5 Ideas For Baby Shower Gifts | Lately I got many friends who are waiting their delivery dates. I think it would be nice to give them some baby shower gifts not only to make them happy but at the same time I feel that by giving them these gifts would help them overcome their nervousness. I have some ideas of what baby shower gifts are perfect for this mothers and fathers to be.

5 Ideas For Baby Shower Gifts

I listed 5 ideas of what items are perfect for baby shower gifts 

Bump To Birthday - Pregnancy & First Year Journal

1. Bump To Birthday - Pregnancy & First Year Journal
I got to admit, I tend to forget too many exciting thing happened during my first pregnancy. And I regret that I didn't get myself a journal to keep track of everything that happened. A journal is a perfect gift for expecting mothers especially the one that combines pregnancy and first year journal with details of baby's development on a week by week basis. This Bump to Birthday journal is actually a multi award winning journal which is beautifully designed to inspire expecting parent to capture every precious details during pregnancy and during the first year of the baby. 

Personalised Children's Book In Two Languages Of Your Choice
2. Personalised Children's Book In Two Languages Of Your Choice
Love to see your name in print? So do I? Why not celebrate the baby's arrival with this personalized children book. You can personalized this book (originally TimTimTom's Underwater Adventure) to the baby's name. The baby would be the hero to this underwater quest to save an entangled sea turtle. Children love to be a hero, don't they. You can customized this book in two language which you can choose (English, Dutch, French, German, Italian, Spanish and Chinese - simplified or traditional). You can even personalize the name and the look to make this a unique for each child.  

Personalized Milestone Pregnancy Cards
3. Personalized Milestone Pregnancy Cards
Do you know what is the best part of pregnancy and parenting? Well, for me, the best thing is feeling the baby movement and watching your baby complete all those amazing ‘firsts.’ So why not snap a photo of your baby bump and of your baby with these beautiful personalized milestone cards to keep track of every big milestone? From feeling their first kick to finding out the gender and continue with the baby sitting up to smiling to running. It would be very fun to remember. At the end of the year, put them all together to make the best first photo book ever for you and your baby.

Home From Hospital Gift Set
4. Home From Hospital Gift Set
For me, gift set like this is very common but I guess it is the basic of everything a mom to be needed, isn't it? This gift set contains softer-than-soft pink star blanket, Cuter-than-cute bear fleece onesie and also a bunny comforter in matching color. All the three items can be customized with the baby's name or initial without extra charge. You can also choose either pink color (which is suitable for girl) or blue (suitable for boy). Oh come on, who does not like looking at babies in cute onesie right? Especially in onesie that has popping ear. The baby would definitely look even more adorable.   

Personalized Baby Shower Decoration Set
5. Personalized Baby Shower Decoration Set
This one is definitely for the mom to be. Wouldn't it feel great to make a mom to be happy by organizing a surprised baby shower with beautiful and amazing baby shower decorations? I would definitely want one to. This baby shower decoration set contains everything you need to decorate a baby shower celebration from invitation cards, plates, napkins, baloons and bunting for a lovely finishing touch. What makes it better is they come in unisex color combination. So, even you do not know what the gender is, the personalized baby shower decoration set is still a great fit to any celebration.

There you go. The 5 ideas of items you can buy for baby shower gifts for your relatives or your family. I think all the items I listed above are very suitable for mom to be and also their baby. You can find all the items above from Gift Less Ordinary. They also offer other personalized as well. Do check them out and you will be amazed what kind of thing they can make.  













Mek View International - Koleksi Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum | Aku tak pasti kenapa semakin meningkat usia ni, semakin aku suka nak pakai make up. Tapi make up yang aku pakai biasanya yang simple saja, tak heavy pun. Baru-baru ni aku tambah lagi koleksi compact powder dan serum muka daripada jenama Mek View International. Produk daripada Mek View International ni terdiri daripada dua item iaitu Two Way Cake With Full Coverage dan juga Soothing Ivy Serum.

