Beli Barang China Murah Di EZBUY

Pernah tak dengar ada orang buat trip ramai-ramai ke China sebab nak beli barang secara borong dari China dengan harga yang murah lepas tu jual balik dekat Malaysia. Kalau tengok kan, barang-barang dekat China memang banyak yang murah-murah sebab dieorang dekat sana banyak produce barang secara besar-besaran. Sebab tu boleh beli dengan harga yang murah. Tapi, kita ni nak pergi ke China, satu hal lah pulak kan. Jangan risau, aku ada satu cara untuk beli barang China dengan harga yang murah di hujung jari korang je.

Beli Barang China Murah

Ezbuy ni sebenarnya adalah agen untuk Taobao di Malaysia. Taobao tu adalah satu online website untuk beli barang-barang China tapi kalau kita beli barang guna Taobao memang susah sikit sebab diaorang guna bahasa Cina dan nak pos barang ke sini mahal gila postage dia. So, kalau kita guna agen Taobao macam Ezbuy ni, lebih senang untuk kita cari barang yang ada dekat website dia sebab dia guna bahasa Inggeris. Dan hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak dapatkan postage lebih murah.

Cara Beli Barang China Murah Di Ezbuy

Aku rasa ramai yang agak-agak confuse macam mana nak beli barang dekat Ezbuy ni kan. Meh aku terang kan sikit, step by step.

Langkah 1
Beli Barang China Murah
Mula-mula sekali login ke akaun Ezbuy korang. Kalau tak ada lagi, boleh Register Akaun Ezbuy


Langkah 2
Beli Barang China Murah
Pilih kategori - ada 10 kategori barang-barang yang dijual dekat Ezbuy ni.


Langkah 3
Beli Barang China Murah
Pilih barang korang.


Langkah 4
Pilihlah preference korang ikut apa yang ada contohnya warna barang, saiz barang dan kuantiti. Lepas tu klik butang ADD TO CART


Langkah 5
Beli Barang China Murah
Bila dah siap shopping semua barang yang korang nak, dekat bahagian kanan tu ada SHOPPING CART korang, klik butang CHECK OUT (x ITEMS).


Langkah 6
Beli Barang China Murah

Beli Barang China Murah
Nanti akan keluar paparan macam ni. Setiap pendaftaran kali pertama dalam Ezbuy, korang akan dapat voucher 15% off. So, dekat bahagian USE GREDIT AND COUPON CODE tu, korang boleh letak coupon code yang korang dapat tu. Lepas tu tekan butang CHECK OUT.

Aku ada voucher code untuk 15% off untuk shipping fee. Boleh guna promo code dekat bawah ni untuk dapatkan 15% off untuk shipping fee tu.


ezfriend15



Langkah 7
Beli Barang China Murah
Isikan alamat rumah dan tekan butang NEXT. Nanti akan keluar notification macam ni.


Langkah 8
Tekan butang Top Up Now dan buatlah pembayaran korang. Korang boleh buat pembayaran melalui e-Banking, Manual Internet Banking, Kad Kredit ataupun ATM Transfer. Lepas buat pembayaran, korang akan dapat mesej melalui telefon tentang pembayaran korang tu. Dan korang juga akan dapat bil pembayaran korang melalui email juga.

Lepas tu, tunggu lah barang-barang murah dari China korang tu sampai dengan penuh rasa gembira. Nah, buat apa sesak-sesak beli barang mahal-mahal dekat shopping mall tu. Sekarang kan dah senang beli barang murah dari China secara online saja. 

Ingat tak tadi aku cakap aku nak share macam mana nak dapat postage murah? Ha, senang je. Korang boleh beli barang-barang dekat Ezbuy guna Prime. Bila korang beli guna prime ni, korang akan dapat harga postage sebanyak RM8.80 setiap masa, berat mana pun dan banyak mana pun korang beli. Semua postage korang perlu bayar sebanyak RM8.80 saja. Nak tau macam mana nak dapatkan harga postage RM8.80 tu, korang boleh baca dekat sini- Prime Introduction



Ezbuy - Buy the World for You

Overall, aku suka platform Ezbuy ni sebab dia menggunakan bahasa Inggeris. Lagipun, website dia memang tersusun senang nak cari barang. Harga-harga barang yang memang murah dan berpatutan. Satu lagi, postage dia murah!

So, ape lagi? Jom shopping dekat Ezbuy!

Post a Comment

28 Comments

  1. postage murahhhh??? hahahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Postage dia betul ke rm 8 awak ?

