Kenapa Anda Perlu Belajar Buat Blog Sendiri? | Blog dah tak relevan? Siapa kata? Sekarang ni makin ramai orang akan refer pada blog untuk dapatkan maklumat dan advertiser pun dah semakin bijak dan faham pentingnya blog untuk marketing. Inilah peluang keemasan korang untuk belajar buat blog sendiri dan mula jana income daripada blog.

Kenapa Anda Perlu Belajar Buat Blog Sendiri?

3 Tips Penulisan Blog Yang Berjaya

Aku nak dikatakan dah jadi blogger berjaya tidaklah sangat tapi aku masih lagi belajar. Dan antara tips yang aku boleh bagi untuk korang yang baru nak cuba berblog ni, boleh baca dekat bawah.

1. Konsisten Tulis Entri
Korang kena konsisten dalam menulis blog. Kalau boleh setiap hari kena ada at least satu entri. Kalau setahun sekali, macam mana nak jadi blogger yang berjaya, betul tak? Trafik pun tak naik. Jadi, pastikan korang update entri yang berkualiti setiap hari supaya trafik terus menerus berjalan.  

2. Tulis Entri Original
Jangan sesekali korang pergi copy paste entri orang lain dan letak dalam blog korang. It's a NO NO! Aku selalu je nampak orang copy paste entri orang lain dan buat macam harta sendiri je. Even kalau korang dapat press realease pun, make sure olah ikut ayat sendiri dan bukan nya terus copy paste daripada press release tu. 

3. Belajar Ilmu SEO Tapi Jangan Lupa Audience Yang Baca
Ramai yang gila belajar ilmu SEO dan praktikkan dalam blog masing-masing, Tapi kadang-kadang tu terlapau aplikasikan SEO sampai baca entri pun bosan sebab macam robot je. Fikir sikit pada pembaca kita yang membaca. Guna ayat yang mudah difahami dan santai. Baru orang seronok nak baca lagi. 

Kalau korang nak belajar buat blog dengan lebih lagi, aku cadangkan korang download PDF Belajar Buat Blog di bawah ni. Banyak ilmu pasal buat blog yang korang boleh dapat melalui ebook ni. 



Dan lepas dah baca ebook Belajar Buat Blog ni, korang boleh cuba untuk sertai CONTEST SEO BELAJAR BUAT BLOG sebagai salah satu cara untuk asah skill korang. Barulah ada aplikasi lepas baca teori. Betul kan?





Cepat-cepat download ebook Belajar Buat Blog ni dan join contest di atas. Contest ini turut disertai oleh:
  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my 
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com 
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my 
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com 
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com 
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. jangan-bukak.blogspot.my 
Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam | Kalau korang pernah tengok Restoran Vista Brasserie yang dekat Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam ni, mesti korang akan rasa tempat ni mahal. Aku tengok dari luar pun nampak eksklusif sangat sampai takut. Tapi, hari tu aku pergi, aku rasa harga dia agak berbaloi lah dengan menu-menu yang diaorang bagi.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Sebenarnya ada je menu dan set makanan yang harga dia murah dekat sini. Aku je yang gelabah tak pepasal. Dekat Vista Brasserie ni diaorang ada hidangkan macam-macam jenis menu termasuk Japanese Teppanyaki, Korean BBQ, Sizzling, kek, steak, sandwich dan pasta. Serius, harga dia semua affordable despite of rupa restoran dia yang nampak mewah tu.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
Ni kawasan dining belah luar restoran. Open air tapi ada je kipas dekat atas. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Hari tu, aku pergi try menu Brazillian Churasso diaorang. Hah, ape ke bende Brazillian Churasso tu kan? Aku pun first time dengar term tu tapi menu Brazillian Churasso ni sebenarnya menu-menu daging yang di-grill. Benda-benda baru ni yang syok nak try ni. Selain daripada daging-daging yang di-grill, korang pun boleh makan macam-macam menu buffet yang disediakan. Buffet ni dah masuk sekali dalam package Brazillian Churasso tu.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
Segala menu Brazillian diaorang bakar macam ni. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Nanas yang disapu dengan sos masam manis. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Untuk menu Brazillian Churasso tu pulak ada jagung, nanas, kambing, daging dan ayam yang dibakar. Nanti pelayan Vista Brasserie ni akan datang keliling meja korang untuk serve kan menu-menu BBQ ni. Diaorang akan datang ke meja korang dan potongkan kambing, daging, ayam atau apa-apa lah menu yang dieorang tengah hidang waktu tu. Macam tu sekali layanannya bila datang ke sini. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Gigih aku nak tarik daging.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Dalam buffet line tu ada salad yang korang boleh campur sendiri ikut suka, ada buah-buahan, spageti, pasta, sup dengan roti, nasi dengan lauk, puding, kek dan macam-macam lagi. Panjang line buffet tu. Memang berbaloi kot aku rasa untuk harga yang dibayar. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Salah satu line buffet. Belah kiri tu ada satu lagi line.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
  Nasi dan lauk bagi yang tak boleh tinggal karbo korang.


Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Salad, appertizer semua ada.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Dessert

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Harga pulak untuk satu kepala RM59.90 (dewasa) dan RM29.95 (kanak-kanak) dan korang boleh makan semua buffet dan items dalam Brazillian Churasso ni sampai kenyang. Tapi Brazillian Churasso ni hanya available pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk waktu lunch dan dinner saja. 

Lunch: 11 pagi sampai 2.30 petang
Dinner: 6.30 petang sampai 10.30 malam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
Chef Zubir ni rajin jugak turun padang meet up dengan customer dia. Kiteorang lucky hari tu sebab Chef Zubir ada.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Aku dah seronok makan dekat Vista Brasserie by Chef Zubir ni. Korang bila lagi? Kalau ada yang nak sambut birthday dekat sini, aku rekemen korang call dan reserve awal-awal. Lepas tu, masa book, inform dieorang yang korang nak celebrate birthday. Nanti team Vista Brasserie akan buat birthday surprise dengan bagi kek dan nyanyi lagu birthday. Masa aku pergi hari tu, ada la dalam 5-6 meja kot celebrate birthday. Semua orang dalam restoran tu ikut nyanyi happy birthday sekali. Aku pun nyanyi sekali. Meriah habis.

Nak tengok restoran lain dekat Shah Alam? Korang boleh baca dekat sini Tempat Makan Di Shah Alam.


Beli Kasut Secara Online Di Happy2U.my | Hari tu aku pernah tulis wish list barang yang aku nak beli untuk tahun 2017 dan antara banyak-banyak barang yang aku nak beli tu adalah kasut sukan. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang rajin sangat nak keluar shopping dekat mall jadi aku prefer untuk beli kasut secara online je. Lepas survey punya survey, aku decide untuk ambil kasut sukan dekat website happy2u.my. 
Happy2U.my Kedai kasut Online

Tahun ni azam barunya nak berjogging setiap pagi. Jadinya kenalah ada kasut sukan ye dak? Kasut yang aku order dari happy2u.my ni yang ni ha Tubular Yeezy X Primeknit Trainers yang berharga hanya RM58. Pada aku harga tu memang berbaloi sebab kan kasut ni ala-ala sama dengan kasut yang aku berkenan dekat satu website beli kasut online yang lain tapi harga yang ini jauhhhhh lebih murah. 

Beli Kasut Online

Trainers ni sebenarnya ada dua warna - hitam dan putih. Tapi aku pilih putih sebab dah ada kasut warna hitam. Kasut ni pun, selain buat pergi jogging, boleh bawak pergi jalan-jalan. Serius selesa. Kualiti pun ok.

Mula-mula sebelum pakai, aku ukur dulu tapak kasut tu dengan tapak kaki aku. Mak aih besar! Tapi aku try jugak sarung, kot kot lah kan. Sebenarnya muat je. Belah luar je yang nampak macam besar sikit dari kaki aku. Tapi bila dah sarung memang muat-muat je. Memang aku pilih saiz aku sendiri. 

Beli Kasut Online

Beli Kasut Online

Biasanya kalau aku beli kasut online, mesti ada problem dengan kasut. Tak kiralah tak muat ke, terbesar ke, tapak keras ke tak selesa ke. Tapi kasut yang aku beli online dekat happy2u.my ni selesa. Tapak dia bila jejak kaki ke lantai, terasa lembut. Belakang kaki pun tak sakit atau luka bergesel dengan kasut. Kasut ni pun tak mengcengkam sangat kaki aku. Just nice untuk make sure kaki aku tak tercabut dari kasut masa berlari.

Beli Kasut Online
Kasut yang aku beli online dari Happy2u.my ni boleh pakai untuk jogging dan pakai untuk harian biasa. Nak pakai pergi kelas pun boleh. 

Beli Kasut Online
Semalam aku pakai kasut ni pergi makan dinner dekat kedai makan. Selesa je.

Aku ni bila dah dapat good experience dengan satu-satu online shop, memang nak terus je beli dekat situ. Happy2u.my ni salah satu online shop yang aku berkenan sebab harga berpatutan dan kualiti pun okay. Dan semalam, aku terstalk Facebook dengan Instagram happy2u.mu ni. Rupanya diaorang tengah buat giveaway. Boleh menang kasut eksklusif pada follower yang aktif. Pergi lah join, mana tau rezeki korang boleh menang kan. 