Mek View International

Mek View International Two Way Cake with Full Coverage

Mek View International Two Way Cake with Full Coverage ini adalah produk mesra wuduk dan juga mesra solat. Maksudnya senang nak dicuci. Yang bestnya produk Mek View ni boleh tahan lebih 8 jam. Kalau rasa macam kulit berminyak sikit ke lepas seharian duduk di luar, boleh touch up sikit-sikit untuk hilangkan kesan wajah berminyak tu. Jangan risau untuk touch beberapa kali sebab ianya tidak melekit


Mek View International Two Way Cake with Full Coverage

Bila korang pakai two way cake ni, korang rasa macam tak pakai apa-apa tau sebab compact powder ni 7 kali lebih ringan dan teksturnya lebih halus. Tak lupa juga compact powder ni ada UV Protection SPF 50 untuk melindungi kulit daripada sinaran uv.

Compact powder ni ada 2 pilihan warna iaitu Light Beige dan Natural Beige. Aku pilih warna Light Beige sebab warna ni lebih sesuai dengan kulit aku dan bila korang pakai, kesan hitam bawah mata tu boleh di'cover'. 

Mek View International Koleksi Two Way Cake With Full Coverage

Antara kelebihan lain Two Way Cake ini adalah melembapkan kulit, merawat kulit yang rosak, mengecilkan liang pori, 5 kali kesan pemutihan, menghilangkan jerawat, parut jerawat, jeragat, kulit kusam serta bintik hitam dan menghilangkan kedut pada wajah. Produk ini sesuai untuk kulit sensitif dan untuk orang yang selalu on the rush.

Mek View International Soothing Ivy Serum

Soothing Ivy Serum ni pula serum yang memberi kesan kelembapan pada kulit. Ianya berfungsi untuk menyejukkan muka, menyegarkan kulit wajah, membantu foundation tahan lama, mengecutkan pori muka dan mengurangkan rasa tidak selesa pada kulit. Tapi, korang jangan salah faham pulak. Serum ni bukanlah serum untuk merawat masalah-masalah kulit. 


Mek View International Soothing Ivy Serum

Serum ni sesuai dipakai untuk kulit normal dan sensitif. Korang nak tahu tak ? Serum ni sebenarnya ada pitera. Pitera ni fungsinya untuk mengurangkan kedutan dan mencerahkan bintik hitam.

Kalau korang boleh nampak, dalam serum ni ada bead yang berwarna warni. Asalnya aku ingatkan beads tu keras yang macam yang ada dalam scrub. Rupanya beads tu lembut sangat. Sekali gosok beads tu dah larut sekali dalam serum. Dalam beads tu sebenarnya ada kolagen. Jadi, bila kita sapu sekali pada kulit wajah, beads tu akan larut dan kolagen akan meresap masuk ke dalam kulit.

Mek View International Soothing Ivy Serum

Pada pendapat aku, kedua-dua produk daripada Mek View International ni memang best. Biasanya aku akan pakai Soothing Ivy Serum tu dulu sebelum pakai make up. Dab dab kan pada muka dan tunggu sekejap sampai semua serum meresap ke muka dan lepas tu baru sapukan Two Way Cake tu. Bila sapu memang terasa ringan je, rasa macam tak pakai apa-apa dekat muka pun ada.

Satu lagi aku suka sangat dengan packaging diaorang. Nampak macam produk luar negara padahal ini adalah produk tempatan. Bekas compact powder tu comel sangat sebab setiap bucu bulatan tu jenis rounded bukan tajam. Disediakan sekali span make up untuk kemudahan serta cermin. Serum tu pulak bersaiz 15ml dan botol see through dengan label yang minimalis dan simple tu memang nampak international. Tambah lagi dengan penggunaan warna hitam dan gold, semuanya buat produk ni nampak lebih ekskusif. 

Itu bagi aku lah kan. Mungkin korang nak cuba jugak untuk buktikan sendiri apa yang aku review dekat sini. Untuk senarai harga pulak, korang boleh tengok dekat bawah ni.

