Mural Bertemakan Merdeka Di Beaconhouse Hasil Yusof Gajah Dan Pelajar

Mural Bertemakan Merdeka Di Beaconhouse Hasil Yusof Gajah Dan Pelajar Sekolah | Korang suka tak tengok lukisan? Fadzi memang suka tengok lukisan-lukisan kreatif ni tau. Dan kalau korang nak tau, dulu Fadzi rajin melukis cumanya bila dah meningkat dewasa, dah tak ada masa untuk melukis dan skill melukis tu boleh hilang macam tu je sebab dah lama tak praktis.

Baru-baru ni Fadzi ada pergi ke Sekolah Beaconhouse Sri Lethia Klang untuk tengok pelukis terkenal Malaysia Yusof Gajah datang dan tengok student dekat Beaconhouse Sri Lethia melukis mural untuk sekolah diaorang. Awal-awal majlis, macam biasalah ada sikit ucapan daripada pengetua sekolah dan tetamu jemputan Yusof Gajah.

Puan Sanam

Puan Sanam

Pengetua Beaconhouse Sri Lethia. Masa Fadzi datang ke sekolah ini, Fadzi nampak Puan Sanam ni sangat peramah dan mulut dia tak habis-habis senyum. Seronok Fadzi tengok dia tau. 

Beaconhouse Sri Lethia Klang

Beaconhouse Sri Lethia Klang

Beaconhouse Sri Lethia ini adalah sebuah sekolah swasta yang menawarkan pembelajaran menggunakan kurikulum kebangsaan dan dalam masa yang sama turut menawarkan subjek tambahan serta program yang lebih kondusif. Sekolah ini terletak di Klang Selangor dan mempunyai bangunan 5 tingkat. Di sini, pelajar-pelajar akan diajar untuk mempersediakan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Yusof Gajah (Yusof Ismail)

Yusof Gajah (Yusof Ismail)

Kalau korang tak kenal lagi, Yusof Gajah ni sebenarnya seorang pelukis buku kanak-kanak yang terkenal di Malaysia ni. Yusof Gajah dah menulis dan melukis lebih daripada 40 tajuk cerita kanak-kanak. Bukan tu saja, ada antara hasil beliau dah dialih bahasa ke macam-macam bahasa asing dan yang paling mengagumkan, beliau dah menang poelbagai anugerah di dalam dan di luar negara. 

Lepas ucapan, student Sri Lethia yang ambil bahagian mula melukis dan mewarna lukisan mural diaorang semua. Acara melukis mural ni sekolah Beaconhouse Sri Lethia buat sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke60. 

Mural Bertemakan Merdeka

Sebelum ini sekolah ni adakan pertandingan melukis yang masa seramai 176 pelajar ambil bahagian. Hanya 8 lukisan yang berjaya dipilih sendiri oleh Yusof Gajah dan dilukis semula dalam saiz yang lebih besar di atas kanvas. Mesti dieorang bangga kan. Kalau Fadzi pun, mesti fadzi bangga bila lukisan Fadzi dipilih oleh artis seni Malaysia. 

Pemenang setiap lukisan yang terpilih tu kemudiannya melukis balik lukisan mereka atas kanvas dengan bantuan 9 lagi pelajar lain dalam satu kumpulan. Dalam masa yang sama Yusof Gajah pun ada berjalan dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk bagi nasihat dan tunjuk ajar dalam lukisan tu.  

Mural paintings
Fadzi seronok sangat tengok student dekat sini melukis dan mewarna hari tu. Dan antara banyak-banyak lukisan yang cantik ada dalam dewan, Fadzi paling suka lukisan mural rusa ini. Serius sangat cantik.

Lukisan-luksian mural ini lepas siap, diaorang gantungkan dekat beberapa bahagian dinding di dalam kawsan sekolah Beaconhouse Sri Lethia. Antara lukisan-lukisan mural yang lain adalah seperti gajah Borneo, badak sumbu Sumatra, orang utan, burung enggang, harimau Malaya, tapir, kancil dan hidupan laut seperti penyu, ikan jerung dan obor-obor. 

Sekarang ni pun Aneeq makin suka melukis dan mewarna. Fadzi rasa Fadzi akan terus sokong minat Aneeq berseni sebab Fadzi pun memang suka sangat apa-apa yang berkaitan dengan seni. Menarik seni ni sebenarnya. Kita kena pandai menghargai bakat orang-orang macam ni. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Yusof Gajah ni orang nogori. Sejak usia enam tahun lagi beliau dah minat melukis.

    ReplyDelete