Duduk dekat Malaysia ni cuaca tak menentu kan? Kejap hujan kejap panas sampai pening kepala. Nak bawak family buat outdoor aktiviti pun kadang-kadang rasa tak seronok sebab hujan atau panas sangat. Bagi aku yang dah ada anak ni, aku lebih suka kalau buat aktiviti dengan family indoor tapi nak jugak buat jenis aktiviti-aktiviti yang keluarkan peluh kan. Dekat Malaysia ni, nak cari tempat buat aktiviti lasak tapi indoor senang je, pergi je ke EnerZ Extreme Park. Tempat ni lebih kurang macam tempat yang aku pernah tulis dekat entri aktiviti cuti sekolah ni dulu.
EnerZ Extreme Park ni merupakan salah satu indoor extreme park yang terbesar di Asia dengan keluasan 80 000 kaki persegi. Banyak gila aktiviti yang boleh main dekat sini antaranya:
Slam Dunk Basketball. Nampak macam senang kan? Sebenarnya susah sebab kena lompat-lompat dulu atas trampoline tu baru boleh shoot. Silap lompat, terkelepek jatuh tak sempat nak shoot pun.
Foam pit. Yang ini paling cool kot. Starting dia kena lompat-lompat atas line biru tu, lepas tu kau lompat terjun masuk dalam pit yang penuh dengan foam tu. Trainer-trainer buat memang habis style dengan back flip dan somersault. Tapi erm, kita orang-orang biasa ni, kita lari-lari pastu lompat macam anak dugong pun dah ok kot.
Gladiator. Hahahha. ni susah gila nak main. Kene tolak pihak lawan sampai jatuh. Dah la nak imbangkan diri atas benda ni pun dah susah, nak kena elak daripada kena tolak. Pastu nak kena tolak pihak lawan pulak. Penat wooo.
Meltdown. Ini gilo. Dekat tengah-tengah tu ada palang berpusing. Kita kena sama ada tunduk atau lompat untuk elak kena tolak dan jatuh. Penat gila main benda ni.
Gut Builder ini bagus unutk budak-budak. Nak bagi diaorang keyakinan tinggi sikit nak buat aktiviti-aktiviti tinggi-tinggi.
Antara aktiviti lain yang ada dekat sana termasuklah Free Jump, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Ninja Warrior, High Performance Trampoline dan Wall Climbing. Nak rasa best ke tak, penat ke tak. Ini lah masa korang nak try buat aktiviti-aktiviti gila macam ni.
Kemudahan Yang Ada Di EnerZ Extreme Park
Dekat EnerZ Extreme Park ni ada disediakan beberapa kemudahan asas yang memang menyenangkan kita kalau pergi sini.Dekat sini jangan risau kalau korang bawak beg. Tak payah bawak ke hulu ke hilir, korang boleh sewa locker dengan harga RM5 untuk yang besar dan RM3 untuk yang kecil. banyak je locker yang disediakan.
Bagi ada anak-anak kecil pulak, jangan risau. Di sini disediakan indoor playground untuk dieorang main. Kalau anak-anak yang besar tu pergi main permainan yang lasak-lasak, anak-anak kecil boleh main dekat sini. Tak lah rasa risau sangat kan.
Kalau korang berminat nak buat team building atau party hari jadi, EnerZ Extreme Park ada menyediakan beberapa private room untuk keselesaan.
Bagi yang beragama Islam, ada juga disediakan surau dekat sini. Jadi, jangan bimbang nak spend time lama-lama dekat sini. Tengah-tengah main, boleh lah berhenti sekejap untuk bersihkan diri dan bersolat.
Tandas pun ada dekat sini. Tapi tandas dekat sini agak panas. Aku pun tak pasti kenapa. Aku just rasa panas bila masuk tandas dekat sini. Lepas tu, mungkin pihak pengurusan boleh tambah sikit kot tempat untuk tukar pampers anak-anak. Leceh jugak bila anak berak tapi cuma ada toilet duduk. Leceh betul nak cuci.
Kaunter pembelian tiket dan stokin grip. Oh ya, kalau nak main dekat sini, korang kena pakai stokin grip. Stokin grip ni korang boleh bawa sendiri atau beli je dekat kaunter.
Senarai Harga EnerZ Extreme Park
Dekat bawah ni aku ada ambil gambar harga tiket untuk main dekat EnerZ Extreme Park ni.
Waktu Operasi EnerZ Extreme Park
Isnin hingga Jumaat - 2pm hingga 10pm
Sabtu - 10 am hingga 10pm
Ahad - 10am hingga 7pm
Public/Scholl holiday - 10am hingga 10pm
EnerZ Extreme Park
Lot 971 Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, 47500 Selangor
011 1500 0066
info@enerx.my
Nampak semua permainan lasak-lasak je kan? Menakutkan? Tak adalah. Dekat sini, sebelum main, akan ada coach dan trainer yang akan ajar korang main terlebih dahulu untuk pastikan keselamatan korang terjamin.
Nak pergi sini senang je. Boleh Waze atau guna GoogleMaps (aku lagi prefer guna GoogleMaps) dan cari EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya Selangor. Landmark dia sebelah Honda dan Kapitan Nasi Kandar.
Kalau nak naik LRT pun boleh. Masa aku datang hari tu, aku ada nampak rel LRT. LRT paling dekat ada dekat Stesen LRT Taipan ikut line Kelana Jaya. Bila dah sampai dekat Taipan, korang boleh ambik bas RapidKL menghala ke Persiaran Subang Indah atau ambik je UBER.
Bagi yang bawa kereta sendiri, jangan risau. Dekat sini ada banyaaaaaakkkk parking percuma. :) Apa lagi, jom pergi lompat!
7 Comments
best je nampak main..")
ReplyDeletesyok la melompat..bole kurus ni hehe
ReplyDeletealaa bestnya.. kita benda2 ni suka.. tp keadaan tak sesuai nak melompat2. hahahah..
ReplyDeleteHari itu Neyra dan Halim jalan kaki dari LRT Taipan
ReplyDeleteomg must bring my kids here soon! so fun
ReplyDeleteWeeee, good place to have fun with a bunch of buddies!
ReplyDeleteLooks like a lot of fun!! Especially the games that look like Wipeout
ReplyDelete