Harga Mek View International Two Way Cake with Full Coverage
RM79 Semenanjung | RM85 Sabah Sarawak

Harga Soothing Ivy Serum
RM 35 Semenanjung | RM40 Sabah Sarawak

Set Combo Mek View International (Two Way Cake with Full Coverage + Soothing Ivy Serum)
RM100 Semenanjung | RM105 Sabah Sarawak

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal kedua-dua produk Mek View International Two Way Cake With Full Caverage dan juga Soothing Ivy Serum ni, korang boleh tengok dekat bawah. Untuk pembelian pun boleh melalui medium dekat bawah ni jugak.
  
Facebook | Instagram | Whatsapp +60173511510





Anmum Grow Amazing - Jom Kenali Proses Tumbesaran Anak | Walaupun Aneeq dah masuk 2 tahun, banyak lagi perkara pasal Aneeq yang aku masih tak tahu. Dan banyak lagi perkara tentang tumbesaran Aneeq yang aku masih lagi keliru. Jadi mak mak ni susah rupanya. Jadi aku sedikit sebanyak belajar tentang perkembangan kanak-kanka melalui Anmum Grow Amazing.

Anmum Grow Amazing

Anmum Grow Amazing

Anmum Essential sekarang ni telah pun memperkenalkan Grow Amazing - satu inisiatif baru berunsurkan pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan otak si manja.

Anmum Grow Amazing

Korang tahu tak sebenarnya sel otak mula terbentuk dalam masa hari ke 28 kehamilan? Dan lepas je anak korang dilahirkan, ada lebih kurang 100 billion sel sel otak yang sedang berfungsi? Korang kena tahu yang selain daripada jumlah sel sel otak, jumlah perhubungan antara sel sel tersebut pun sangat penting.

Anmum Grow Amazing

Masa umur anak-anak masih kecil, hubungan sel sel otak ini berkembang dengna pesat. Setiap satu sel otak tu boleh membentuk 2500 perhubungan dengan sel otak yang lain. Pada umur 2 atau 3 tahun, hubungan sel sel otak ini boleh berganda sebanyak kali ganda banyaknya.


Synapse

Cara sel sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran membantu merangsng pembentukan hubungan sel sel otak. Semakin banyak ransangan dari persekitaran luar, semakin banyak perhubungan akan terbentuk. Perhubungan sel sel inilah yang akan membantu pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi seperti DHA dan Gangliosida penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Anmum Grow Amazing

DHA dan Gangliosida ini boleh didapati dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel sel otak. Gangliosida pula menyokong pembentukan hubungan sel sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama sangat penting. Ianya akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Anmum Grow Amazing

Tapi kan, ada kajian yang menunjukkan 1 daripada 4 orang kanak-kanak di Malaysia mengambil 40% Gangliosida lebih rendah daripada purata pengambilan Gangliosida dalam sehari. Nak dapatkan Gangliosida ni senang je. Korang bagi je anak-anak korang makan makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur. Tapi kalau nak lebih mudah, korang boleh bantu pertingkatkan pemgambilan Gangliosida dengan susu dan produk tenusu contohnya seperti Anmum Essential.
Anmum Grow Amazing


Anmum Essential

Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras Gangliosida yang lebih tinggi dan tak ada gula tambahan. Ianya mengandungi prebiotik FOS dan inulin. Persekitaran usus yang baik pun penting supaya boleh serp segala nutrien dengn efektik. Selain itu Anmum Essential mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membantu tumbesaran kanak-kanka.

Korang boleh belajar cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja korang dengan Groq Amazing dan belajar fakta-fakta menarik tentang otak kanak-kanak di www.anmum.com/my/en/happenings/latest-campaign/amazing-facts-about-the-brain.html


Buka Puasa Di D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam | Buat kesekian kalinya aku datang lagi untuk makan dekat D'Kayangan Grill & BBQ yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni. Bagi aku, D'Kayangan ni adalah salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang boleh cuba kalau nak makan steamboat dan BBQ.


