's Milk Shake

Soya Yeo's Milk Shake


Resepi Soya Yeo's Milk Shake

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan air soya Yeo's (kurangkan kalau nak milk shake yang lebih pekat)
  • 4 cawan ais krim vanila
  • 1 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara buat Soya Yeo's Milk Shake:
  1. Masukkan 3 cawan air soya Yeo's, 4 cawan ais krim vanila dan 1 sudu besar gula ke dalam blender 
  2. Blend hingga sebati dan smooth
  3. Masukkan ke dalam cawan

Resepi Soya Yeo's Milk Shake

Dah siap untuk dinikmati. Tapi aku lagi suka lepas blend tu, letak sekejap dalam peti ais bahagian sejuk beku. Lagi nikmat. Tapi kalau korang nak minum terus pun, tak dek hal. Boleh je. 

Resepi Menggunakan Air Minuman Soya Yeo's

Kalau korang perasan, dalam resepi ni aku ada gunakan air minuman Soya Yeo's. Mesti tertanya-tanya kenapa kan? Sebab aku nak bagi milk shake aku ni rasa berlemak sikit dan kelainan sikit. Kalau biasa orang pakai susu biasa je kan. Kali ni kite tukar selera lah sikit. 


Resepi Soya Yeo's Milk Shake

Yang paling aku berkenan dengan air minuman Soy Yeo's ni sebab dia dihasilkan daripada 100% non-GMO (genetically modified organisms), rendah lemak, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan bebas kolesterol. Almaklumlah dah nak cecah umur 30an, kena lah jaga kesihatan diri kan. Dan yang penting, air soya Yeo's ni ada pengesahan HALAL daripada JAKIM. 


Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

Dalam bulan Ramadan ni lah aku rasa lebih banyak kita buat amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan, betul tak? Aku pun rasa macam tu jugak. Brand Yeo's pun sama juga. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

 Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

Dalam kempen ini nanti, Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie akan berusaha untuk mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000

Korang sokong artis mana untuk kempen ni? Aku mesti lah sokong si cantik manis Heliza sebab dia pegang kotak Soya Yeo's. Hehhehe.

Nak tahu lebih lanjut pasal Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua dan cara nak menang duit raya ni? Layari saja www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.

Jangan lupa cuba resepi di atas ni dan selamat berpuasa!

Post a Comment

11 Comments

  1. singgah

    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. nampak menyelerakan..hehe

    ReplyDelete
  3. gotta try this hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Nanti Nani nak try jugaklah buat. Hiks :)

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya
    mesti cuba nie :)

    ReplyDelete
  6. Nak buat jugaklah nanti..:D

    ReplyDelete
  7. I suka drink soya yeos... Nampak sedap nak try!

    ReplyDelete
  8. menarik.. nak cuba jugak nanti..:D

    ReplyDelete
  9. Nice, I think I want to try this la. Never try soya milk shake before.

    ReplyDelete
  10. Sambil menikmati kelazatan Yeo's sambil menderma, mana tahu menang hadiah pula

    ReplyDelete