      Delete
    2. Postage dia betul ke rm 8 awak ?

      Delete
    3. Qina, postage die boleh dapat RM8.80 tu kalau join membership dieorang. Boleh baca dekat sini pasal membership PRIME dieornag tu https://ezbuy.my/Prime_Introduction

      Delete
    4. Exchange rate mahal..i biasa beli online untuk online business, ezbuy nampak macam murah tapi kalau compare, agent yang saya selalu beli charge service change 10% tapi ezbuy charge murah lagi 8%, tapi masa i buat purchase mahal gila kat ezbuy sebab exchange rate dia.. pui.. agent biasa i beli (item price+domestic shipping+10 service change) murah lagi daripada ezbuy yg hanya (item price +domestic shipping) ini tak campur service charge dia. So jangan terpedaya.. kalau yg beli untuk biness check betul betul.. compare dulu sebelum beli.. ezbuy exchange rate 1.45 , agent yg i biasa pakal 1.61. Ezbuy main lanyak duit pakai trick exchange rate. So lain kali nak choose agent , selain service charge and shipping charge tengok exchange rate juga.

      Delete
  2. tapi mmg berbaloi kalau nak beli barang dekat sini..hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah. hearing a lot of bloggers review this. guess its my time to try it out too

    ReplyDelete
  4. Interesting! Need to try out EzBuy :)

    ReplyDelete
  5. This is useful for me as I can't read chinese too and hard for me purchase from tabao. Thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  6. Always use Ezbuy too. Very convenient!

    ReplyDelete
  7. Yup, mmg agak senang nak beli barang taobao masa skrng and good for users yg tak faham mandarin sbb official website sumua dlm mandarin words

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing.. now i have to go earn more money so can buy more stuff

    ReplyDelete
  9. Thanks for the step by step guide! It's time to do some hands-on hehe

    ReplyDelete
  10. Yes at ezbuy you can get lots of products at a great bargain.

    ReplyDelete
  11. Hi...kl beli brg2 bulky mcm sofa or furniture harga yg kena bayar let say 500rm plus 8.80rm for shipping? Btl ke? X pyh byr kastam or any other charger d mlsia ke? Thanks in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ambil membership prime tu memang bayar RM8.80 je untuk postage. setakat saya tak pernah beli barang rm500 plus tu. jadi tak sure kene kastam ke tak.

      Delete
  12. kalau nak jd reseller harga cmne plk ea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dahlia,

      Harga reseller pun sama jugak dengan apa yang ditulis dekat website tu

      Delete
  13. Tak kena tipu ker ? Ada org cakap kalau nk bali kena cari supplier dulu. Betul ker? Thank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat website ezbuy tu memang dah ade supplier dia. website die macma lazada jugak, banyak-banyak supplier jual barang dieorang dekat situ cumanya semua supplier dan barang dari china.

      Delete
  14. Okey yang tu dah faham.macam mana nk beli prime tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Qowiy boleh pergi ke link ni https://ezbuy.my/Prime_Introduction, lepas tu pilih nak cuba 5 days Prime (RM18.80) atau 1 year punya (RM188).

      Saya cadangkan awak test dulu untuk 5 hari tu sebab kalau tibe-tiba lepas pakai rasa macam tak berminat, tak lah terkilan sangat bayar RMM188 untuk setahun tu

      Delete
  15. Anonymous09 May, 2017

    Awak, klu oder dia dh tulis out delivery, tpi dh lebih 2mggu brg xsmpi2 lg mcm mana.. please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon, awak pilih delivery apa ye? By air ke ship? Barang dieorang dr china so memang biasa lambat. Ada orang lain beli, nak dekat sebulan baru dapat barang

      For now tunggu dulu ya. Kalau dah lebih sebulan, maybe awak boleh report dekat ezbuy

      Delete
  16. Anonymous21 July, 2017

    Rm8.80 shipping tu ke malaysia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul untuk shipping fee ke Malaysia

      Delete
  17. Anonymous31 July, 2017

    boleh tau lepas sampai Malaysia ada lagi fee tak perlu dibayar untuk sampai ke door step kita?saya kurang jelas sbb ada terbaca shipping fee malaysia guna prime tu rm8.80 lepas tu ++ lagi postage fee ke rumah..

    ReplyDelete
  18. Boleh tak bagi tahu cara pembayaran atm, sy buntu nie.. asik kena rejected jee mcm mne tolong ajar

    ReplyDelete