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Setiap hari, D'Kayangan Steambiat & BBQ akan hidangkan lebih kurang 200 jenis makanan yang termasuk sekali Kambing Golek bersempena dengna bulan Ramadan kali ini. Konsep yang diaorang gunakan ialah 2 in 1 - hotpot dan grill. So korang boleh makan steambot menggunakan hotpot atau bakar daging-daging atau makanan laut di atas grill.


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Menu-menu steamboat dan grill yang korang boleh jumpa dekat sini bermacam-macam jenis. Ada makanan laut segar macam lala, pepahat, ketam dan udang. Menu yang biasa korang boleh jumpa dekat mana-mana kedai steamboat mestilah ada dekat sini cuma yang lebih rarenya, dekat D'Kayangan ni, lebih perlbagai contohnya Seafood Tofu, Salmon Fishball, Vegie Fishball, Prawn Ball, Beef Ball, Sosej dan Crab Filamnet. 


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Dan yang istimewanya dekat sini korang boleh dapatkan menu-menu grill perapan untuk ayam, daging, udang, sosej. ketam. ikan dan sotong yang menggunakan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus yang lain.
D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Untuk sup steamboat, korang boleh pilih sama ada nak sup ayam atau tomyam. Kalau bagi aku, aku lagi suka sup tomyam. Baru terasa kick dia. Korang boleh refill sup ni pada bila-bila masa. Cuma perlu panggil staff dan mintak tolong refill kan saja.


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Pilihan sos yang korang boleh ambil pulak memang banyak. Ada Soso Cili Pedas, Soso Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang putih, Sos Lada Hitam dan Sos Yong Tau Fu. Banyak lagi sebenarnya sos nya tapi tak lah aku tau nama semua sos tu kan. 


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Selain daripada menu makanan steamboat dan grill, tahun ni D'Kayangan ada juga perkenalkan Konsep Gerai. Dalam Konsep Gerai ni, diaorang hidangkan menu seperti Roti Jala, Roti John, Kuey Teow dan Ayam Goreng Berempah.


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Untuk hidangan Buffet pulak, diaorang sediakan menu seperti Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Ayam, Jelatah, Papadom dan Asam Laksa. Ada juga hidangan menu lain seperti Nasi Putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis dan Sayur Masak Sos Tiram. 


D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Lepas kenyang makan semua, mesti perut korang masih ada ruang untuk dessert kan. Alah aku tau lah. Kenyang macam mana pun mesti korang nak makan pencuci mulut. Aku pun sama. Antara pencuci mulut yang ada dekat sini adalah kuih melayu, kek, bubur, buah-buahan, ABC dan juga ais krim.

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Yang aku suka tentang D'Kayangan Steamboat & BBQ ni adalah tempat dia luas sangat. Diaorang boleh tampung 400 orang dalam satu-satu masa. Selain daripada berbuka puasa di sini, korang boleh juga book untuk buat majlis korporat atau hari jadi. 

Selain daripada itu, diaorang pun ada sediakan kemudahan surau. Walaupun agak kecil tapi dah memadaikan. Cuma korang kena ambil wuduk dekat toilet luar je. Diaorang tak ada tempat ambil wuduk dalam surau.

Pasal tempat parking, korang tak payah risau. Dekat sini banyak tempat parking dan tiada cas. Percuma. Tu yang seronoknya kan? Sebab tak payah bayar parking.

Harga
RM44.90 (Dewasa)

RM22.90 (Kanak-kanak)


Waktu operasi 
5.00 petang hingga 12.00 malam
Isnin hingga Ahad

Buka Puasa Di D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam

Ada dua minggu lagi kita akan berpuasa. Kalau ada yang teringin nak berbuka puasa dengan hidangan steamboat dan BBQ, korang boleh lah cuba di D'Kayangan Steamboat & BBQ, salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang kena cuba.

