Bawa Aneeq Main Di Dreamworld Playland Masa Cuti Sekolah | Minggu lepas kan dah start cuti sekolah. Dan waktu yang sama juga ada satu playland baru bukak dekat The Starling - Dreamworld Playland. Aku pun saja nak bawak Aneeq pergi main dekat sana sebab waktu tu ada promotion. Alang-alang kitaorang pun pergi je lah.
Bangunan The Starling. Nak masuk parking dia agak mengelirukan sikit. Pusing 2 3 kali jugak baru jumpa parking nya. Korang boleh cuba masuk melalui jalan besar antara Maybank dengan Ambank.
Ini lah dia playland yang baru bukak tu. Dreamworld Playland. Konsep yang diaorang cuba bawa adalah snow. Jangan risau, dalam ni tak lah sejuk macam ada salji betul. Sejuk air cond je. Dan kebanyakan dekorasi diaorang dekat sini berwarna biru dan putih sebab nak match kan dengan kopnsep snow dan sejuk tu.
Kaunter tiket Dreamland Playland. Kaunter tiket ni dekat bahagian luar, berdepan dengan pintu masuk Dreamworld Playland The Starling.
Dekat dalam ni tak boleh pakai kasut. Jadi, korang kena tinggalkan kasut dekat bahagian depan Dreamland. Jangan risau, ada orang tengok-tengok kan tempat ni. Dekat tempat mainan Dreamworld ni, korang kena pakai stokin sepanjang masa. Anak dan penjaga kena pakai.
Ini area untuk rehat-rehat. Yang rumah tu sebenarnya pentas. Dekat bahagian bawah pulak banyak meja dan kerusi untuk duduk rehat, makan atau pun nak buat party dekat sini pun boleh.
Dalam pakej party ni, korang akan dapat guna 2 jam Function Room, unlimited play, makanan menu kanak-kanak, kad jemputan dan jugak maskot Eskimo akan join party korang.
Dekat dalam Dreamworld Playland ni tak boleh bawa makanan dari luar tapi korang boleh beli dekat dalam. Ada minuman air kotak dan juga sandwich sebagai alas perut. Kalau korang rasa tak nak makan dekat dalam ni, tak apa, tak ada masalah. Korang boleh keluar dan makan dekat luar dan masuk balik tapi kena pastikan wristband korang sentiasa pakai dan tak hilang.
Wristband untuk parents. Wristband untuk anak pulak berwarna oren. Wristband ni membolehkan korang keluar masuk dalam Dreamworld PLayland sesuka hati. Jadi kalau korang nak pergi keluar makan dekat luar, nak pergi ke toilet atau nak pergi solat, boleh je keluar sekejap dan lepas tu masuk balik. Tapi kena pastikan wristband korang masih terlekat dekat tangan korang.
Dreamworld Playland ni boleh tahan besarnya. Saiz dia 6000 square feet dan boleh memuatkan 120 kanak-kanak dalam playland dan party room. Mainan dekat sini pun ada tinggi sampai 3 tingkat dengan 1 slide besar dan 2 slide kecil.
Dekat sini pun ada banyak mainan block-block macam gambar dekat atas ni. Aneeq memang suka main benda-benda macam ni. Siap boleh fokus lama dekat mainan macam ni.
Ini pun salah satu mainan yang Aneeq suka dekat sini. Aneeq memang suka main alat muzik dari kecik lagi. Benda pertama dia main masa masuk dekat Dreamworld Playland drum ni lah. Banyak kali dia selit masuk area ni sebab nak main drum.
Aku tak risau Aneeq main dekat sini sebab semua mainan Dreamworld Playland ni berbalut lembut. Kalau terhantuk pun tak ada masalah.
Panjat panjat pulak dia. Seronok Aneeq main dalam ni. Mainan dekat sini banyak yang jenis panjat-panjat, slide, laluan berhalangan dan mainan block.
Spiral slide. Aku rasa ini antara slide yang Aneeq paling suka. Banyak kali dia naik turun main spiral slide ni. Aku tengok macam aku pun nak main.
Bapaknya dah penat melayan anak main. Power Zul dah habis tapi Aneeq non stop main. Hebat betul tenaga budak kecil ni kan. Overall tempat ni memang best untuk korang bawa anak-anak main. Boleh jugak korang jadikan aktiviti hujung minggu dengan keluarga ataupun aktiviti cuti sekolah.