Contest happy2u.my

Selain daripada kasut wanita, happy2u.my ni ada jugak jual accessories lain macam sunglasses, beg, topi dan makeup organizer. Senang boleh beli accessories yang matching dengan kasut korang terus dekat sini. Aku ada lagi berkenan dengan kasut lain dekat sini. Next time nak beli lagi. Hohoho.

Oh, kalau korang mencari-cari mana nak beli kasut secara online dengan harga yang berpatutan dan berkualiti, korang boleh tengok dekat website atau Facebook happy2u.my ni.






Makan Kali Keempat Di D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam | Assalamualaikum korang semua. Eh teralim pulak entry kali ni start dengan Assalamualaikum. Hahhaha. Kali ni aku nak cerita aku makan dekat D'Kayangan Steamboat & Grill untuk kali KEEMPAT!

Sebelum ni pun aku ada cerita jugak pasal aku pergi makan dekat sini. Sekali aku pergi dengan kakak-kakak aku. Sekali lagi masa lepak dengan member. Dan satu lagi aku tak cerita dalam blog tapi aku pergi dengan Aneeq dan Huda, member aku. 

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Kali ni aku pergi dengan Zul dan Aneeq je. Family time pulak lah kan. Tu pun sebab D'Kayangan sekarang tengah buat promosi best. Kiteorang pun pergi je la kan.


D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Dekat sini adal lebih kurang 199 jenis hidangan yang korang boleh pilih dari hidangan steamboat, grill, nasi, mee, sayur-sayuran dan kambing golek. Ada dua pilihan kuah yang korang boleh cuba iaitu tomyam atau pun sup ayam. Aku pilih tomyam je hari tu.  
D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Antara minuman yang ada dekat sini. Oren, sirap, mangga, air kosong dan teh o limau. Tips aku untuk makan buffet, jangan minum air banyak-banyak. Nanti kembung.  

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
ABC pun korang boleh buat sendiri dekat sini. Ada kacang, selasih, jagung dan cincau. 

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Kambing golek yang dah siap-siap potong dengan kuah blackpepper. 

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah AlamDekat sini pun ada pilihan mee atau nasi untuk korang makan kalau korang ni jenis yang tak boleh tinggal karbo.

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Favourite aku dekat sini. Hehehe. Ais kepal. Paling sedap vanila dengan coklat dan asam boi.

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Banyak gila buah-buahan yang diaorang sediakan. Nak buat rojak pun boleh.

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Kek sebagai pencuci mulut.

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Sos yang disediakan pun macam-macam ada - Soso Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam dan Sos Yong Tau Fu. 

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Ini pulak antara menu steamboat dan grill yang ada. Penuh kiri kanan bekas tu. Kalau kira ni, dah ada 48 menu steamboat dan grill je dalam gambar atas ni. Ni belum lagi masuk menu-menu lain.  

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam 

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Menu untuk yang grill ni special sikit. Diaorang perap dengan cili giling, lada hitam, bawang putih dan rempah ratus. Antara menu yang ada - Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry.   

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Antara menu steamboat dan grill yang aku ambil hari tu. Aku ni jenis suka mencuba semua benda. So, setiap satu menu tu aku ambil sebiji untuk rasa. 

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Tukang masak of the day - Zul. Sebab aku kena jaga Aneeq. Hehehhe. Waktu ni Aneeq tengah cranky sebab panas kot. Kiteorang dapat meja dekat luar sebab dalam dah penuh. Waktu tu pulak hujan. Tu berkuap sikit rasa duduk bawah khemah ni.

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam
Tukang makan of the day. Aneeq lah, bukan aku. Tengok dalam tempat grill tu, cantik je Zul susun. Dalam tempat steamboat pun penuh dengan makanan. Puas hati makan hari tu. Balik rumah kenyang terbungkang.

Korang nak tau tak sekarang ni D'Kayangan Steamboat & Grill tengah buat promosi Sunday Lunch. Korang just kena bayar RM9.90 untuk kanak-kanak dan RM22.90 untuk dewasa. Kalau hari biasa, RM18+ untuk kanak-kanak dan RM33+ untuk dewasa. Nak lagi best, ada promosi hari biasa, budak-budak boleh just kena bayar RM5 je dan boleh makan semua benda. Tapi yang RM5 tu valid hanya sampai 31 Januari 2017 ni je.

D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam

Dah lama tak makan steamboat dan grill? Datang je dekat sini :) Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal promosi tu, korang boleh tengok Facebook atau Instagram D'Kayangan Steamboat & Grill.