Makan Makanan Asli Korea Di Hwa Ga Damansara Perdana | Setakat hari ni, ada beberapa tempat makan makanan Korea yang aku dah pergi. Dan antara banyak-banyak tempat makan makanan Korea ni, ada satu tempat yang paling unik rasanya aku pernah pergi iaitu Hwa Ga yang terletak di Damansara Perdana.

Makanan Tradisional Korea Di Hwa Ga Damansara Perdana

Restoran Hwa Ga ni ada banyak cawangan tapi Hwa Ga dekat Damansara Perdana ni satu-satunya cawangan diaorang yang tak hidangkan pork atau lard. Jadi, korang tak perlu risau untuk makan dekat sini sebab diaorang guna ayam yang diambil daripada supplier yang Halal. Yang uniknya tentang Hwa Ga ni adalah diaorang memang hidangkan makanan Korea tradisional yang asli. 

Kalau korang biasa pergi makan dekat kedai Korea lain di Malaysia ni, semuanya dah diolah supaya kena dengan selera orang Malaysia. Jadi, dah tak original dah lah. Tapi, dekat Hwa Ga ni, semua menunya adalah makanan asli dari Korea dan tidak diubah. Kalau korang tak pernah pergi Korea tapi nak rasa sendiri makanan Korea tu sebenarnya macam mana, boleh lah datang ke Hwa Ga Damansara Perdana.  

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Minuman Dalam Tin
Dekat sini ada macam-macam jenis minuman tapi kiteorang pilih untuk cuba minuman dalam tin. Susu bersoda, Apple Soda, Orange Soda dan anggur. Antara banyak-banyak ni, aku lagi suka Susu Soda dan Anggur tu. Yang dalam tin anggur tu ada buah anggur tak ada kulit beberapa biji. Kalau nak air masak sejuk pun, no hal. Boleh order. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Nurungji Tong Dak - Grilled Chicken with Scorched Rice (RM55)
Ha, ini hidangan yang agak rare bagi aku. Ayam ni dimasak selama 2 jam. Mesti korang tak perasan dekat bawah ayam tu sebenarnya ada nasi kan. Hihihi, aku pun mula-mula tu tak perasan. Tapi bila dah potong ayam tu, eh ada nasi lah! 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Ban Ban Chicken (RM50)
Ini pulak Fried Chicken - Ban Ban Chicken. Rasa dia memang lain daripada ayam goreng yang aku pernah rasa sebelum ni. Serius memang tak pernah rasa lah macam ni. Yang ayam goreng biasa tu, bahagian luar kulit memang sangat crunchy. Isi dalam pulak rasa dia macam berherba. Yang ayam goreng spicy tu aku suka. Mula-mula makan, rasa dia manis-manis. Kulitnya pun ranggup dan ada kekacang sikit. Bila dah lama-lama akan ada rasa macam herba after taste dia.

Hwa Ga cawangan Damansara Perdana ni sebenarnya baru je 3 bulan bukak. So, sekarang ni diaorang tengah buat opening promotion yang mana korang boleh dapat unlimited chicken untuk waktu lunch dan dinner hour. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Opening Promotion
Untuk Opening Promotion ni, diaorang offer Grilled Chicken Breast, Spicy Grilled Chicken Breast dan Fried Chicken Breast dengan Lettuce Wrap. Korang boleh makan sampai lebam dan refill semua jenis ayam selama 2 jam. Antara ketiga-tiga menu ayam ni, aku paling suka Fried Chicken Breast! 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Side Dish
Selain daripada boleh refill 3 jenis ayam, korang pun boleh refill side dish (Banchans) jugak. Dan dalam banyak-banyak side dish ni, mestilah tak lari dari ada kimchi. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
Tengok tu cheese dia. Kalau korang ni hantu makan cheese macam aku dan Aneeq, ni mesti korang suka punya. Sedap betul. Aku suka.