Korang boleh tengok maklumat lanjut pasal Dreamworld Playland ni dekat bawah:
Bangunan The Starling. Nak masuk parking dia agak mengelirukan sikit. Pusing 2 3 kali jugak baru jumpa parking nya. Korang boleh cuba masuk melalui jalan besar antara Maybank dengan Ambank.
Ini lah dia playland yang baru bukak tu. Dreamworld Playland. Konsep yang diaorang cuba bawa adalah snow. Jangan risau, dalam ni tak lah sejuk macam ada salji betul. Sejuk air cond je. Dan kebanyakan dekorasi diaorang dekat sini berwarna biru dan putih sebab nak match kan dengan kopnsep snow dan sejuk tu.
Kaunter tiket Dreamland Playland. Kaunter tiket ni dekat bahagian luar, berdepan dengan pintu masuk Dreamworld Playland The Starling.
Harga Tiket Dreamworld Playland The Starling
2-12 tahun
RM48 (weekday)
RM58 (weekend)
Bawah 2 tahun
RM25 (weekday)
RM35 (weekend)
Harga tiket ni termasuk tiket masuk untuk seorang penjaga dewasa dan minuman untuk penjaga. Harga tiket ni membolehkan anak-anak korang main sepanjang hari. Kalau misal kata ada dua orang parents (mak dan ayah) nak masuk sekali, yang extra sorang lagi kena bayar RM5.
Ini area untuk rehat-rehat. Yang rumah tu sebenarnya pentas. Dekat bahagian bawah pulak banyak meja dan kerusi untuk duduk rehat, makan atau pun nak buat party dekat sini pun boleh.
Pakej Party Dreamworld Playland
RM68 (Weekday)
RM78 (Weekend)
Dalam pakej party ni, korang akan dapat guna 2 jam Function Room, unlimited play, makanan menu kanak-kanak, kad jemputan dan jugak maskot Eskimo akan join party korang.
Dekat dalam Dreamworld Playland ni tak boleh bawa makanan dari luar tapi korang boleh beli dekat dalam. Ada minuman air kotak dan juga sandwich sebagai alas perut. Kalau korang rasa tak nak makan dekat dalam ni, tak apa, tak ada masalah. Korang boleh keluar dan makan dekat luar dan masuk balik tapi kena pastikan wristband korang sentiasa pakai dan tak hilang.
Wristband untuk parents. Wristband untuk anak pulak berwarna oren. Wristband ni membolehkan korang keluar masuk dalam Dreamworld PLayland sesuka hati. Jadi kalau korang nak pergi keluar makan dekat luar, nak pergi ke toilet atau nak pergi solat, boleh je keluar sekejap dan lepas tu masuk balik. Tapi kena pastikan wristband korang masih terlekat dekat tangan korang.
Dreamworld Playland ni boleh tahan besarnya. Saiz dia 6000 square feet dan boleh memuatkan 120 kanak-kanak dalam playland dan party room. Mainan dekat sini pun ada tinggi sampai 3 tingkat dengan 1 slide besar dan 2 slide kecil.
Dekat sini pun ada banyak mainan block-block macam gambar dekat atas ni. Aneeq memang suka main benda-benda macam ni. Siap boleh fokus lama dekat mainan macam ni.
Ini pun salah satu mainan yang Aneeq suka dekat sini. Aneeq memang suka main alat muzik dari kecik lagi. Benda pertama dia main masa masuk dekat Dreamworld Playland drum ni lah. Banyak kali dia selit masuk area ni sebab nak main drum.
Aku tak risau Aneeq main dekat sini sebab semua mainan Dreamworld Playland ni berbalut lembut. Kalau terhantuk pun tak ada masalah.
Panjat panjat pulak dia. Seronok Aneeq main dalam ni. Mainan dekat sini banyak yang jenis panjat-panjat, slide, laluan berhalangan dan mainan block.
Spiral slide. Aku rasa ini antara slide yang Aneeq paling suka. Banyak kali dia naik turun main spiral slide ni. Aku tengok macam aku pun nak main.
Bapaknya dah penat melayan anak main. Power Zul dah habis tapi Aneeq non stop main. Hebat betul tenaga budak kecil ni kan. Overall tempat ni memang best untuk korang bawa anak-anak main. Boleh jugak korang jadikan aktiviti hujung minggu dengan keluarga ataupun aktiviti cuti sekolah.
Korang boleh tengok maklumat lanjut pasal Dreamworld Playland ni dekat bawah:
2 Comments
bdk2 dpt p tmpt playland camni syok la
ReplyDeleteseronoknya dia
ReplyDelete