Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet 07 Plum Plum Pidou

Bagi aku yang bukannya kaki make up, tapi dalam hati tu still ada perasaan nak pakai make up cantik-cantik macam orang lain dekat luar sana. Selalu jugak aku tanya dekat Zul, tak pe ke kalau aku make up. Dia suka ke? Dia kata tak kisah, pakai je lah. Alang-alang dah dapat permission, aku pun mula try berjinak-jinak pakai make up.



Lately aku cuba untuk pakai liquid lipstick Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet. Shade yang aku cuba 07 Plum Plum Pidou. Comel betul namanya. 
  

Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet 07 Plum Plum Pidou

Ye, since ini pertama kali aku cuba liquid lipstick, aku terpaksa google review-review yang ada macam mana nak pakai. Tak pe tak pe, newbie kan.

Tekstur:

Pertama sekali aku nak cerita pasal tekstur dia. Bila pertama kali aku sapu pada bibir tu, aku rasa macam susah nak control banyak mana nak sapu. At the end, ada lah tercomot sana sini, terlebih line bibir. Tapi, senang je bila aku calit satu line penuh bibir, lepas tu aku sapu rata-rata guna hujung jari. Lagi senang nak control kalau pakai guna jari macam tu.


Ini warna dekat bibir lepas aku sapu. Nampak macam basah-basah lagi kan.

Awal-awal bila sapu tu, rasa macam basah-basah tapi bila dah sapu rata, aku rasa macam tak pakai apa-apa pun atas bibir. Rasa lembut dan ringan. Tak rasa melekit pun. Itu bila aku pakai liquid lipstick tu saja tanpa ada apa-apa di bawah dia. Walaupun dia kata warna liquid lipstick ni boleh tahan 10 jam, tapi dalam sejam lepas aku pakai dan pergi makan, warna dia terus hilang. Itu sebab aku makan. Mungkin kalau aku pakai waktu tak makan, warna tu akan stay.  

Kali kedua aku cuba untuk pakai lip balm dulu sebelum sapu liquid lipstick ni atas bibir. Aku rasa lebih licin kot bila aku nak sapu. Dan nampak macam basah-basah tapi basah tu tak lama lah. 


Ini warna dekat bibir lepas 2 jam pakai. Aktiviti yang aku buat, minum air, bercakap dan membebel dekat Aneeq. 

Warna:

Since waktu aku cuba liquid lipstick ni, aku baru balik dari travel dan muka aku habis hitam sebab burn, mungkin shade Plum Plum Pidou ni kurang sesuai untuk warna kulit aku. Tak berapa nampak naik warna tu. Zul pun cakap macam tu jugak. Nampak tak berapa naik warna tu dekat bibir aku. Itu kalau aku tak pakai apa-apa di muka selain liquid lipstick tu je lah.

Bila aku sapu sedikit foundation dan bedak sikit, baru nampak warna tu menyerlah dekat bibir aku. 


Packaging:

Aku paling suka tengok packaging dia. Bentuk packaging dia bersegi dan aku rasa lebih senang untuk pegang dan bukak penutup dia. Korang boleh nampak exactly warna liquid lipstick sebab botol dia jenis see-through. Botol dia nampak macam botol kaca yang mahal tapi sebenarnya dia plastik saja.

Overall, Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet 07 Plum Plum Pidou ni liquid lipstick yang best untuk aku sebagai make up newbie cuba dan eksperimen. Aku suka rasa ringan dan tak melekit atas bibir dan bentuk packaging ala-ala mahal dia. Mungkin aku just perlu tukar pilihan warna dia je kot.

Korang boleh dapatkan Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet pilihan shades korang dekat mana-mana Watson yang terdekat dengan korang dengan harga RM45.90.



Post a Comment

2 Comments

  1. Love this texture of this product but dislike the smell because it's like medicine

    ReplyDelete
  2. I also love this color and it look nice when apply on the lip.

    ReplyDelete