Opening Promotion Chicken Unlimited ni hanya boleh didapati di Restoran Hwa Ga cawangan Damansara Perdana setiap hari sampailah 31 Julai 2017 ni. So, siapa yang nak rasa sendiri makanan tradisional Korea (yang memang lain daripada rasa restoran-restoran Korea lain di Malaysia ni), cepat-cepat datang sini untuk cuba. Tapi ada time limit tau. Korang boleh makan untuk Opening Promotion ni selama 2 jam. 

Harga bagi promosi ni adalah seperti di bawah:

Lunch Hour (11.30pm-3.00pm)
RM 28 (Dewasa)

RM 18 (Kanak-kanak 4-10 tahun & tinggi 120cm)

Free (3 tahun ke bawah)

Dinner Hour (5.00pm-11.00pm)
RM 30 (Dewasa)

RM 18 (Kanak-kanak 4-10 tahun & tinggi 120cm)
Free (3 tahun ke bawah)

    

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana

Muka-muka kelaparan sebelum berbuka puasa. Amboi kemahin kan bukak puasa makan makanan Korea. Tapi serius aku cakap, menu-menu dekat Hwa Ga ni memang berbeza dari makanan Korea yang ada dekat Malaysia ni. Kalau korang nak rasa macam mana rasa makanan asli Korea, korang kena datang dan cuba menu dekat sini. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana

Lagi satu aku suka sangat ambiance dan dekorasi dekat Hwa Ga Damansara Perdana ni. Nampak classy dan mewah sangat tapi dalam masa yang sama selesa. Jarak antara meja makan dengan meja makan yang lain pun luas. Plus, restoran ni dikelilingi dengan tingkap yang besar gila kiri kanan. Memang cantik!

Siapa yang nak cuba makanan asli dan tradisional Korea, aku rekemen sangat datang sini. Rasa memang unik dan lain daripada yang lain. 


Hwa Ga Damansara Perdana (Pork Free) 
Lot F05 Empire Gallery Heritage Lane No2, 
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, Selangor. 
+603- 7732 6151

Waktu Operasi: 
11am- 11pm

Promosi Beli Baju Raya Jakel Dengan Diskaun Hingga 85% Sampai Malam Raya | Hari semalam aku sempat pergi ke Jakel Shah Alam sebab nak cuba dapatkan satu daripada 1000 baucer Baju Raya Percuma Jakel. Tapi tu lah sebab aku datang pun dah masuk tengah hari, memang tak dapatlah kan. Orang lain beratur mula pukul 7 pagi lagi. Tapi aku stay lah juga sebab nak tengok artis yang akan datang untuk memeriahkan suasana semalam. 

Kempen Jakel Barulah Raya 2017

Kempen Jakel Barulah Raya 2017

Kempen Jakel Barulah Raya ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalender promosi Jakel dalam nak promosikan produk raya diaorang. Untuk menarik lebih ramai lagi pembeli, Jakel panggil duta-duta Jakel Textile turun beramah mesra secara santai pada hari semalam.

Lepas je sesi sembang santai dengan duta-duta Jakel, artis-artis duta pun turun padang untuk buat lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Waktu ni lah Jakel turunkan harga kaw kaw untuk pembeli. Memang ramai sungguh lah dalam Jakel semalam masa sesi lelong tu semalam. 

baucer Baju Raya Jakel percuma

Yang lagi best kan, 1000 pelanggan Jakel yang terawal dapat baucer Baju Raya Jakel percuma. Tu yang ramai gila orang beratur depan pintu masuk Jakel. Baucer tu aku terlepas tu sebab datang lambat. Hihihihi. Pelanggan Jakel yang dapat baucer baju raya percuma tu boleh pilih sama ada nak dapatkan Baju Melayu atau Jubah Aaron Aziz secara percuma. Untung nye lah sapa dapat tu.

Duta Raya Jakel Barulah Raya 2017

Semalam antara duta yang turun padang untuk sesi sembang santai dan sesi lelongan koleksi raya adalah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Lara Alana (Schawalara) Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Upin dan Ipin. 

