5 Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata | Dari aku lahirkan Aneeq sampai sekarang, aku rasa lebam bawah mata aku tak pernah hilang. Kalau keluar tak pakai make up, mesti jelas sangat lebam bawah mata aku ni. Sebabnya aku tak cukup tidur dan mata aku pun nampak sembap. So, aku google lah beberapa cara untuk hilangkan lebam bawah mata ni. Meh aku share dengan korang.
5 Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata
1. Tekap Timun/Tomato/Uncang Teh Pada Mata
Timun atau tomato, hiris nipis-nipis dan tekap pada mata. Biar dalam 5 ke 10 minit. Uncang teh pun sama. Tapi jangan ambil uncang teh yang baru. Ambil yang dah pakai. Tapi, aku tak berapa suka pakai timun ke tomato ke uncang teh ke sebab leceh lah nak potong-potong bagai. Yang teh uncang tu pulak, nanti air teh die tumpah dekat baju. Tak suka.
2. Pastikan Waktu Tidur Yang Mengcukupi
Lebam ni pun terjadi sebab tak cukup tidur. So, jalan penyelesaiannya pun kena cukup tidur paling kurang 6 hingga 8 jam. Tapi kan, aku rasa tak sempat sangat nak tidur. Sebabnya waktu Aneeq tidur lah waktu untuk aku buat kerja aku. Kadang-kadang tu kalau ada urgent task yang kena submit, memang berjaga sepanjang malam aku nak siapkan kerja.
3. Sapu Air Sejuk Bawah Mata Setiap Pagi
Yang ni pun aku pernah cuba. Tiap-tiap pagi lepas bangun pagi je, aku terus sapu air sejuk paip ke bahagian bawah mata. Tapi macam tak berapa berhasil. Aku tengok macam sama je lebam bawah mata ni. Tak berubah pun. Lepas guna air sejuk tak jadi, aku siap guna ais tau untuk sapu bawah mata tapi still tak berhasil.
4. Minum Banyak Air
Tips minum banyak air ni aku baca banyak yang bercanggah. Ada yang suruh minum banyak air dan ada yang tak bagi minum banyak air terutamanya waktu sebelum nak tidur. Itu bagi aku satu masalah sebab aku tak boleh hidup tanpa air. Waktu sebelum tidur tu lah yang aku minum banyak air. Kalau tak aku akan terjaga tengah malam sebab kehausan.
5. Pakai Krim Pelembap Mata
Ada tips yang bagitau untuk pakai krim pelembap mata. Fungsi dia lebih kurang macam tips guna tomato, timun dan teh uncang tu tapi kalau pakai krim rasa lebih senang. Biasa krim kan dalam tube, so tak adalah serabut nak potong ke, tumpah ke kan. Untuk krim pelembap mata ni aku ada cuba Ameena KSK III.
Ameena KSK III - Merawat Masalah Dan Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Ameena ni nak kata krim pelembap pun tak jugak sebab dia water based. Tekstur dia lebih kurang macam air je. Ameena ni dihasilkan daripada formula negara Jepun dan Malaysia dan bertaraf antarabangsa. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat Ameena ni semua bahan asli. Lelaki ke perempuan ke semua boleh pakai asalkan korang berumur 18 tahun ke atas.
First time aku sapu Ameena ni bawah mata, aku ada rasa macam sejuk-sejuk sikit. Ameena ni cepat meresap. Dalam 5 minit macam tu, dah tak rasa basah-basah dah bawah mata. Tak ada rasa melekit atau berminyak pun. Itu yang aku suka.
Botol Ameena ni kecil je jadi senang je lah nak bawak pergi mana-mana. Masuk dalam handbag. Kalau rasa-rasa macam mata berat ke, mata sembap ke, sapu je bawah mata. Tapi aku biasanya pakai 2 kali sehari - pagi waktu bangun tidur dan malam sebelum tidur.
Fungsi Utama Ameena
Kalau ikutkan Ameena ni memang dihasilkan untuk rawat bahagian mata. Antara fungsi Ameena:
- Hilangkan lebam bawah mata
- Hilangkan lingkaran hitam bawah mata
- Hilangkan garis-garis halus bawah mata
- Hilangkan sel kulit mati bawah mata
- Lancarkan peredaran darah bawah mata
- Jadikan kulit bawah mata lebih sihat
- Baiki sel-sel bawah mata
Aku memang ada masalah lebam bawah mata pun. Dan aku perasan dalam semua dalam family aku ada lebam bawah mata ni. So, aku assume lebam bawah mata kiteorang ni kira genetik lah. Setakat yang aku baru pakai seminggu dan skip skip (hahahha teruk betul aku ni), ada hari memang berkurang lebam mata ni. Tapi, disebabkan aku selalu tidur lambat, kadang-kadang lebam bawah mata tu datang balik. So, aku kena keep on pakai Ameena ni untuk dapatkan result yang bagus.
Aku suka pakai Ameena ni bila pandang komputer lama sangat. Bila pandang komputer lama, mata aku jadi macam tak selesa dan rasa berat je. So, bila aku sapu Ameena bawah mata, rasa lebih segar.
Kalau korang ada masalah lebam bawah mata, apa kata cuba produk Ameena ni. Tengok dah banyak testimoni yang berjaya. Korang pun boleh lah cuba jugak.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok website dieorang atau whatsapp je Eyda.
Eyda 019 5081433
3 Comments
nice sharing :)
ReplyDeleteYup..mata jadi tegang pakai ni..tinggal eyebag je ni nak hilangkan
ReplyDeleteBest pkai tp cair kan rasa pekat skit much better.
ReplyDelete