Duta Raya Jakel Barulah Raya 2017

Jualan Murah Jakel Sempena Hari Raya 2017

Jakel pada tahun ini menawarkan harga runtuh yang ma akorang semua boleh beli-belah di Jakel dengan promosi hingga 85% diskaun untuk koleksi raya. Jualan murah Jakel ni berlangsung dari sekarang sampailah malam raya nanti. Ada banyak masa nak shopping dekat Jakel ni. 

Koleksi Baju Raya Jakel

Tahun ni aku rasa ada sedikit kelainan pada koleksi Raya Jakel. Antara koleksi Raya yang ada pada tahun ini adalah:


Koleksi Baju Melayu

Koleksi Baju Melayu

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz lebih memfokuskan pada bahagian leher, poket dan motif bercorak. Baju Melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan moden kotemporari yang memfokuskan pada kemasan pada leher dan poket. Baju Melayu Awal Ashaari dan Baju Melayu Hairul Azreen pun ada untuk memeriahkan kempen jualan Jakel. Dan tahun ni lebih berlainan daripada tahun-tahun sebelumny asebab Jakel keluarkan koleksi Baju Melayu Harith Iskander untuk golongan plus size.


Koleksi Kurta

Koleksi Kurta Awal Ashaari dan Kurta Hairul Azreen ni adalah keluaran terbaru Jakel. Sekarang kan trend kurta tengah hot. Jadi, Jakel pun ikut perkembangan semasa dan keluarkan koleksi kurta untuk korang semua. Koleksi ini menggunakan kain cotton yang bercorak dan potongan leher serta belakang bahu yang kemas tambah lagi ada poket. Koleksi kurta ni pun lebih mesra wuduk sebab korang boleh lipat lengan baju dan dibutangkan di sisi lengan. Selain itu, ada juga koleksi kurta dariapada Kurta Aaron Aziz dan Kurta Nabil Ahmad.


Koleksi Baju Kurung

Koleksi Baju Kurung

Tahun ini tahun kedua Jakel keluarkan koleksi Baju Kurung Ayda Jebat. Aku suka design-design baju kurung Ayda Jebat sebab dia ikut trend dan cantik. Sesuai untuk remaja. 

Koleksi Pakaian Kanak-Kanak

Setiap tahun Baju Melayu Upin Ipin mesti ada. Kalau korang beli baju melayu Upin Ipin, korang akan dapat samping dan butang baju secara percuma. Tahun ni Jakel tambah lagi Koleksi Pakaian Kanak-Kanak dengan menampilkan kolesi di bawah label Koleksi Yusuf Iskandar dan Koleksi Lara Alana.


Koleksi Schawalara

Koleksi Schawalara

Untuk koleksi Schawalara ni, ada koleksi Baju Melayu Awal Ashaari dan koleksi Kurta Awal Ashaari. Selain itu ada jugak koleksi Baju Kurung Moden Scha Al Yahya yang diperkemaskan dengan detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi cutting yang nampak menarik tapi tak terlalu sarat. Dan tak lupa juga koleksi Baju Kurung Lara Alana yang dihiasai dengan butiran beads dan lace.


Koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf

Koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf

Untuk koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf pula ada koleksi Kurta & Baju Melayu Hairul Azreen yang diperbuat daripada fabrik cotton ang sesuai dengan cuaca panas negara kita. Selain itu ada juga koleksi Baju Kurung Hanis Zalikha yang lebih elegen, versatile dan classy tapi tetap nampak tradisional. Dan yang paling menarik, koleksi Baju Melayu Yusuf Iskandar yang lebih kasual dengan potongan lebih round neck untuk lebih selesa.

Jadi, korang dah tau nak beli baju raya Jakel yang mana tahun ni? Banyak betul pilihan dan setiap pilihan tu ada keunikan masing-masing. Korang boleh dapatkan koleksi pilihan masing-masing mulai sekarang hingga malam raya nanti di mana-mana cawangan Jakel terdekat korang. Selamat bershopping raya!